6.11.08

My Brain being UnControl anymore....

Almost a year kepala aku tak sakit... recently got migrain.. feel likes lost of thought, empty, dazzled, dizzy, blur, and ++++... dont know how to describe... last night jumpa doctor kat DEMC, one of our panel clinic... i told him about my headache yang dah 3days.. the doctor's still young maybe around early 30. hensem plak tu... but on that time aku tak pk apa dah... kepala cam nak pecah... dia check my blood presure... ok.. tak de masalah.. check telinga aku... agaknya amik suhu panas kot.. maintain ok tak de apa2... then dia tanya mata aku.. memanglah sebelah kiri mata aku problem... dulu anak mata luka... darah masuk kat urat mata... bila baik dia jadi parut kat anak mata tu.. so, dia agak menggangu penglihatan mata aku... then dia tanya nak muntah2 ke tak... (ingat pegnant ke) cirit birit ke tak... mcm2 lah.. aku ckp semua tak de... lastly baru dia tanya... u memang ada migrain ke? (awatlah dia tak tanya awal2...?) "Ye doctor, almost a year saya tak sakit pala... dah 3 days rasa nak pecah ni... berat sgt, makan postan pun tak jalan" macam kena cucuk ngan paku jekkk

then barulah dia nak kasi ubat sandomigran (agaknya kot spelling dia ni) but unfortunately... aku punya baikkk lupa tak bawak kat opis... aduhhh.. sakit gila pala ni... tadi kak ros sound... "bila nak siapkan inbois ni?? almost RM200k tak buat... bila nak buat??" lepas jekk soalan tu POMMMM!!!! mcm ada batu hempap kat kepala aku ni... nyesal aku tak mc jekk hari ni... ( tula doctor nak kasi mc 2 hari sroh rehat, tak nak...!!!) aku ada ckp jugak kat doctor hensem tu about my probs.. nak jumpa pakar psiakitri.. before aku ckp kat doctor tu aku minta nurse tu blah... seganlah nak cakap depan org lain... malu.. nanti dia ingat aku ni sakit jiwa plak... (or else memang ye kot..) then aku luahkanlah (5%) dari masalah aku tu... dia tak cakap apa.. dok write down kat a piece a paper tok aku kasi kat doktor pakar tu... aku tanya dia... "doktor, what do you think about my case?? is it dangerous level or just middle or nothing?" the doctor said.. " i am sorry, its difficult to me to analyze about this.. better u go for futher treatment, what i can say... they will give you a medicine that you have to take everyday, and a few treatment" now i am think.. the sounds seems like high level jekk... tapi high level yg totaly lost mind.. m not to that level yet.... ntahlah... tapi bila masa aku nak gi hospital??? my hubby kata pergilah.. good for you... for us and most important for our baby n becoming babies.... tapi bila?? dengan kerja tak sudah2... mcm2 perkara nak difikirkan, nak diuruskan, tak tau aar... cant think right now... asyik busy jekk

apa yang aku fikirkan sekarang ialah... nak baring kat atas batu tepi sungai tok beberapa jam tanpa gangguan sesiapa... tanpa memikirkan apa2... but.. do i have a time??? do i have a space?? do i have a money?? do i?? teringat masa dolu- dolu... aku penah juga merasa gembira.. riang... tanpa memikirkan apa2... masa tu aku ketawa sana, ketawa sini, panjat gunung sana, gunung sini... enjoy sana enjoy sini walaupun kadang2 aku ada stress tapi tidaklah seperti sekarang.. aku tak boleh tahan lagi... kakak angkat aku sis pyscho menasihati aku untuk mendapatkan rawatan... pelbagai rawatan disediakan di hospital.. tak perlu takut... katanya doktor pakar disitu semua tau handle situation... this is not because of depression after giftbirth... tapi dari aku muda... ada masa2 tertentu aku akan bersikap demikian... dan sekarang aku tak dpt handle my anger... and sometimes aku rasa takut tak tentu hala... rasa sgt rendah diri, rasa tak berguna, rasa bodoh, rasa nak lari, rasa looser... kadang2 rasa nak mati... ye aku tau.. kita berdoa dan memohon kepada allah... kita selalu ngaji, selalu istifar... but i still need help from someone who can treat me until i become stabil.. become more confident, cheerful, hurmmm dont know what to say... sakit sgt kepala ni... kalau ada arwah ROSLI MOKTER.. tentu dia akan advice aku macam-macam... hurmm feel like miss his advices... but as i said before this... I NEED HELP....

