Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

27.8.15

SUAMI DAN ISTERI DISIHIR??

Allahuakbar... allahuakbar... asstarfirullah...

itulah yang aku dpt ungkapkan ketika aku dpt tau... Terima kasih pada Kak NORM SHAH yang telah menyedarkan aku..

Pada awal bulan 8 2015 ntah mengapa aku nekad ke Pejabat Agama, tetapi bukan bahagian Kaunseling malah ke Pejabat Mahkamah untuk buka fail... Giler....

petang tu aku bagitau suami, dia tergamam dan terdengar suara seperti menangis... aku pulak macam org diawang2an... betul ke tak betul ke apa yg aku buat ni... main redah jekk... dia terus inform keluarganya disana.  Mama mertua aku menangis...

malam sampai kerumah aku berlagak seperti biasa... aku bgtau Batrisyia depan ayahnya... Bisha nampak tabah.. tapi aku tau dia tak terima... dia ckp... "mama buat pertandingan, mana yang menang... suka ke tak suka... kalau tak suka menang.. mama kena buat macamane sampai yg suka tu menang!" ya allah meleleh airmata aku... suami aku jadi sedih dan pilu... aku pun sedih.. tapi ntahlah... aku sendiri tak tau apa yg aku fikirkan....

aku mintak maaf dengan dia... malam tu aku menangis semau-maunya... rasa berat hati.. rasa sayang sgt... lebih2 lagi bila fikir Batrisyia... tapi rasa nak pisah.. tapi tak nak.. ha camtula... tak tetap hati... malam tu nangis sampai bengkak mata... berwasap dengan suami... dia kat hall aku kat bilik... macam2 kami borak.. kalau lpas pisah nanti... jadi lagi sedih giler... macam tak boleh nak bayangkan...



esoknya aku  half day pagi.... dah mata bengkak kan... pagi tu wasap sorg kakak ni... dia tanya aku macam2... aku cerita semuanya... kami tak tido sama.. means jarang tido sama.. bergaduh tiap hari... pantang nampak muka... duit selalu abis.. tak mesra... macam tak de kasih sayang dan macam2 lagi... dia tanya apa punca... aku tak dpt bagi punca kenapa nak pisah... org kata sebab pasal duit... pasal penderaan mental... tapi dia kata memasing masih ada perasaan kasih dan sayang... then dia sroh hold dulu... fikir memasak... dan minta aku cuba pi tanya ustaz2... manalah tau... kan... tetiba rasa terang pandangan dan hati aku yg sebelum ni rasa gelap jekk rasa suram jekk...


kak norm shah
macam2 dia nasihatkan aku... kembalikan balik apa perasaan aku.. apa yg perlu aku buat... petang tu aku pi kerja kawan aku plak tanya... kenapa akak nangis semalam... aku pi citer... dan dia plak citer yang dia pun pernah kerna perasaan cam tu... cuma lainnya air masak kat umah dia.. yang baru di tuang jadi busuk tetiba... so dia pi la berubat ngan SGM aku.. Tn Hj Abdul Ghani. mintak air... dia sroh aku pi jumpa Tn Hj...

bagaikan tuhan tu ingin membantu aku.. begitu mudah perjalanan aku... kebetulan Tn Hj free petang tu.. aku terus pi jumpa dia bawak air masak... aku masuk dan aku cerita.. aku hampir mohon fail perceraian.. dia terkejut.. dia tanya kenapa.. aku ckp ntahlah.. macam tak tau nak ckp... dia tanya husband keje mana.. buat apa... nama n memacam la... aku bagi semua detail yg dia nak...

Tn Hj minta nama dia dan ibu dia... aku bagi dan dia "tengokkan" husband aku... YUP... katanya ada yang ganggu... dah lama... dia ganggu suami aku, dia puja suami aku, dia bagi makan minum suami aku dan dia buat supaya suami aku bencikan aku dan aku juga dia buat supaya aku benci suami aku.. dan bagi kami sesma panas dalam satu umah.   Terkejut aku... katanya ada perempuan yang suka suami aku, dia SIHIR kami agar kami bercerai berai dan kemudian dia nak kan suami aku.

