29.4.10

Bagaimana dengan hari ini??

ladang teh dan kebun yg harus aku lalui sebelum sampai ke kampung hubby
Hari ini penuh dengan kesenangan di dalam hati.. not 100% tenang but i still can smile, laughing, and can manage my life properly..
Awal tahun saja aku mengalami berbagai masalah dan rintangan... sampai menangis aku dibuatnya.. tapi alhamdulillah... semakin lama masalah tu dapat dikurangkan.. dalam tangisan aku dapat juga menyelesaikan masalah dan menghadapi rintangan yang mendatang... semakin hari semakin baik... dan aku harap ianya berterusan.
Tahun ni aku rasa asyik bercuti jek.. bulan mac bercuti ke penang dan perak.. sebenarnya pergi majlis pertunangan sepupu aku.. tapi alang2 jalan2 skali lah... yang bestnya, aku tak sangka plak hubby aku ni pun gila2 otaknya.. kami memang tak plan nak follow mak aku ke penang, jadi mereka terus pergi pagi jumaat tu.. anak aku mak aku bawak.. so, hari jumaat rutin berjalan seperti biasa.. hubby aku amik balik keje.. aku just ckp jekk "mak ndak call dia ingat kita pergi, dia bising gak lah kita tak pergi tapi tak pelah lain kali kita pergi" then suddenly dia ckp " JOM KITA PERGI MALAM NI" hah?? terkejut aku... duit cuma ada RM100 jekk lepas ke nak gi ni?? lepas congak2 minyak n tol, kami balik packing terus pergi... tak ckp banyak.. masa anak dara aku selalu la gak buat keje gila camni.. tapi tak sangka plak hubby pun camtu jugak.. aku memandu sepanjang jalan ke Penang.. maklumlah hubby aku tak de lesen.. tak berani nak bawak kalo jalan jauh2 ni... awal perjalanan jek dah ada cabaran.. hujan selebat2nya sampai aku tak nampak jalan.. dah lah aku ni rabun malam.. hurmm redah jek lah

sepanjang jalan kami berborak.. bergurau dan feeling tu macam rasa girlfriend boyfriend plak... tak berhenti2 kami bercerita... seronok sangat masa tu.. dah la kami tak tau jalan ke penang.. semua main redah jekk.. dgn hp tak de credit.. ada pun tinggal berapa sen jekk nasib baik friend n family.. murah lah kalo buat panggilan n sms.. so, malam tu berjalan tak berhenti2.. just berhenti kejap di perhentian mana ek.. just nak tanya jalan.. cari public phone semua tak leh guna.. dekat 10 public phone disediakan tapi semuanya rosak.. so, kami pun nekad jekk lah tanya orang.. best part plak orang2 yang kami tanya semuanya bagi salah directions.. mujurlah masa aku nak mulakan perjalanan mak aku call.. selamat..
selepas sesat cari rumah pakcik aku tu.. akhirnya kami sampai juga dalam pukul 2.30 pagi.. kami bertolak nak dekat kol 11.. lepas abis majlis kami semua berjalan ke penang.. esok nya nak balik umah ada plak bagi cadangan nak mandi pantai (hubby aku le tu) dh plak semua setuju.. apa lagi balik tu singgah lumut plak... dah bermalam lagi semalam kat situ.. hisshh.. macam2 perkara yg tak dirancang berlaku.. tapi seronoklah cos semuanya dapat kumpul bersama2...

seronoknya jalan ngan orang tua2 pagi2 dah bangun sembang

Lepas ni pulak bulan Mei kakak ipar aku plak nak sponsor apartment di Strawberi Park Resort, cameron Highlands. semua all in aku cuma pergi bawa diri jekk lah.. (minyak tol sendiri lah)... hurmm asyik berjalan jekk pulak tahun ni... hubby mungkin tak ikut ke Cameron.. dia kata malas lah sama jekk pemandangan macam kampung dia.. eleh padahal belum pernah pergi lagi Cameron.. tak pelah tengok jekk.. sure last minute dia nak gi jugak... kalo dia tak nak pergi tak pleh.. aku paham dia nak berniaga mencari rezeki buat kami sekeluarga gak..