4.11.08

AKU PESAKIT PSIKIATRI??

Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'? Anda boleh mengatasi kesedihan atau 'depression' anda dengan mempraktikan ciri-ciri berikut : a. Mengamalkan pemikiran yang positif. b. Boleh menyelesaikan masalah atau konflik dengan berkesan. c. Boleh berkomunikasi secara efektif. d. Bersikap asertif atau tegas diri. e. Menerapkan nila-nilai kerohanian atau keagamaan dalam diri. f. Mengujudkan hubungan dan ikatan baik sesama insan. g. Anda juga boleh mendapat nasihat dan bimbingan dari Pakar psikologi, Kaunselor dan Pakar Psikiatri. Elakan kesedihan dan tekanan anda berpanjangan tanpa sebarang intervensi dan dapatkan rawatan serta nasihat segera.
Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental? Penyakit Mental adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang. Gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.
Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan? Jenis-Jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan adalah:- ? Neurosis ? Psikosis. ? Penyakit mental organik seperti nyanyuk. ? Gangguan personaliti. ? Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif. ? Ketagihan dadah dan alkohol. ? Percubaan membunuh diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis? Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan ?luar biasa?. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan. Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis? Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis). Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.
Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental? Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. Psikoterapi dan kaunseling:- Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Rawatan psikotropik:- Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. Rawatan tingkahlaku:- Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Rawatan elektrokonvulsif:- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap skizoprenia? Ciri umum gangguan ini adalah : ? Gangguan-gangguan pada fikiran dan perhatian pesakit. ? Gangguan-gangguan pada persepsi. Dunia ini seakan-akan nampak lain di mata pesakit. ? Gangguan-gangguan pada fungsi efek atau perasaan. Mereka sering dilihat dalam kesedihan dan menarik diri dari kumpulan. ? Menarik diri dari kenyataan. pesakit sering berkhayal sendiri dan tenggelam dalam dunia batinnya sendiri. ? Mengalami delusi dan halusinasi. pesakit merasa yakin bahawa sesuatu akan terjadi pada dirinya (delusi) dan kadang-kadang diikuti oleh pengalaman-pengalaman individu (merasa melihat atau mendengar sesuatu) yang tidak dialami oleh orang lain. Bila keyakinan yang timbul adalah seolah-olah ada orang yang mengejar-ngejar dirinya (merasa akan dibunuh misalnya), maka pesakit mengalami delusi persekusi. Bila pesakit yakin bahawa ia mempunyai kekuatan atau kemampuan luar biasa, ia mengalami delusi grandeur/kekuasaan/kebesaran.
Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi? Ianya melibatkan berbagai faktor seperti: ? Genetik. ? Kimiaotak. ? Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangkamasa yang pendek. ? Pengalaman hidup di masalalu, pergaulan dengan orang lain atau cara hidup.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan? Merasa sedih apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran. lanya: ? BUKAN kesedihan yang sementara. ? TIDAK boleh dihilangkan dengan cuba bergembira. ? lanya boleh mengurangkan keupayaan untuk bekerja dan menikmati kehidupan. ? Jika TIDAK dirawat, boleh perpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun ? Boleh mengakibatan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan? Gangguan keresahan berlaku apabila perasaan resah menjadi semakin meningkat sehingga menjejaskan tugas-tugas harian. Keresahan ini bukanlah terjadi dalam situasi kebiasaan kerana keresahan yang ditunjukan adalah luarbiasa.
Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik? Keresahan berlebihan yang berlaku secara tiba-tiba dikenali sebagai serangan panik dan ianya adalah sangat menakutkan pengidapnya. la menjadikan seseorang merasa amat takut atau amat tidak menyenangkan, yang berlaku dalam beberapa minit atau beberapa jam. la mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, pening, degupan jantung menjadi pantas, berpeluh dan rasa takut akan mati atau menjadi tidak siuman.
Apakah itu penyakit kemurungan? Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ni boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat, ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Apakah tanda dan simtom penyakit kemurungan? Simtom Kemurungan adalah: ? Kesedihan atau ?kekosongan? perasaan yang berpanjangan. ? Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan. ? Cepat rasa letih dan tidak bertenaga ? Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa. ? Perasaan bersalah dan tidak berguna ? Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur. ? Hilang selera makan dan penurunan berat badan. ? ?Rasa lebih baik mati?, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri. Rasa tidak tenteram dan mudah marah. ? Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan. ? Simtom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman. Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.
SERIUSLY... I NEED HELP......

