23.8.07

A NEW LIFE... A NEW STORY... PART 2 Hai.. we meet again!!! Ok.. continue apa yg berlaku di rumah ibenk setelah aku sampai perkampungan dia…………….
Menuju ke rumah ibenk... tayar pancit
Sekali lagi aku ingin menceritakan keindahan dan kecantikan kampung ibenk…
rumah dia di kawasan perkampungan kecil dan terpencil… bukit bukau mengantikan bangunan2 tinggi bunyi burung2 berkicau dan suara kanak2 bermain mengantikan bunyi hon2 kenderaan yang sesak lalu lalang… udara yang dingin lagi nyaman sehingga menyusuk ke tulang mengantikan asap2 kotor, asap2 kereta dan kimia yg berada disekeliling kita selama ini… begitu indah.. begitu cantik begitu suci sekali perkampungan itu… di hadapan rumah ibenk terdapat sawah padi bukit… dan sebelum kerumah ibenk aku harus lintasi sungai melalui jambatan yang diperbuat dari buluh2..

Jambatan buluh

Sesampainya aku di perkarangan rumah ibenk… keluarganya telah menunggu kedatangan kami… aku jadi malu dan kaget… rumahnya sederhana besar.. separuh batu dan separuh papan, mama dan adiknya pendiam… papanya adalah juga bercakap2 dengan aku… cuma mungkin kurang memahami apa yang aku ckpkan… macam2 soalan yg papa dia tujukan pada aku… sampai aku tak tau nak jawab apa.. yelah inilah pertama kali org luar indonesia sampai kerumahnya… (papanya hensem) beberapa lama kemudian.. mamanya sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk majlis ibu2 yang diadakan pada petang itu.. (mama aktif persatuan ibu2 di kampung itu) adiknya mungkin memanggil saudaranya dan papanya ke surau.. Oohh ya… lupa aku nak beritahu… camne lah aku tak malu dan kaget… papanya adalah ustaz dan ketua kampung yang disegani disitu… papa mengajar anak2 disitu mengaji, tentang agama… dan aku pula… hurmm dengan pakaian ruggednya… ishh apasallah si ibenk ni tak ckp awal2… bolehla aku beli baju yg sopan sketsss… ceh!!!

pokok jambu depan rumah ibenk..

Sementara masing2 tengah sibuk hal masing2… aku ambil kesempatan duduk diluar rumah… menghayati dan menghirup udara segar…( tak puas2 lagi nak hirup udara segar) aku panjat pokok jambu (kot..) yg ada didepan rumah ibenk… aku berjalan2 seketika di kawasan tetangga ibenk… hurmm serasa mcm di overseas plak.. (sweden, kawasan ladang) sejuk nya kan main… Kawasan kampungnya berbeza sgt ngan kawasan kampung kat malaysia ni… oo ya mungkin cam kat Cameran Highland (lebih kurang la kot) tapi cantik lagi kat kampung cianjur ni… hehehehe….

Tak sampai 3 jam aku disitu… kami buru2 pulang cos takut gelap tak nampak jalan… dan akhirnya memang jalan bergelap pun… punyalah takut… bayangkanlah… satu lampu pun tak de.. lampu neon ke lampu aeon ke apa ke… langsung tak de… mengharapkan lampu motor yg tak berapa terang tu dan juga mengharapkan sinaran bulan penuh pada malam tu… bunyi… jgn ckplah.. mcm2 bunyi aku dengar… di mulut aku kumat kamit ayat suci yg aku tau aku baca… bak kata ibenk… dah sakit.. dah takut… baru nak ingat tuhan… hehehe.. tapi itu aku kurang takut sgt tapi yg amat aku takuti ialah… kalau2 jumpa RAWAN!!!!! Rawan ialah sekumpulan perompak yang merompak, merogol dan membunuh siapa saja… semua duit yg aku ada.. aku simpan di dalam seluar d***m… takut tau!!!! Mcm2 yg aku bayangkan… isshh nauzubillah… dijauhkan lah perkara2 seperti itu… dengan hujan renyai.. dengan kegelapan malam… dengan bunyi2 burung hantu dan binatang kecil…. Issh takut betul… 3 jam kemudian… barulah aku dan ibenk boleh tersenyum kerana dah jumpa jalan tar dan lampu2 malap dari rumah2 org2 kampung….. syukur alhamdullillah aku sampai juga ke pekan sukabumi… syukur sgt2… terima kasih ya allah kerana menyelamatkan aku… Sebelum kami ke rumah tante, kami makan dulu bubur yang terkenal di daerah sukabumi… BUBUR AYAM !!! mesti korang fikir ala bubur ayam jekk bukan apa2 pun… tapi percayalah.. demi allah… memang berbeza.. aku pun tak berapa ingat resepinya apa… tapi fuuhhhh aku tambah 2 mangkuk… dan setiap satu mangkuk harganya RP5000.