Ni apa yang aku rasa selama beberapa tahun:

1) Suami bersikap dingin dengan kita
2) Kita pun rasa dingin dengan suami
3) Kita rasa menyampah atau benci pada suami/isteri dan sebaliknya
4) Suami/isteri nak manja ke nak peluk ke kita rasa geli jekk
5) Tiap kali bersama mesti ada bau (walhal kita dah makan tiap2 hari jamu, basuh ngan pencuci n tak de keputihan pun tatau dtg dr mana bau tu)
6) Nampak muka suami/isteri rasa meluat sesangat
7) Rasa tak bahagia, menderita,
8) Kita rasa nak bermanja, tapi terasa ada halangan atau tembok
9) Bila berjumpa jek asyik nak bergaduh
10) Terasa seram bila kat umah

dan macam2 lagi la... bagi aku kalau ada simpton ni kita dah berusaha pelbagai cara cuba kita pi berubat plak.. ok back to Tn Hj semula.

Tn Hj kata... "bodohla kalau kau lepaskan.. sebab dia tak tau apa yang berlaku keatas dia.. Dia macam setuju berpisah sebab dia dikontrol... dia tatau apa yg dia buat.  tapi dia masih sayangkan ko..."

Tn Hj kata kita usaha berubat dulu... tengok camne.. mmg lama n lambat tapi kita usahala...

Tn Hj bagi air untuk suami aku minum... dan aku ikut apa tunjuk ajar kak NORM tentang melayan suami...

buat masa ni.. aku sendiri kena berubah... cakap jangan tinggi suara.. layan suami... siapkan makan minum pakai dia... tatang dia macam minyak yg penuh... yup aku buat... suami aku jadi hairan... dia tanya " kenapa ko ni??? semalam ko ckp lain.. ko buat lain.. hari ni ko lain???"  dan aku bgtau dia aku masih sayangkan perkahwinan ni... aku sayangkan anak aku... aku tak sanggup tengok anak aku menderita atas keegoan kami...


aku tau mmg dia susah nak berubah.. bab duit aku tau aku kena support dia.. sampai bila pun aku tatau.. tapi bak kata kakak tu.. kita anggap kita sedekah kat suami, pahala kita dapat... mana tau syurga tempat kita...
aku kena kuat... mmg kena kuat giler melayan karenah dia...

hari ni dah hampir sebulan aku cuba buat apa yang kakak tu ajar... air pun aku tetap continue dengan Tn Hj.... ntah ada satu malam tu.. selepas seminggu aku cuba berbaik ngan dia.. aku stress giler sgt kot.. ke ntah la... Hari jumaat malam sabtu.. aku bagaikan hilang kawalan.. macam dirasuk... mengelupur satu badan.. kepala dan badan aku hempas2.. aku hentak2 kat dinding ngan lantai... mulanya suami aku marah2... tapi ntah camne dia bacakan ayat qursi, azankan makin mengelupur plak aku.. paling kesian anak aku la menangis meraung... bagai dia tau dan mengerti dia pujuk aku....  anak aku mmg lain dari yang lain... mmg anak yang sgt istimewa...

anak mama yang paling OSEMMM

akhirnya aku terjaga... dan kemudian, suami aku peluk dan cium aku... terkesima aku.. bila saat dia peluk aku... aku menangis semaunya... rasa cam kurang berat kat bahu ni... rasa bahagia sgt... selepas itu, baru dia agak ok skets ngan aku...

dia makan makanan yg aku masak.. dia minum air yg aku buat... dia ada bercakap dengan aku walaupun hanya perkara penting jekk itupun dah cukup baik bagi diri aku...

masa ke Family Day di Legoland pada 22-23/8/2015 tu, masa tu nampak cam ok sgt kami.. aku terasa macam baru bercinta plak... oh ya... sebelum kami ke Family Day, aku dpt tau dari ayah suami aku... yang dia dah jumpa baju kami yang dikuburkan selepas kami bernikah... sepasang baju aku luar dan dalam dan suami aku serta gambar kami dicantumkan, dilipat dan kemudian dikuburkan oleh seorang yang dipanggil Hj MAMI di Indonesia...
kami di Legoland
Masa di Legoland mmg la dia agak sombong, ego (mmg tu perangai dia pun) tapi aku rasa bahagia sgt... rasa seronok sgt... wpun tak seperti dulu2 at least nampak ada perubahan pada diri dia dan kami.  anak aku la paling seronok...