22.10.08

BERAYA DI RANTAUAN....

foto-foto kami di kampung hubby.... Sukabumi dan di Cianjur, Bandung.

dlm flight... mak atok batrisyia said "baru 6 bulan dah naik flight ye.."
happynye dia balik kampung...
buyut, nenek nyoyoh ngan om jidan batrisyia... cian penatnya anak mama 4 jam baru sampai sukabumi

rumah buyut batrisyia.... depan mengadap sawah padi...
padi huma... sebelah rumah buyut batrisyia...
cantikkan bunga ni... tak tau bunga apa...
sapa tau nama bunga ni apa???? very beatiful....

selepas penat batrisyisa menangis... akhirnya tertido juga... dari malam pertama sampai sampai hari kelima (rumah buyut 2 malam, nenek nyonyoh 2 malam) menangis tak berhenti... mata dia sampai bengkak2.. sampai demam2 lah... memang tak dpt berjalan kemana2... tak shopping... tapi duit habis gak... risau sgt tentang batrisyia.. last2 batrisyia nangis.. aku pun sama ikut nangis... cos kesian sgt kat dia... akhirnya malam kelima kami ambil keputusan tido di hotel berdekatan... satu malam RP100,000 = RM 40.00.. ha... batrisyia punya suka.. main jekk, tido lena tak bangun2 sampai pkol 10 pagi.. cos sebelum ni.. tido 15 minit berjaga je menangis.. serba tak kena dibuatnya.. dan hari yang sama jugak kami ambil keputusan ke rumah nenek ngan kakek batrisyia di cianjur... manalah tahu dia "kerasan/betah" kat umah nenek dia...

penat sgt dah ni.... ambil masa 3 jam untuk sampai ke rumah nenek batrisyia di cianjur... sampai malam kol 9.00pm... ramai yg kerumun batrisyia.. mcm artis plak kami rasa... hahaha artis kampung... nenek batrisyia.. bukan main bangga lagi cucu dia balik...
alhamdulillah kat rumah nenek n kakek batrisyia "betah/kerasan" tak meragam.. demam pun beransur baik.. main jekk... aku full time menjaga batrisyia... cos dia tengah lasak sgt... selepas baik dari demam selera makan batrisyia bertambah2.. alhamdulillah... mungkin kerana cuaca sejuk agaknya.. kami belikan baby walker dia sana agar dia tak serasa sgt di luar negara... biar dia serasa di rumah mak atok dia... kawasan umah kakek dia luas.. dptlah dia ke hulu ke hilir bermain..
kat rumah mak mertua aku masih lagi pakai dapur kayu api dan dapur tanah... mula2 susah nak sesuaikan diri memasak... tapi lama2 rasa mcm seronok plak.. mcm main masak2... hehehe
(dipagi raya) selepas sembahyang raya, kaum wanita menunggu kaum lelaki pulang dari masjid untuk bersalaman bermaaf-maafan.

papa dan mama bermaafan di pagi raya.. sibuk jek batrisyia ni.. mama tak kasi org lain pegang.. bangga sgt ngan cucu dia sorang ni...

hubby ngan mama bersalaman... semua ni secara candid, hubby tak tau aku amik foto dia... hehehehe
keluarga mertuaku.. pagi2 raya ni aku saja2 buat sibukkan diri cos tak nak feeling sgt (menangis) cos inilah pertama kali aku beraya bersama keluarga mertua... dan pertama kali beraya selain dari keluarga aku..