Salah sebuah yg dijumpai sewaktu perjalanan Walaubagaimanapun… kenangan pergi dan balik kerumah org tua ibenk.. benar2 menjadi memori terindah yang tak dpt aku lupakan sampai mati… mcm2 yg aku belajar dan pelajari… yang pasti… aku harus bersyukur dengan setiap pemberian dari ilahi… byk lagi kejadian2 dan perkara2 yg aku alami sepanjang 8 hari di sukabumi, bandung… cuma… nantilah kita sambung lagi ek… oo ya nak tau tak camne org sukabumi sambut new year??? Nanti aku cerita ek…. Maknanya… to be continued lah…. Bye….

25.6.07

A NEW LIFE... A NEW STORY... PART 1

Ya allah ya tuhanku... lamanya tak tulis blog... dah setengah tahun rasanya... hehehehe dalam masa setengah tahun pelbagai perkara baru telah berlaku dalam hidup aku... semuanya baru.. dan semuanya berubah... syukur kepadamu ya allah ya rabbi....


ingat tak dulu aku pernah cerita tentang seorang mamat nama Ibenk?? mamat indonesia dan aku plan nak kesana??? pada tanggal 30.12.06 aku terbang sendirian dengan penuh ketakutan, kerisauan dan kegembiraan untuk bertemu dengan lelaki tersebut serta merasai pengalaman baru... jejak kakiku kelapangan terbang bandung... sejarah hidup ku berubah... lelaki yg aku sayang dan aku impikan telah ketemu akhirnya...




pertama kali bersua tiada suara hanya tatapan mata yang berbicara... kemudian barulah mengenalkan diri seperti baru berkenalan.. pertama kali berjumpa hati aku dah berdetik inilah lelaki yang akan aku nikahi tak kira dugaan apa sekalipun... perasaan bahagia dan sayang tiba2 muncul dan tiada berbelah bagi.. didalam bas... aku pandang sekeliling... keadaan dan suasana di sepanjang jalan menuju ke bandar sukabumi amat nyaman, dingin, cantik, indah dan diselang selikan dengan tiupan angin berserta anak2 yang mengamen didalam bas menyanyi lagu yang mensyukuri keindahan alam yang diberikan oleh yg maha esa.. terdetik rasa keinsafan dan kejahilan dalam diri aku... betapa berbezanya kehidupan mereka dengan kita... jauh berbeza... tapi dalam hati masih ada rasa takut juga kalau2 lelaki yang aku percaya ini lelaki jahat yang selalu dimainkan watak jahat dalam tv channell ARUNA. sempat gak fikir cam tu... heheheh




Sedang aku terbuai dengan keindahan alam dan kehijauan bumi allah... seorang pengamen menaiki bas yang aku naiki dan menyanyikan lagu yang telah membuat aku menangis Lagu Surgamu dari band terkenal UNGU.. tapi bukan kerana band itu tapi kerana anak2 kecil yang menyanyi penuh penghayatan sambil bermain gitar kapoknya yang membuatkan aku merasa sayu.. anak2 kecil seumur anak saudaraku yang masih menangis minta susu tapi anak2 pengamen ini sudah kenal erti kesusahan dan sudah kenal erti pencarian untuk sesuap nasi...
Perjalanan masih jauh lagi... sekitar 2 jam dari lapangan terbang bandung dan bersilih ganti pengamen yang menyanyi dan meminta sedikit belas ikhsan dari penumpang2 bas dan bersilih ganti petak sawah yang menghijau serta deruan angin yang sangat dingin dan sejuk akhirnya aku sampai di bandar sukabumi... debaran dada aku sgt kencang kerana saat ini aku akan dipertemukan dengan bapa saudaranya yang pernah dikenalkan kepada aku.. ya allah ya tuhanku selamatkanlah aku... heheheh itulah kata2 dalam hati aku sebelum berjumpa dengan KANG AGUS..