nanti bulan 9 pulak nak balik kampung di sukabumi, bandung. hurmm jalan lagi.. duit tak kumpul lagi.. tak tau lah camne nanti.. ingat nak buat akikah sekali mesti meriahkan suasana kampung kenduri... yang paling best mak abah pun ikut ke sana tapi 6 hari selepas aku disana. dia nak merasa ke kampung hubby aku... mak abah.. kena kuatkan stamina n fizikal.. takut nanti sakit belakang, pinggang semua.. jalan dia jalan batu sungai... hehehe

jiran2 di kampung Cianjur, Sukabumi

aku harap2 la taun ni akan berterusan kegembiraan dan kebahagiaan kami sekeluarga, jauhkanlah segala kesulitan dan rintangan serta cabaran dalam kehidupan kami.
amin...

17.2.10

COBAAN ATAU DUGAAN?

kepala aku sakit
kepala aku binggung
kepala aku melayang - layang
apa yang terjadi?
apa yang berlaku?
dugaan datang bertimpa-timpa?
cobaan atau dugaan?
apa yang perlu aku buat?
apa yang perlu aku lakukan?
aku berserah padaNYA
pada saat aku memerlukan
bukan semalam, bukan hari ni, bukan esok..
bah kan selamanya.. sampai kiamat menjelma
namun apa yang aku harus lakukan?
untuk hari ini? untuk esok?
sampai kapan hidup begini?
apa yg harus aku cari??
apa yang harus aku temui???
cobaan atau dugaan??

3.2.10

TAHUN 2010 INI....

agak lama juga aku tak online... tak update kat blog ni... dan berbagai perkara telah berlaku... tapi tak lah hot sgt citer2 hidup aku ni...

Perniagaan aku ok ok jekk... ada juga yg nak melabur.. tapi jadi sleeping partner... tapi aku tolak.. aku takut suatu saat yang akan datang kita akan jadi gelap mata, jadi tamak, jadi pergaduhan... lainlah kalo sama2 bekerjasama.. lainlah kalo konsep pinjam dimana dia ambil keuntungan dan sampai satu tahap pinjaman langsai... kalo sleeping partner sampai mati pun tak abis2... itu pendapat aku lah...

so, sekarang ni... hubby jalankan sorang2.. nak kata mewah tak lah.. cukup2 makan jekk... biarlah kami bertatih2 dahulu... tapi sampai satu masa... apabila perniagaan aku ok... aku akan berhenti kerja dan berniaga secara online... sambil aku dapat uruskan anak2.. urus suami tercinta, uruskan rumah... sambil aku dapat income juga...

Batrisyia plak semakin nakal sejak kejadian dia disampuk semasa kami family day di Serendah.. selepas dia baik dari demam perangai dia lain macam.. tak macam dulu... lebih byk mengamuk, marah2 panas baran, tak dengar kata, melawan, tak takut ngan orang.. even ayah dia pun dia tak takut... aku risaulah dengan keadaan dia... aktif jgn ckp lah.. hyperactive la ni... yg kena sampuk tu aku rasa dah baiklah.. aku mintak ustazah kat tempat aku ni tolong tengokkan... hubby pun ada gak ngaji dan buat solat hajat untuk bagi batrisyia minum... nenek aku pun ada bagi air yasin tok batrisyia... lepas daripada tu dia terus demam... baik dari demam tu pangai dia tak ubah2... malam jekk mesti dia meracau.. masa mula2 tu aku layanlah.. tapi la ni.. aku biarkan jekk... cos aku pun tak tau apa yg dia nak... asyik sebut tepi.. tepi.. tepi... sambil tolak2 badan aku sroh ketepi... hai.. aku makin risaulah...

