28.5.13

RAWATAN FIBROID 2


Alhamdulillah ramai juga yang membuka entry saya berkenaan rawatan fibroid ni... bulan lepas saya ada pergi ke sebuah klinik ni... pergi klinik sebab belakang saya sakit melampau... and story mory la pasal fibroid ni kat doctor tu.. (doktor lelaki) so, dia pun ada la mention... its normal for 30an dpt fibroid ni... and dia bagi tips skets... katanya... one of his staff, and one or two of his patients mengamalkan HABBATUSS SAUDA... camne dia mengamalkan pemakanannya saya tak pasti la... tapi dia kata staff dia ke hospital pakar and doktor pakar tu tak nak percaya langsung pasal herba kita ni... tapi dia sentiasa amalkan makan Habbatus sauda ni... dari fibroid dia besar... makin lama mengecil dan mengecil sampai akhirnya doktor pakar tu tanya semula herba apa yang dia makan sehingga fibroid dia menghilang....

KLINIK NOOR HAJAR - DR FAUZAN

Wow!! betul ke doktor??? doktor tak lah memberi kesahihan tapi tak salah kalau kita mencuba kan... tapi saya tak lah amalkan lagi... dok pikir nak makan lagu mana?? penah gak minum kopi habbatuss sauda ni... humaaakkkaiiihhhhh.... punyalah tak sedap.. bau dia pun tak enak langsung... patah selera... camne la nak makan ni... so, usha2 la kat website cari info and tengok produk2 HS ni... saya bekenan kat satu produk ni yang saya rasa memang dari dulu bagus n mudah dapat di mana2.. harga pun tak lah mahal sgt... cuma saya ni jekk belum nak beli lagi.. insyallah saya akan beli...

BLACK SEED

Baru-baru saya ke klinik.. buat rawatan susulan biasa... kebetulan saya baru lepas period... doktro Wan Sabrina dari KLINIK SORAYA pun buatla scan itu ini and tanya macam2... kami dok bersembang macam2 citer... (doktor ni memang peramah) saya perasan benjolan tu mcm besar jekk... ye lah dah sebulan lebih kot tak gi chek up... doc pun tak ckp apa.. releks jekk... sampai meja doktor dia tanya u masih amalkan makan MADU ke?? saya kata ada.. tapi dah jarang amik.. jarang sgt2... huhu... dia kata mungkin sebab awak baru lepas period... and fibroid ni turun naik... kadang2 nak period dia kembang... kadang2 lepas period dia kuncup... and masa awak period BANYAK DARAH atau tak??

 Saya jawab... "SAYA TAK DE MASALAH LANGSUNG NGAN PERIOD, DARAH KELUAR NORMAL, PERUT PUN TAK SAKIT SGT, PERIOD CAM BIASA JEKK CUMA 3 HARI PASTU TERUS STOP" panjang lebar aku citer... Doc ckp... "BAGUSLAH DIA TAK GANGGU PERIOD AWAK.. SURPRISE.."  aku senyum bangga jekk...

Dan sangat mengejutkan apabila aku diberitahu oleh doktor bahawa FIBROID AKU DAH TURUN SEKITAR 2.3X2.2 DARIPADA SEBELUM NI YG NAIK 3.5X3.9.... wow... aku pun tak tau camne leh turun.. ye mungkin seperti doktor ckp tadi.. mungkin dia kuncup kerana aku baru abis period... tak tau lah... tapi alhamdulillah dah kuncup...

so, alhamdulillah... tak salah kalau kita mencuba pelbagai usaha dan yang penting mesti rajin berusaha... untuk korang yang rungsing yang risau pasal FIBROID ni..jgn putus asa ok... jgn risau ok.. kesihatan kita perlu dijaga... sentiasa bersenam walaupun sehari hanya bersukan 30 minit sahaja... its ok... saya memang seminggu 3 kali main bola tampar.. tu pun gemukss jugak... but at least kita keluarkan peluh....



 
Mana tau lambat laun, dengan keyakinan, usaha dan berdoa kepadaNYA insyallah semuanya akan jadi baik2 belaka... amin...

Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...