my beloved family...
akhirnya selama seminggu jugalah aku duduk di rumah mak mertua aku... so, 3 hari sebelum aku balik ke malaysia aku terus ke bandung... disebalik bukit bukau ini lah rumah mak mertua aku, jalanya pula bukanlah jalan tar atau jalan rata... jalan yang menggunakan batu2 kerikil besar.. (mcm batu2 sungai) punyala sakit punggung aku... sampai mabuk2... 3 jam jugak dpt bertahan.. sepanjang jalan batrisyia tido.. alhamdulillah...
rumah di tepi2 jalan yang sempat aku ambil...
foto close up.. pekerja sedang bekerja memetik teh
padi huma/bukit.. sorry gambar goyang skets... masa ambil ni kat dalam kereta... kereta bergoyang.. tak dpt nak fokus... main shot jekk hehehhee
ini je lah satu2nya foto yang sempat di ambil di bandung... ini pun di hotel guntur, bandung.. waktu ni dah nak check out... so, ini je lah yang sempat saya shotkan buat semua yang ingin berkongsi pengalaman... kalo nak tau lebih lanjut atau nak tau di mana tempat2 untuk bershopping, berhoneymoon, yang suka alam flora fauna... inform la saya.. insyallah yang mana saya dapat bantu saya bantu... heheeh so, permisi ya bapak... ibu...
p/s: tu baju baru tu... sempat gak shopping kat bandung.. ini lepas breakfast... flight balik pukul 11.20am...

19.9.08

suara dtg dari mana???

otak aku dah beku... otak aku dah sebal... otak aku dah padat... otak aku dah sakit... otak aku dah bengang... byk no perkara2 masalah problem... lepas satu, satu... pening.. bengang... tension... rasa nak ngamuk... rasa nak jerit.. rasa nak cekik org... rasa nak tampor muka mak bedah mulut tempayan kat sebelah aku ni... tapi kenapa?? nak buat apa?? pasai apa??
nak luah kat sapa?? imaginary friend?? dolu2 ye... suka ckp sorang2... nangis sorang2... satu suara sampai.. pujuk... tenteramkan... stop nangis seketika.. termakan pujuk... termakan rayu suara tu... tapi lama2 tak boleh control suara tu.. dia ajak buat perkara2 gila... yg mereng.. yg bodoh.. pukul diri sendiri... hilang kawalan diri... lebam sana sini... amik pisau nak tikam diri... tak dpt pisau.. garpu cucuk tangan.. kaki... perut... patutlah ramai lelaki tak sanggup n tinggalkan aku dulu...
skang ni.. masih ada lagi... bila suara tu nak pergi??? kadang2 muncul... kadang2 hilang senyap... masa ngandung... tak penah aman ngan hubby.. pukul dia.. terajang pintu.. hempas pala kat dinding... henyak perut yg ada benih aku n dia... lepas sepak terajang hubby.... aku berlari naik tangga ke tingkat 5.. padahal tujuh bulan.. suara penah sroh jalan kaki malam2 jalan satu shah alam.. dah lah suara... dulu masa form 4 aku dah penah jalan satu seksyen 11.. menyusup keluar hostel duduk kat taman sorang2... jalan satu seksyen 11... org panggil tak peduli... skang ni nak sroh lagi??
bila ada anak... suara sroh campak anak dari tingkat 5 kebawah... tak... tak... aku tak kan buat... aku sayang anak aku... aku sayang suami aku... pergilah suara.. sampai bila nak ekori aku?? dah 28 tahun dah... tak penah hilang...
skang ni aku pala aku bengang ngan macam2 hal... kerja... gerai.. kuih... rumah... hubby bebel2 tiap2 hari.. anak menangis.. nak masak.. kemas rumah... nak packing baju... nak balik kampung... duit tak de... hubby buat tak tau... rasa nak hempas pala kat dinding kasi pecah...
slalu gi jumpa doktor mintak mc ckp penat... eczema dah makin teruk... lagi2 puasa ni.. kurang air... merekah sana sini...
hubby bebel... susu lupa nak bawak.. pampers abis.. passport anak lom beli... "jangan bebel boleh tak b???" dada sakit... pala sakit... badan penat... tolong b...???
suara tu dtg lagi... "tak lama lagi ko nak mati... ko buat apa yang ko nak buat..." aku - ?????