sekarang ni aku masih teruskan berubat dari Tn Hj dan still aku masih dapatkan nasihat dar kakak NORM.. jasa kak NORM dan nasihatnya yg dapat selamatkan Perkahwinan aku suami isteri... hakikatnya kami masih sayang antara satu sama lain. Cuma terdapat gangguan sedikit.. dan semestinya aku perlu belajar untuk menghormati suami aku dan aku perlu belajar untuk menerima suami aku seadanya...

hidup ni bukan mudah... perkahwinan bukan hanya sementara... kadang2 kita perlu berkorban demi anak dan suami... apa yang kita harapkan insyallah syurga dan keredhaan dari allah...

Kami sekeluarga di Anugraha
aku tatau sampai bila aku boleh bertahan dan mampu pertahankan perkahwinan ni.. but at least aku mencuba untuk mempertahankan agar aku tak menyesal dikemudian hari.   ntahlah aku harap inilah keputusan terbaik aku... mak bapak mertua aku pun banyak membantu aku.. banyak mengajar aku dan menasihati aku... kadang2 pkol 2-3 pagi pun dorang menjawab sms aku... aku rasa terharu sgt2... mmg mereka sayang sgt kat kami anak beranak... mmg kalau boleh mereka tak nak kami berpisah... maknya tak abis2 menangis bila tau nak berpisah.. tapi skang ni dia dah ok.. dia dah tak nangis lagi.. dia byk ajar aku bagaimana untuk melayan suami...

aku haraplah pengorbanan aku dari segi masa, wang, hati dan perasaan tidak disia2kan oleh suami aku... aku raya mmg banyak aku membantu dia lebih2 lagi dari segi kewangan... aku harap bila aku tak de suatu hari nanti... dia dpt baca luahan hati aku ni... biar dia tau betapa aku sayangkan dia... cintakan dia walaupun aku selalu kondem dia di blog aku ni... hakikat sebenar mmg kami masih sayang menyayang walaupun di mulut kata berlainan... hanya allah je tau...

Untuk anak mama... mama akan cuba membahagiakan kamu... mama akan cuba pertahanakn keluarga kita ni demi kamu, mama sanggup korbankan perasaan mama demi kamu... yang penting kamu gembira, kamu bahagia dan kamu sentiasa senyum...

Hopefully ikatan ini berpanjangan... amin...

Hopefully kita bersama hingga ke Jannah.. amin..


1.4.13

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang anak pada bulan April iaitu pada 8/4/2013.  Janin bayi tidak diketahui kerana kandungan aku masih lagi di Trimester Pertama yakni 14 minggu atau 3bulan lebih.  Tapi naluri seorang ibu, aku dapat merasakan yang bayi aku itu adalah Lelaki.  Ya... kita sebagai seorang ibu dapat merasakan kewujudan benih, jantina dan kesihatan kandungan.  Tak percaya?? yang pernah menjadi ibu pasti lebih mengetahuinya.... huhuu



Entri sebelum ni aku penah menceritakan  tentang keguguran aku, sakit perut - spot kuning- pergi hospital- sahkan gugur.  Tapi kali ni aku nak share apa yang aku rasa dalam tempoh dua minggu dari aku check up hingga disahkan gugur serta kesakitan yang aku alami.   Mesti orang bertanya..., boleh ingat lagi ke dah 9 bulan berlalu?  Bagi yang pernah mengalami keguguran tentu merasa apa yang aku rasa iaitu, walaupun bertahun sekali pun terjadinya keguguran itu berlaku, ia bagaikan baru semalam terjadi.  Betul tak?? masih lagi terbayang2 kejadian yang memeritkan itu kan??