Kang Agus
Akhirnya aku ketemu juga dengan beliau.. orgnya hitam manis, kecil, badan sederhana, bulu mata sgt lebat dan yang paling penting... raut wajahnya seperti bercahaya2, memancar2 dan mata aku sejuk memandang wajah dia.. serasa tak nak alih pandangan.. begitu indah wajahnya.. mungkin inilah yg dikatakan orang yang beriman... allhamdulilah aku aku jumpa dengan org yang tepat.. malam tu aku mengagih2kan hadiah kepada Kang Agus dan Ibenk.. mereka menerima seadanya.. dan tak lepas berapa minit kemudian Kang Agus bertanyakan latar belakang keluarga aku, dan sedikit sebanyak dpt meneka diri aku siapa.. malu aku.. seperti dia tahu kisah silam aku, siapa aku, tapi tak pe lah.. aku juga dah berniat untuk berubah untuk kembali ke pangkal jalan mungkin ini petunjuk dan saat yang tuhan kurniakan kepada aku... Allah masih sayangkan aku.. allhamdulillah.. Kang Agus menegur aku beberapa perkara dan menasihati aku seperti saudaranya.. kebajikan aku dia jaga dengan baik.. selepas dirumah kang agus.. Ibenk membawa aku ke rumah Tantenya.. Astarfirullah.. neneknya juga ada.. segannya aku masa tu.. tapi tak pe lah.. aku tebalkan muka buat selamba.. syukur kepada tuhan.. mereka menerima aku dengan baik sekali.. aku terasa di hargai, rasa di hormat yang selama ini aku tak pernah kecapi di negara sendiri.. di tempah sendiri.. ya mungkin aku org malaysia.. tapi bukan kerana itu, tapi kerana keikhlasan dari hati mereka..
setelah beberapa hari aku dirumah tantenya..

On the way ke Cianjur

 ibenk membawa aku pula ke kampung asalnya.. kerumah org tuanya di Cianjur.. ya allah punyalah jauh tempatnya.. aku ksana naik motor OM Hery yg dipinjamkan ke ibenk.. kalau naik angkut2 (sejenis pengangkutan seperti van kecil) tak sampai.. dan tak byk angkut2 yang ke kampung ibu bapanya.. jalannya teruk sgt2.. bayangkan batu2 sungai dijadikan jalan. Bayangkan batu2 yang benjol2 tu aku redah.. aku lalui menaiki motor!! punggung aku merasa sakit, lenguh, dan rasa tak sanggup lagi nak teruskan perjalanan... tapi itu semua aku dapat ubati dengan pemandangan yang luas, yang cantik, bukit bukau yang menghijau melalaikan aku tentang kesakitan yang aku rasai. terlihat anak2 kecil bermain2.. orang menuai di sawah padi, kicauan burung yang merdu dan udara yang amat2 segar dan sgt dingin membuatkan aku lupa tentang kesibukan kota, tentang musik di disko, tentang segalanya di Negaraku. akh disko!! telah aku buang jauh2 dalam hidupku.. hubungan scandal, hubungan sulit semuanya telah aku buang jauh2 terus ke laut merah sana.. heheehhe...
selama 3 jam akhirnya aku sampai kerumah org tua Ibenk.. ya allah.. aku terkejut sgt!! adakah aku layak untuk menjadi ahli keluarga ini?? camana agaknya ye pertemuan aku dan keluarga ibenk?? tunggulah NEW LIFE NEW STORY PART 2 ok??!!!
Ibenk