11.9.08

Bila Raya Bakal Menjelma

syahdunya dengar lagu raya... baru masuk 11 ramadhan... tahun ni tak sama ngan tahun2 sebelumnya... kerana 1.) aku dah ada batrisyia... raya ngan batrisyia... pulak tu dia dah 6 bulan.. dah lasak... nak pandai manja.. dah pandai mintak di manjakan... aku dah siap2 belikan baju dia but t-shirt jekk masa jualan gudang kat padini minggu lepas... alhamdulilah.. batrisyia dpt 7 helai.. adid dapat gak aku belikan 2 helai.. mia 2 helai... abg jekk dpt 3 helai.. mlm tadi ucu dia plak belikan baju gaun.. tinggal pakngah ngan ibu dia jekk... pakngah dia dah tanya nak apa.. aku apalagi... ckp lah batrisyia nak seluar jeans or skets pendek cos nak padankan ngan baju2 tshirt dia tu... (mak n abah, raya tahun lepas... ) itu satu... tapi ada gak yg menyedihkan raya tahun ni... tahun ni turn beraya di kampung suami aku... sedih gile... mana tak nya.. inilah first time aku beraya ngan org lain selain dari family aku... memanglah keluarga mertua aku... tapi mana kan sama... huwaaa... mak aku dok sebut jekk... "rindulah mak tok kat umairah ni nanti..." (umairah nama manja batrisyia) aku pun risau gak.. anak aku ni manja giler ngan mak tok dia ni... terpaksalah aku bawak kain batik mak aku tok selimutkan dia.... aku belum lagi buat apa2 preparation lagi.. yelah sibuk berniaga dia bazar ramadhan sec 3 kat bangunan mais.. mungkin aku ingat sabtu depan aku nak cuti berniaga nak kemas barang2.. beli barang2 apa2 yang patut... yelah... lama tu.. 2 minggu... oleh2 tok family mertua aku pun lom beli lagi... hai.... camne lah nanti ye... ( aku, hubby n adib.. masa ni tgh ngandung 4 bulan) ntah macamana lah raya kat sukabumi nanti... kata si ov kat sana pun ada salaman pagi raya... ada kasi duit raya... hurmmm tapi yang paling best... aku nak masak macamana mak aku masak nanti... aku akan sibukkan diri nanti... ya allah... sedihnya aku... serasa nak nangis skang ni... tapi nak buat camne.. inilah lumrah orang hidup berkeluarga... mungkin tahun2 akan datang.. aku akan biasa ngan keadaan macam ni... insyallah... (dari kiri abg ngah, abg long, hubby depan plak pak teh adib n abang) kawan2 doakan aku tenang dan tabah hadapi lebaran tahun nni..... ---------------- Now playing: Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf via FoxyTunes

3.9.08

SUKAHATI AKU

SUKAHATI AKU NAK BELI APA
SUKAHATI AKU NAK BELI UMAH KECIK
TANAH RUMAH AKU KECIK
KETA AKU KECIK
JUAL AIR KECIK- KECIK
SUKAHATI AKU
SUKAHATI AKU KALAU AKU BODOH MARKETING SURVEY KAU TU
TAK PERLU NAK KONDEM
TAK PERLU NAK KRITIK HAL UMAH AKU TU
TAK PERLU NAK KUTUK RUMAH AKU MURAH
TAK PERLU PEDULI AKU KENA TIPU NGAN PEMAJU
SUKAHATI AKU
KONON CAKAP SEMUA NI KERANA ATAS DASAR KAWAN
KALAU KAWAN TAK MENYAKITKAN HATI AKU
KALAU KAWAN TAK GURIS HATI KAWAN
KALAU KAWAN TAK KECILKAN HATI AKU
SUKAHATI AKU
APSAL AKU TAK BEBEL KO PLAK OVER BEBEL
PADAHAL KAU MENGUTUK RUMAH AKU KAW-KAW
APSAL KAU PLAK NAK MELENTING DAN TUDUH AKU YG HANGIN
APSAL NAK MARAH AKU SROH BINI KAU BELI UMAH 200-300K
SEBAB BINI KAU KUTUK AKU BELI UMAH KECIK,
KENA TIPU NGAN PEMAJU KONON
SUKAHATI AKU LA
INI CITARASA AKU
INI KEMAHUAN AKU
INI KEMAMPUAN AKU
INI MASA DEPAN AKU
SO, SUKAHATI AKU!!!!!!!!!!!