Selepas cek up di Klinik Nik Ishak, aku rasa happy sangat sebab doktor kata baby aku sihat... perasaan gembira tak yah ckpla... aku pot pet sana sini.. yelah penantian selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil kan..  tapi selepas 2-3 hari tu aku perasan mual dah tak de, dan selalunya pagi2 aku akan minum milo dahulu dan sampai ofis lebih kurang dalam pukul 9pagi mesti aku kelam kabut pergi kantin cari kuih or makanan sebab lapar sangat2.. tapi kali ni sampai pukul 10pagi pun aku masih releks jekk... tak perasan dah pukul 10 yang aku masih belum breakfast.. ada tu sampai tengahari aku lupa nak makan... rasa cepat lapar dah hilang, itu satu tanda.



mcm ni la kalau aku dah lapar.. hehehe

Tanda kedua yang aku alami semasa mengandung, aku rasa perut aku macam kembung.  yelah kan ada isi,  tapi dalam tempoh dua minggu tu aku rasa ada perubahan macam perut aku kempis dan tak membesar...



Tanda ketiga plak,  masa aku mengandung mesti aku rasa letih sangat2... rasa letih, rasa lesu, kalau sampai je rumah dalam pukul 8 malam, siap2 mandi aku terus boommmm tidoq.  Tapi kali ni tak... dalam tempoh tu aku rasa tak de apa2.. tak ngantuk, tak letih sgt... rasa cam org normal.




kadang2 kat opis pun saya cenggini gak.. hik hik

Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda tetapi kadang2 kita tak perasan pun,  ye lah excited pregnant kan... tapi ada satu tanda yang memang aku dapat rasakan sangat2...



Seorang ibu dapat merasakan perasaan lain ketika mengandung, perasaan yang susah nak diungkap... namun dalam tempoh dua minggu itu apa yang dapat aku rasakan adalah "Perasaan tidak Mengandung" (sebenarnya aku sendiri pun tak tau nak ungkap perasaan itu camane).  aku pandang ke cermin, aku tengok perut, aku usap2 perut, terpacul dibibir aku berkata " Eh, kenapa aku rasa macam aku tak mengandung?" demi tuhan aku memang rasa perasaan itu, tapi aku menidakkan perasaan itu, tak sanggup kalau ia benar-benar berlaku.   Tapi itulah yang berlaku.



ilustrasi saje ye... mesti u all terliur tengok kan..
Hari Isnin tu ada pasar malam di meru, Uncle Bob memang favourite aku, so aku pun beli 2 keping satu aku punya yang Extra Hot dan satu lagi untuk anak aku.   Selepas makan, adalah makan 3-4 ketul kot.. perut aku mula sakit sehingga keesokan harinya.  Sakit perut tu macam pedih2 pedas la... sehinggalah keluar spot warna kuning... then ke klinik pastu ke hospital... (lepas tu dah citer kat entry sebelum ni)



Doktor bagi tempoh seminggu untuk proses bayi keluar, doktor tak bekal kan ubat pun, katanya biarkan baby keluar sendiri itu lebih baik..



Tak sampai sehari pun, hari Rabu pagi lebih kurang dalam pukul 4.30pagi keluar air ketuban, tak banyak tapi basah juga tempat tidur, aku panggil suami dan aku dah boleh agak tak lama lagi ni mesti baby nak keluar, lepas tukar kain, perut aku sakit memulas-mulas, tak tertahan rasanya.  sakitnya tuhan jek yang tahu... aku menjerit panggil suami, Batrisyia pulak rilek jek tido tak bangun pun dengar teriakan aku, abis muka kena tendang ngan kaki dia adalah.. tido lasak tol...

13 minggu

Pukul 5 pagi aku dah menjerit2 sakit, rasanya setiap titis darah yang keluar amat sakit, yang ada cuma husband jadi husband lah jadi pak bidan malam tu.  lepas satu tuala ke satu tuala ke kain batik ditukarnya... oh ya.. sewaktu kejadian saya terbaring macam orang bersalin normal tu, then meneran untuk mengeluarkan darah atau janin... tak sempat dah nak ke toilet.. sakit belakang, sakit perut, lemah lesu tak tertanggung rasanya... patutlah orang ckp sakti keguguran lagi sakit dari bersalin.   selama 2 jam tu aku rasa macam nak tercabut nyawa...



Aku dah tak larat lagi... perut masih lagi keras menandakan janin masih ada di dalam perut.   Janin menolak2 untuk keluar... sakitnya tak tertanggung.. aku dah lemah sangat2.   suami aku call mak, mak plak lambat  nak sampai... aku dah tak tahan sangat macam dah nak tercabut nyawa dan andai kata nyawa aku dicabut malam tu... aku redha dan beserah je...