21.11.06

~~{37 days to go}~~

Merdeka Street Bandug Supermall Ini bangunan kuno yg terletak di sudut antara jalan braga dengan jalan veteran. sekitar jam 7 am. * gambar ehsan dari Bandung City Homepage wew... m so excited last night and packed all my stuff to bandung... (eh lupa nak mention.. aku akan ke bandung next months.. celebrate raya haji and New Year kat sana..) hahah.. padahal masih lama lagi.. i dunno why m so excited.. samada nak jumpa ngan my YaYank.. atau mu melihat cewe cowo bandung atau anak-anak skolah yang cute mute, atau shopping yang sememangnya barang murah2 kat sana atau this is my first time melawat negara org luar dari malaysia.. Selain dari dukungan dari my sis and her hubby *peah ko kakak aku tau* hehe.. dari kengkawan yang dah penah melawat ke bandung.. mengatakan terasa tak nak balik jek dari sana.. and who knows, i stay there forever even currency dorang ciput.. tapi yang penting hapiness. mungkin aku akan ketemu kebahagiaan disana?? sapa tau kan?? But actually aku ke bandung hanya 2 hari sebelum balik kesini.. most probably aku akan ke sukabumi which its a small town. my plan is sesampai di bandara shoping le jap.. beli 2-3 lai baju ke cos aku tak bawak baju byk.. then baru lah kesukabumi.. dari bandung ke sukabumi mengambil masa 3 jam perjalanan.. dan ke sana bukan naik angkut-angkut.. tapi naik bas express.... hurmm.. macamana la agaknya celebrate new year kat sana ek?? sama ke mcm kat sini?? tapi according tu Ana and Rani (my sukabumi's fwens) mereka lebih suka celebrate di laut.. i dunno.. jauh gak dalam sejam dari ke sukabumi.. tak ingatlah nama pantai tu.. and according from wisnu and budi also ibenk.. konsert mereka tak tentu masa.. kadang2 selang 2 hari ada konsert.. yang best depan walnet mereka.. (hahah aku bakal lepak disitu bersama ibenk). hurmmm pic2 disukabumi gak mu masuk lah.. kenapa ya?? kat kepaa ootak aku ni nak membeli belah.. tapi sayangnya... lately ni byk plak nak kena guna duit.. hurmmm alamat bawak cukup2 makan jelah... nasib baik lah aku diberi tumpang tinggal di Villa uncle Ibenk.. so, sedikit sebanyak kurang lah perbelanjaan untuk tempat tinggal.. hurmmm aku tak sabar nak ke sana... lebih2 lagi my first time nak jumpa si Ibenk.. dun worry.. my cousin si Iwan will follow me.. and please pray for me.. moga2 selamat pegi dan balik... okies!!

16.10.06

~Aku CinTa KaMu~

mAkASiH cOwO YaNg berNaMa ~Bambang Taufik Aditya @ iBenK~
Dengarlah cintaku
Aku akan bernyanyi
sebuah lagu tentang cinta
Yang berakhir bahagia
Aku cinta kepadamu
Bagai bintang dilangit
Begitu cinta kita
Takkan pernah terhapus masa
Kau t'lah sempurnakan dia untuk diriku
Aku bukan pujangga yang pandai
Merangkai kata
Yang ku punya hanyalah
Sengenggam cinta
Ku tak slalu kirimkan bunga
Untuk tenangkan hatimu
Mungkin aku tak selalu ada di dekat mu
Ku tak akan goyah
Tegar hati ini
Hingga dunia tak bermentari
Satu yang ku minta
Yakini dirimu hati ini milikmu
Semua yang ku ucapkan
Melebihi dari semua rasa
Cinta untuk mu...
From : ibenk, sukabumi, bandung indonesia

Arti Hidupku

Yank!! Terima kasih bangat ma Bambang Taufik Aditya karena ngirim puisi buat Rina. Puisinya bagus bangat akh!! heheheh tar kalu ada puisinya lagi kirim ya!! aku suka bangat puisi kamu!!
Arti Hidupku
sayang cintaku ... Bunga bunga layu tak mengapa Asal engkau ada di hatiku Malam telan cahaya Tak mengapa asal kau sinari cintamu Tiada pernah berjumpa Tak mengapa asal kau ada di khayalku S'gala bujuk rayumu buang sejuta ragu Disini ku sendiri mencoba mengerti arti hadirmu Mengerti tenangnya jiwaku Mengerti sinar ada di wajahmu Akhirnya aku mengerti
Diriku memang untuk kau miliki Bagai Mentari pagi Menyapa diri lewat Hangatnya tatapmu cintaku...

1.10.06

dh sebulan berlalu...hahahaha

"Happyy Belated Birthday To Me...." hahahah and its been long time m not update my blog.. anyway thanks to my beloved friends who wished my birthday (even my parents doesn't remember and wish either). Thanksss!!!!!!

i am quite busy lately with my work... work work work.. with a bored things to do.. make calls, set date, time for their travel.. cancel booking, make reservations.. but i never own, my owned tickets.. i wish one day i'll get my own ticketss.. to bandung maybe.. heheheh...