21.8.08

MY BABY MY WORLD MY EVERYTHING.....

aduh... penatnya!!!! hurmm tapi seronoknya bila dpt mendengar suara batrisyia... saat-saat tension.. penat... hilang serta merta apabila aku tengok muka anak aku ni... baru aku sedar skarang kenapa bila aku buat perangai... mak aku menangis... dan kenapa dlm islam termaktub syurga dibawah tapak kaki ibu...
tak tergambar perasaan bahagia mempunyai anak... rasanya nak tambah lagi ni 2 tahun lagi... heheheh at least batrisyia ada kawan... dlm masa 5 bulan bersama dengan kehadiran 'orang baru' ni... bertambah ceria, bertambah seronok.... aku ngan hubby takde gaduh-gaduh lagi... tapi mula-mula tu hubby mcm belum dpt menerima org baru... bukan dia tak sayang... yelah.. sebelum ni kasih sayang... manja semua tertumpah untuk dia seorang... skang ni bukan lah cemburu sgt pun... cuma dia tak paham apabila kita kurang luang masa ngan dia sgt... dia masih tak paham lagi anak tu perlukan perhatian dr kita lebih.. yelah... siang kerja... balik kerja dah siap2kan anak mandi, bagi makan, main2 ngan dia.... aku bukan lah lupa dan lalai tanggungjjawab aku... aku buat seperti biasa... kemas rumah... masak... basuh baju... eh.. basuh baju dia... bercakap2 hal kerja tadi.. gurau2... n planning masa depan camne... mungkin kurang bagi dia hal kelamin... nak buat camne aku ceaser... upss SX plak.. ya mungkin kerana itu...
selepas 4 bulan batrisyia lahir... baru aku berkesempatan buat syukur jambul... rezeki batrisyia murah sebab majlis tu di sponsor oleh TOK ANDAK dia... alhamdulillah.... majlis tu buat di Manjung, Perak. satu family pergi sana... makcik2 batrisyia pakcik2 dia.. nekyang dia.. (nenek aku) semualah.. majlis tu buat bacaan marhaban, zikir n nyanyi dodoi... mujurlah anak aku ni tak menangis teriak.. heheheh
majlis tu buat hari sabtu... so, ari ahad tu apalagi... mandi laut la... kami sekeluarga sewa chalet kat betul2 tepi pantai... cuma tak berbaloi sewa ngan chalet prakkk camtu... sewa rm180 tappi robek sana... reput sana sini... mlm plak.. ya allah... mat2 rempit merempit bagai naik gila... aku siap call polis lagi 2-3 kali baru la senyap...
hurmmm.... raya ni balik kampung sukabumi nak tunjuk cucu pertama keluarga sebelah hubby... tentu2 lah bersilih ganti tangan mendukung batrisyia... hehhe rileks sket mama ek... heheheheh tapi tak akan aku tinggalkan anakku walaupun aku sibuk bershopping... hehehe eiiiii..... sayang nya anak mama.... comel cam mama dia kan?? hahahhaha
sis,... hang tu bila nak dpt baby... tak teringin ka??? hehehe.....
sekali lagi dengan kehadiran anak kesayangan aku ni... aku di limpahkan rezeki oleh ALLAH S.W. T dengan rahmat kurnianya aku dpt membeli sebuah rumah teres satu tingkat 4 bilik, 20x82... agak jauh jugaklah di jalan menghala ke meru... tak payah pun nak tunggu setahun dua tok siap... rezeki batrisyia agaknya terus dpt rumah yang dah siap... boleh pindah dlm bulan puasa ni... tapi tak sempat lah... insyallah lepas raya... baru jekk dpt 2 minggu lepas... bank dah pun lulus... aku cari2 tak sampai pun 2 bulan... agaknya memang di tentukan tuhan anak aku murah rezeki... amin.... our new becoming home......

Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...