mak aku kata dia ikut pangai aku.. kena dengar kata dia jekk... memang aku panas baran... tapi betul ke pangai cam aku masa kecik2?? aku rasa tak.. cos hubby pun ckp pangai dia lain macam... ada yang kata mungkin dia nak tukar tahun... bulan 3 ni nanti dia genap 2 tahun... sebelum ni kalo dia tukar tahun dia demam jekk tak de la meracau2.. heeee ya allah ya tuhanku.. apalah berlaku pada anak aku... aku tak nak dia jadi cam aku "ada" yang ikut aku sampaila aku tua... nak kawin pun susah... nasib baiklah tuhan tu maha kaya... dapat gak aku berkawin.. itupun puas beriktiar akhirnya menjadi sampai ke Bandung, Indonesia sana...

aku harap-haraplah tahun 2010 ni nanti akan membawa sinar pada keluarga aku.. dan semoga anak aku cepat sembuh..

5.8.09

KUIH RAYA!! KUIH RAYA!!!

DEAR FRIENDS....
SAYA ADA JUAL KUIH RAYA... DIJAMIN KESEDAPANNYA COS SAYA DAH MENIAGA KAT OPIS DAH  6 TAHUN BERTURUT2 DAN TAK PENAH DAPAT COMPLAIN.. MALAHAN BERGANDA2 TEMPAHANNYA!!!
                                                    
ALAMANDA COOKIES 75 BIJI SEBEKAS RM25.00
(FAVOURITE!!)
CORNFLAKES COOKIES 75 BIJI SEBEKAS RM25.00
(FAVOURITE!!)

IDAMAN CROKET 75 BIJI RM25.00


NESTUM DELIGHT 75 BIJI RM25.00



CARA BAYARANYA MUDAH... DAH PILIH NAK KUIH YANG MANA NANTI EMAIL SAYA... ATAU POST JEKK KAT SINI... ATAU EMAIL SAYA fazia_rina@yahoo.com

ADA PELBAGAI LAGI JENIS KUIH... CUBALAH ANDA PASTI TAK MENYESAL!!!

30.7.09

HARI SEMAKIN CERAH DAN AKAN TERUS CERAH....

ya allah... rindunya kat blog aku ni... kat sini lah tempat aku luahkan apa benda skali pun... GOOD NEWS!!! anak aku dah mula pandai berkata2... "acehh... (terima kasih) antik.... (cantik), berk (bird), amfuhhhh ( lampu), awaahbarrr (allahuakbar)",dah mula pandai bebel2... nyanyi... menari (ikut mama dia la ni..) tak de perkara lain yang lebih indah apabila kita melihat anak kita belajar dari satu perkara ke satu perkara yang lain....
macam tu la jugak kehidupan kita seharian sebenarnya.... setiap hari pasti kita akan belajar sesuatu perkara tanpa kita sedari atau kita buat buat tak sedar... aku rasa life aku makin bertambah baik... tak de sakit pala lagi... tak de migrain lagi... tak de suara suara yang menganggu kehidupan aku... yang ada hanyalah nurbatrisyia irdina!! gelak ketawanya.. bebelannya... keletahnya... suaranya.. tangisnya... semua itu yang ada dalam kehidupan aku sekarang... dari segi perniagaan aku pulak... alhamdulillah... walaupun aku dah tak meniaga kat bazar2 tu lagi... dah takde funfair yang aku boleh ikut... aku (suami aku sebenarnya) dapat satu ruang kecil yang hanya boleh memuatkan 1 stand dan 1 meja berdepan dengan majikan lamanya untuk berniaga di situ... bos dia panggil / ajak berniaga kat depan kedai dia... walaupun sekadar 1 pasar malam yang aku ada... cukuplah untuk kami sekeluarga menikmati anugerah dan kurniaan yang tuhan beri pada kami...
memanglah "sakit" juga keadaannya tapi kami redha dan berserah pada tuhan saja... cuma kita tak tau lah akan datang dugaanNYA macamana pulak...
dari segi pekerjaan aku.. alhamdulillah juga.. aku terlepas dari belengu selama ini... taun lepas aku dapat C sahaja.. tapi hikmahnya aku terima sekarang ini dimana akhirnya manager aku dah tau siapa silap dan dimana silapnya... cos dulu dia tak terima aduan yang aku berikan.. sehinggalah aku minta tukar section (tapi tak lulus :( pun...) bos tukarkan job description aku pulak... alhamdulillah... jd aku kali ni aku suka... minat aku mungkin... (tak taulah akan datang) aku selesa dengan keadaan sekarang...
bulan puasa ni nanti... aku cuba2 berniaga dia bazar ramadhan.. sambil2 jual kuih2 raya di opis... smoga kehidupan aku makin cerah dan terus cerah seperti cerahnya matahari...
oh suara... aku harap ko terus pergi dan pergi dan jangan berpaling pada ku lagi... aku kini bahagia bersama anak kesayangan ku ini....