To be honest, 3 days before my birthday.. i am advance celebrating with my friends at Rum Jungle.. fisrt time been there.. (it was awsome!!!) which is i think everybody knows what place it is.. my fellow pet-bro belanja me drinks.. and i was drunk, really drunk and thanks god nothing happened!! i was trow up a thousand times.. got headache, stomache, dizzy, but i really celebrating with happiness but actually lonely inside.. i dont know why i take this stupid action and accept stupid invitation from him.. but i dont blame him at all...

so, on my birthday date, its already 3rd ramadhan.. exactly sharp at 12.00 26 sept 06, my tears drop... i dont know why im crying... maybe sebab dah terasa tua kot.. i was thinking what i've done wihtin last 25 years.. ?? nothing!! lebih banyak enjoy, berkhayal, berangan, buang masa dengan bekas2 boyfriends yang semuanya hipokrit.. hahahahaha... harap2 lepas ni tak ada la becoming boyfriends yang tak macam tu dalam hidup aku..

so, aku berazam (doakan rina berjaya) untuk cuba ubah perangai, no alcohol, no flirt around (am I?) and avoid all the negative things and also to become a good wife, good worker, a good person, lastly a good hamba to allah s.w.t. amin...

so, gurls and guys out there please pray for me and wish me with full of hapiness and confident to live in up and down of life..

7.9.06

manusia cepat berubah

malam2 mcm neh... rasa touching plak.. lebih2 lagi dengar lagu jiwang... hahahahha... lagu MY HEART - Acha feat Irwanshah, bila nengok lirik dia lagi lah. maybe it just my feeling to feel this way...kenapa manusia cepat berubah?? kadang2 aku tak paham... sekelip mata saja manusia akan berubah.. tak kira lah dari tingkah laku, sikap, kasih sayang, hati. Hari ni lain, esok jadi lain, hari ni suka, esok tak suka, or maybe mereka ni telah berjumpa dengan sesuatu yang bisa membuatkan mereka tegar dan lupa akan perkara yang lama. yup!! mungkin.. atau mereka ini telah bosan dengan perkara yang lama... or mungkin mereka mahukan perubahan?? baguslah kalau macam tu.. tapi sekurang2nya janganlah sehingga menyakiti hati dan perasaan orang lain... hati manusia susah diramal.. dimengerti... dipercayai... manusia juga sanggup menipu demi untuk berubah.. tapi adakah itu satu perubahan yang jujur?? entahlah.. tak paham dengan pelbagai sikap manusia.. susah untuk difahami... manusia sekarang terlalu mementingkan diri sehingga lupa nilai keperimanusiaan sesama insan.. lupa akan keprihatinan.. lupa akan kesakitan dan kepedihan orang lain... bagi mereka yang tulus dan mulus akan perasaan orang lain sering ditindas, ditipu, dipermainkan... menangis sendiri.. ooo tedah!! (sarawakian words) kadang2 membuatkan aku terfikir... ada juga manusia yang sanggup buat insan lain seperti barang mainan.. sewaktu suka, ditatang, dijaga, dibelai, dimanja, apabila ada yang baru, yang lama di sepak terajang, diabai, dibaling sesuka ati, dihumban, dibiarkan saja di satu sudut berlapuk.. apabila barang yang baru telah rosak, telah hancur, barulah mencari semula barang yang lame yang di sepak terajang, diabaikan itu, barulah di bersihkan semula, barulah dijaga semula barulah dia sedar bahawa barang lame itu lebih setia, lebih berharga, lebih bernilai.. hurmmm... ntahla.. sukar dimengertikan... kenapa manusia cepat berubah??? untuk pembaharuan itu bagus.. tapi bergantunglah kepada perubahan itu sendiri... kepada mereka yang sering berubah2 tingkah laku, hati dan perasaan cuba berfikir dahulu dan fahamilah perasaan orang lain yang mungkin setia, jujur dan ikhlas kepadanya.. kerana kesakitan dan kepedihan itu amat perit untuk diterima. Hurmmm entahlah... bait bait lagu ini bagi mereka yang ikhlas dan setia serta menghargai pasangannya.. Jangan jadi macam Mawi and Ina... heheheh...
IRWANSYAH feat ACHA SEPTRIASA - Ost. My Heart
L :Disini kau dan aku terbiasa
bersama menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu
P : pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
B : if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart
P : pernahkah kau menguntai
L : hari paling indah
B :ku ukir nama kita berdua
disini surga kita P: bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
L: bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
B : if u love somebody could we be this strong i will fight to win our love will conquer all wouldn’t reach my love even just one night our love will stay in my heart my heart

Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...