Tengah2 sakit meneran aku sempat cakap kat suami, "Yang, tolong ampunkan dosa saya, halalkan makan minum saya, ampunkan dosa saya.. saya dah tak tahan" suami aku dengar terperanjat automatik dia marah, dan ckp "jangan cakap yang bukan2... sabar... " bila aku rasa baby cam dah nak keluar dan bunyi meletus di dalam perut menandakan janin dah terputus dari rahim, aku meneran sekuat hati.... aku menjerit sekuat hati (agaknya macam tu kot bersalin normal ek, maklumlah anak aku sebelum ni kuar ikut tingkap) suami aku dah siap sedia tunggu untuk sambut janin... akhirnya baby keluar... suami orang pertama melihat baby pastu dia menjerit "Yang.... dah keluar... Ya Allah...." Dia tengok janin tu pastu menangis teresak2 sambil memeluk aku.... tak pernah aku tengok dia menangis macam tu... aku pun lagi lah teriak meraung menangis.. (sure jiran2 ingat aku bergaduh dengan suami pagi2 buta) akhirnya dalam pukul 7 am baru lah aku lega sket walaupun masih ada lagi saki baki... mak aku  plak sampai dalam pukul 7.15 pagi... dia sroh suami aku papah ke bilik air... kat bilik air barulah yang ketulan terakhir keluar... Badan aku rasa lemah sangat2...

 

saya tak sanggup nak tengok janin tersebut,  doktor ada ckp sroh bawak janin ke hospital untuk difigure out pasal apa boleh jadi gugur tapi aku tak sampai hati nak bawak kehulu hilir janin aku... kami ambil gambar saja.  mak aku pun menangis tengok janin... alhamdulilah.. janin aku lengkap, kaki tangan, kepala, mata, semuanya ada... kecuali jantina sahaja.  mak aku cuci, bungkus ngan kain elok2 dan bapa aku tanam di belakang rumah. 




Mak aku masakkan ikan singgang dan ibu mana yang lalu makan lepas kejadian seperti tu kan... aku hanya makan untuk tambah tenaga sahaja. 




heheh ni bukan ikan singgang...
 Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya... mungkin bayi kita tak sihat, cacat, berpenyakit, atau lain-lain lagi.  Walaupun pedih, pilu tapi kita harus tabah menghadapinya... semua yang berlaku ada sebab yang kita tak ketahui... sebab itu semua telah ditentukan.   Pengalaman ini memang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila dan saya suka berkongsi pada kawan-kawan yang mungkin mengalami perkara yang sama.  Apa yang penting kita perlu REDHA dan SABAR atas apa yang berlaku... Yang utama kita mintalah kepadaNYA...




Mohonlah kepadaNYA tanpa henti
 Walaupun saya telah dikurniakan hanya seorang anak, dan gugur sebanyak 2 kali tapi saya terima dengan hati terbuka,  lebih - lebih lagi sekarang saya hidapi fibroid, walaupun boleh mengandung tapi hakikatnya saya tahu ia sukar.  Tak mengapa itu semua adalah nikmat yang allah berikan pada kita, dengan penyakit dan dugaan yang kita tempohi ini dapat mengurangkan dosa-dosa kecil kita dan insyallah dapat meningkatkan kesedaran dan ketakwaan kita kepadaNya. Insyallah... Walau hanya seorang Puteri sahaja insyallah saya akan jaga dan belai serta saya akan berikan sepenuh kasih sayang saya kepadanya dan insyallah saya akan jadikan dia seorang anak yang solehah... amin....




ps : ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sahaja, lain orang lain caranya.. tak semestinya same ek.. hehehe


saya ada buat Group FB untuk ibu2 keguguran mungkin kita boleh kongsi pengalaman, nasihat dan tindakan untuk kita sama2 iktiar untuk dapatkan baby lagi..  please add #Grup Ibu Keguguran di facebook.

26.9.11

HAPPY BEZDAY TO ME



Happy birthday to me... happy birthday to me... happy birthday to me... la la la la la....