27.4.09

new life.. new challenging

hurmm lamanya tak tulis blog.. life pun dah byk berubah skang.. skang ni aku cuba plak berniaga.. berniaga online baru jekk 2-3 hari.. tapi berniaga kat bazaar tu.. dah sebulan.. teruk lah sales aku kat situ... mati.. kawasan tu dah mati... duit yg aku labur habis lebur mcm tu saja... tapi aku tak nak lah patah semangat... walaupun skang duit modal dah lebur.. aku cuba jugak lah.. ishhh.. kadang2 fikir hidup mcm dulu lagi senang... masing2 keje... hujung bulan ada duit nak bayar semua bil... walaupun makan cukup2 tapi bil semua setel.. skang ni... aku keje sorang.. hubby meniaga.. pendapatan plak ngam2 bayar duit sewa tapak jekk so, tak boleh la nak ckap berapa sakitnya kehidupan aku... tapi tak pe... cos ini semua hanyalah dugaan yang maha esa untuk menguji hambanya untuk terus beribadah kepadanya.. aku percaya apa yang berlaku akan ada hikmah dan kebaikannya.. cuma kita perlu sabar jekk.. insyallah.. amin... hubby aku dok kesana sini cari penganjur yang menganjur tapak bazar.. tak kira lah mana2 tapak bazar pun akan aku pergi berniaga untuk mecari sesuap nasi kami sekeluarga... aku bangga dapat suami spertinya... tak kira penat lelah.. tak kira susah atau senang.. dia tetap berusaha... cuma bila tak de duit ni memang tension lah... aku harap2... kehidupan aku sekeluarga akan berubah suatu hari nanti.. insyallah kejayaan akan tiba tak kira lah lambat atau cepat... semoga allah merahmati keluarga bambang taufik dan diperluaskan rezekinya sebesar besarnya....... amin.....

1.12.08

MANUSIA PENIPU DAN HIPOKRIT

kenapalah kat dunia ni ada sejenis manusia yang digelar penipu?? manusia yang namanya hipokrit??? tak tau ke org yang ditipu dan tertipu menderita selepas mengetahui hal yang sebenar... memanglah ada sesetengah perkara kita harus menipu untuk keselamatan atau untuk hal2 tertentu... tapi dalam islam nabi muhammad menegaskan umat islam bahawa menipu adalah berdosa besar... tak kiralah apa jenis bentuk sekalipun... Ye!!! sebenarnya aku ditipu oleh seseorang.... seseorang yang sangat rapat dengan aku... seseorang yang amat aku sayang.... tapi sayang... kesetiaan, keyakinan, kepercayaan dan kasih sayang aku disalahgunakan... menyalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri, kepuasan diri sendiri dan untuk DIRI SENDIRI. aku tersangatlah terpukul seperti batu besar sebesar 100x ganda dari badan aku menghempap dada aku... seperti buah tembikai yang jatuh dan hancur semua kemanisan dan kesegaran buahnya... jus nya... dan seperti gelas yang jatuh pecah berderai ke lantai... tapi aku rasa hancur hati aku lebih dari itu.... sehingga rasa sakit untuk bernafas... kenapalah manusia ni kadang2 tak pandai untuk menghargai pengorbanan dan kesetiaan seseorang?? tak pandangkah walau sekilas cuma??? manusia ni kadang2 hanya memandang kecacatan / kelemahan seseorang sehingga lupa akan kebaikan seseorang... apakah manusia sekarang sudah hilang erti nilai sebuah kejujuran? keikhlasan? tanggungjawab? penyayang?? apakah manusia sekarang hanya memandang kecantikan luaran? kelunakan suara? kemanjaan / kegedikan seseorang? dimanakah letaknya sebuah hati yang setia? kesedaran? perkara2 sebegini bermain di akal fikiran aku akhir2 ini... hati aku hancur lunyai... mesti kalian tertanya2 aku hancur hati pada siapa... biarlah ia menjadi rahsia hati aku tetapi aku hanya ingin meluahkan rasa kekecewaan yang tak dapat aku gambarkan.... aku tidak tahu kemanakah hilangnya perasaan sayang aku pada seseorang itu lagi... aku tak dapat mempercayai setiap tingkah laku dan setiap butir bicaranya lagi... andai aku boleh lari... sudah lama aku lari meninggalkan semua kekesalan dan kekecewaan aku... tapi aku masih ada tanggungjawab disini... tanggungjawab yang tuhan berikan pada aku... Batrisyia... kesian batrisyia... akhir2 ini dia juga sedih.... menangis seperti aku... seperti dia mengetahui apa yang aku rasa... mengetahui apa yang aku alami... setiap kata2 yang keluar dari mulut batrisyia sedikit sebanyak dpt melegaka aku tapi belum cukup untuk mengubati hati aku yang telah pun hancur lebur... aku bagaikan perahu di lautan yang mencari arah tuju sekarang... yang mencari pendayung yang mendayung aku ke tempat tujuan... pendayung yang dapat mengembalikan kekuatan semangat jiwa aku yang semakin merundum kebawah... aku selalu beristifar... dan berdoa agar dikembalikan semangat aku untuk terus hidup terus sabar menghadapi segala ujian yang 'Dia' berikan pada aku... tapi aku tak cukup kuat menghadapinya... tak cukup kuat untuk melawannya... tak cukup kuat untuk membiarkan ia berlalu pergi... aku tak sekuat itu... kadang2 aku merasakan untuk meleraikan segala ikatan yang semakin kusut ini... kerana semakin hari semakin berserabut... semakin kusut... semakin bersimpul... aku serasa ingin memutuskan segala tali2 yang bersimpul itu agar aku bisa memikirkan diri sendiri, melapangkan dada aku dan bernafas sedalam dalamnya... tapi seperti yang aku cakapkan... aku ada taggungjawab aku... tak kira berapa kali aku ditipu... aku dipermainkan... di injak2 oleh seseorang... aku masih ada tanggungjawab... aku harus memikul amanat tuhan itu, aku harus memikul gelaran isteri biarpun aku perit, aku sakit, aku kecewa, aku kesal... aku harus dan terpaksa menjalaninya... aku harus kuatkan juga diri.. harus paksakan diri... aku harus... aku terpaksa... ya allah ya tuhanku... jadikanlah seseorang itu sadar atas kesilapannya... kejahilannnya... tanggungjawabnya... dan jadikanlah seseorang itu insaf... dan tolonglah hambu ini menghadapi seseorang itu dan menjalani tanggungjawabku... semoga dia sadar akan pengorbananku selama ini... amin....

Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...