Alhamdulillah hari ni genap umur aku 31 tahun?? Umur?? Bukan lagi rahsia..... huhu untuk apa nak rahsiakan umur kerana kita berdepan dengan kenyataan dan realiti... dan secara tak langsung untuk mengingatkan kita bahawa makin lama kita meningkat usia... apa yang harus kita lakukan dan apa perancangan kita.


ketika 1 tahun

Dari kecik kita telah dibelai dan telah dimanjakan dengan kasih sayang ibu bapa kita, pak cik makcik, atok nenek. Apa yang kita mintak semua dapat... seronok betul!!! then masuk alam persekolahan. pergi ke tadika kemas.. aku ingat lagi pernah skali tu ada majlis kat tadika.. aku mintak baju cantik2 kat mak konon aku nak pakai gi majlis apa ye tak ingat... mak akupun pakaikan gaun yg paling cantik yang mak aku belikan untuk aku... My mom jadi hairan ada majlis apa kat tadika hari ni.. n aku pun tak penah inform apa2 kat my mom... so, aku pun pergila tadika kemas.. main sana main sini ngan kawan2 then cikgu panggil.. terus naik ke pentas.. mak aku gi jugak cek ada apa kat tadika.. yang lucunya.. muka mak aku merah padam bila dia tengok anak perempuan sulung dia menyanyi lagu nasyid dengan memakai gaun pendek... hahahahaha....

Bila dah habis majlis balik rumah aku kena marah ngan mak aku... marah, marah gak.. ketawa, ketawa gak mak aku ni... hehehe ok itu masa aku tadika kemas Seksyen 16, Shah Alam pada tahun 1986

Naik jek sekolah rendah aku mula dikenali ramai... setiap acara sukan mesti ada muka aku... acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, lompat jauh dan macam2 lagi mesti muka aku ada... dan aku telah menjadi kebanggaan sekolah dan yang paling utama aku jadi anak emas sekolah kebangsaan shah alam, sek 16. apabila akulah anak murid pertama (rekod sekolah tu) apabila aku dapat mewakili Daerah, dan seterusnya Wakil Selangor dalam acara 100 dan 4x100 meter.  Aku dapat mewakili Daerah Petaling dan cikgu sukan aku yang selalu hantar dan ambil aku dari sesi latihan adalah Cikgu Omar, (cikgu.. jasa cikgu tak penah saya lupa dan masih saya ingat wajah tua cikgu yang kepenatan menunggu saya setiap hari). Latihan setiap petang dari jam 3 sehingga 6 di Padang Timur, Petaling Jaya. ala yang ada A&W tu.. sehingga kini masih ada lagi restoran tu.. dan coach yang mengajar aku pada waktu itu adalah MARINA CHIN, masa tu badan dia gempal lagi... wah... seronok betul sesi latihan tu.. macam2 kejadian yang menyeronokkan berlaku, ponteng puasa.... beli food kat A&W masa bulan puasa. dan elaun yang aku terima pada waktu itu hanyalah RM5 saja setiap hari.. masa tu burger pun baru RM1.30 sekarang dah RM4 lebih..






Aku - selang dari Cikgu Normah, camnelah date boleh salah ni.. o ye.. ambil gambar ats gambar..

Menyesal aku tak simpan surat2 khabar yang terpampang wajah kemenangan aku... muka aku ambil hadiah, aku tengah lari, aku tengah memekik... Surat Khabar waktu tu surat khabar Metro tak silap aku.. yelah... aku pun masa tu baru umur 11-12 tahun mana reti nak simpan perkara2 sentimental macam tu.. yang aku tau waktu tu nak main jekkk... budak2 dulu tak sama dengan budak2 sekarang.. umur aku 12 tahun aku masih main lari2 lagi.. main rounders.. main nyorok2... seronok betul...!!!! yang best tu masa aku wakil Negeri Selangor dan aku kena pergi penang, sebelum tu aku training kat Kuala Kubu Baru.. tak ingat aku apa nama sekolah cina tu... Masa tu aku dok lepak2 kat bilik TV dengan kawan2 cina aku... adalah sorang mamat ni dia tingkatan 2 dok mengusha aku... Masa tu tengah berlangsung Perlawanan Badminton PIALA THOMAS pada tahun 1992 dan rekod malaysia tercatat Rashid Sidek mengunguli piala kebangsaan malaysia dengan kemenangan beliau... kami semua menjerit sorak gembira melompat2 sampailah aku tersedar aku terpeluk mamat ni... aku ingatkan membe cina aku.. Wong Siew Ling, mmat ni pun syok lah..


so, the next day kitaorg berangkat ke penang naik bas reramai.. sampai di perhentian (dulu tak de R&R) di sebuah restoran ni aku dah kelam kabut ke bilik air.. Then kakak ni ajak aku masuk sekali dalam satu tandas.. rupanya dia sroh aku temankan dia.. aku punyalah tak tahan nak kencing... tanpa sedar seluar aku basah... amik ko kakak oi... aku kata nak kencing dia kata sabar2... kan dah terkencing dlam seluar... huhuhu... Pn Marina pun kelam kabut lah pergi amikkan sluar aku... aku berjalan ke bas semua gelak2kan aku.. aku pun buat muka selamba.. lalu la mamat yg syok kat aku ni.. konon nak bagi aku air kotak.. then bila kawan dia ckp aku terkencing dlam seluar, terus dia tak jadi bagi air kotak tu dan blah... merah padam muka dia.. hahahaha sapa sroh ngorat aku... dalam bas aku duduk sorang2.. yang lain tu dok menyanyi la apa lah... datang sorang abang ni... duduk sebelah aku... perkenalkan diri sebagai abg Pian, orangnya putih, rambut blonde panjang sampai ke bahu, muka ala2 mat saleh, rupanya kacukan Inggeris - Melayu duduk di seksyen 4 dia plak masa tu form 3 ke form 4 gaknya...tak ingat aku.. tapi sekolah di Sek. Men Seksyen 2, Shah Alam. Ia berlanjutan selama setahun then bila dia dah abis sekolah terus hilang kabar berita dia... hurmm terasa rindu plak kat dia...



Meningkat ke alam Persekolahan Menengah aku disekolahkan di Sek. Men Projek Seksyen 11 dan bersekolah waktu petang.. dan saat itulah bermulanya bakat aku ditenggelamkan... aku dipilih mewakili Daerah namun aku seperti dianak tirikan cikgu sukan aku tak bagi aku pergi untuk mewakili Daerah.. Sangat kecewa yang teramat sangat kerana disitulah kejayaan aku dijatuhkan oleh cikgu yang hanya memberi alasan bahawa aku sekolah petang... padahal latihan pada pukul 4-6 ptg... memang sgt bengang sgt2!!! punah harapan keluarga aku... mak bapak aku plak jenis yang terima saja dan tak tau nak buat apa.. yelah.. akulah anak pertama yang mengharumkan nama keluarga dan semuanya diserahkan pd keputusan cikgu. Padahal dari aku tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 gelaran Olahragawati hanyalah milk aku... kejam betul cikgu tu menganak tirikan aku... gara2 anak murid kesayangan dia tak dapat wakil daerah... jadi dia padam nama aku dan hantar anak murid kesayangan dia... sedangkan cikgu tu sendiri tau.. aku boleh tinggal minah yang tua 2 tahun dari aku jauh kebelakang... (kitarog dlm sama kategori) Diskriminasi betul!!!!


okay... kita lupakan jek lah perkara yang menyakitkan hati ini... dan aku tak nak ingat lagi hal itu.. cuma kenangan manis aku sewaktu sekolah rendah tidak dpt aku lupakan... sangat indah, sangat seronok, sangat bombastik!!! dan sekarang masing2 semuanya dah kawin... Cikgu Omar aku pun mungkin sudah kerahmatullah sebab masa aku berumur 12 tahun dia dah 45 tahun.. Tidak ada yang lebih seronok selain dari zaman kita kanak2... dan sekarang anak aku pula yang akan merasai keseronokan zaman kanak2nya.. biarlah dia mencuba apa pun bidang yang ingin dia terokai..

Dan harapan aku di ulang tahun kelahiran aku ini yang cecah suku abad ini adalah.....

DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN DIKURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH SERTA RUMAHTANGGA KAMI SENTIASA AMAN BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT. AMIN....

Di Restoran Seafood Sg Bagan, Port Klang pada 26.9.2011 tarikh ulang tahun aku...

Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...