26.3.13

Sakit belakang kerana Fibroid

Sejak hari Jumaat yang lalu belakang aku dah sakit... aku tetap main bola tampar favourite sports sejak lututku operate pada tahun 2005.  Hari Sabtu terasa begitu sakit tetapi aku gagahkan diri menolong suamiku kopek mangga buat air Fresh Manggo Siti... (siap promote lagi) ahad tak dpt rest, Monday keje n still rasa sakit.. tapi main gak bola tampar dengan keadaan kontrol2 pukul bola... nasib baik dpt team power2... so, rilek skets tak kejor2 sgt bola...

 
comelkan saya?? heheheh

Balik rumah makin sakit... nak duduk, nak bangun dari duduk, nak bongkok punyalah sakit... sakitnya seperti kita mengandung 8 bulan... rasa lenguh ada, rasa ngilu ada, rasa sakit ada, rasa pedih2 ada.. sampai ke pangkal peha, org kata pinggul peha... malam tadi lumur minyak panas, tak jalan, makan ubat tahan sakit otot (padahal doktor bagi paracetamol jek) makan jugak walau panadol... makan postan, 4 biji dah telan tapi tak kebah2 sakitnya... tido tak lena, nak mengiring sakit, tidur menegak pun tak selesa... nak bangun pagi ni... punyalah liat... sakit... sangat sakit....


sakit di bahagian bawah belakang


At last pukul 2 aku pergi jumpa doktor... nasib baik ada doktor sabrina di Klinik Soraya.  Rupanya gara2 aku ada Fibroid... pasal tu la... hurmmm aku pun leh terlupa pasal sakit belakang ni.. bagi yang tak penah rasa n tau sakit belakang kerana fibroid ni... memang elok lah baca entry aku ni... Sakitnya kadang menular ke peha... memang sakit n tak selesa... lebih2 lagi kerja yang duduk je ngadap pc macam aku ni... bila nak bangun mak aihhh sakitnya....


Doktor Sabrina bagi aku ubat tahan sakit... (hurmmm tak sakit lagi) tapi kali ni aku tengok cam lain skets... minyak panas MENZZA  dah semestinya dorang akan bagi... tapi kalau disapu pada yang sakit... tak kuat sangat panasnya.. tapi kalau sapu sesaje pada tempat yang tak sakit... mak aiih berapi rasanya.. macam nak melecur kulit... so, bila aku pakai rasa suam2 kuku jekk lah...



Ubat lain ialah Tahan sakit SUNPROX 275mg, bengkak (sebenarnya untuk sakit belakang tu) BEAZYME, untuk otot (muscle) MYONAL 50mg last sekali disebabkan aku tak datang period kat sebulan setengah doktor bagi aku ubat datang period NORETHISTERONE 5mg.... hurmmm gara-gara fibroid juga period mengakibatkan kita tak datang period...


Setakat ini itu saje lah yang aku alami disebabkan fibroid ni... nak buat operation tak perlu, nak makan ubat tak de ubat untuk fibroid jadi terpaksalah kita menanggung sakit yang terpaksa kita alami... cuma aku terus amalkan makan madu dengan bacaan ayat kursi...

ehem ehem... kalau sesapa kata ada kesan ke terhadap hubungan intim suami isteri... jawapannya... aku rasa takat ni tak menggangu pun... huhuhu terSX plak..


suka part2 ni... hehehe
 yeahhhhhhh lepas makan ubat yang disebut di atas.... terasa kekurangan sakitnya... alhamdulillah... tapi sampai bila nak bergantung dengan ubat???

20.3.13

OH MERAH!!!!


Oh Merah,
bila kau hadir aku teriak
sakitmu bagai membengkak
memulas-mulas bagai nak rabak
terguling-guling bagai disepak

Oh Merah
kau diam bagai merajuk
payah untuk kupujuk
benda lain pula datang mencucuk-cucuk
mujur ada madu untuk aku teguk

Oh Merah
kau datanglah aku tak marah
rindu pula  rasa berdarah
bila kau hadir peluangku pasti cerah
datangla aku tak kisah

Oh Merah!!!

.

13.3.13

Rawatan Fibroid

Setiap wanita di Malaysia ini atau di dunia ini takut akan penyakit Fibroid ini.  Pelbagai tanggapan dan juga pemikiran bermain di kepala kita ni.. Terutama "boleh kah aku mengandung? susah tak nak mengandung?" perkara itu juga yang aku lalui saat Doktor sahkan aku mengalami FIBROID.  sebelum itu aku dah excited bila aku tak datang period selama seminggu... dalam fikiran ooh mungkin aku pegnen laagi.. bila pergi cek.. negative... 2-3 kali cek negative... at last.. pergi cek ha... amik ko... sebesar duit syilling... masa tu nak jatuh airmata.. tapi tahan.. kontrol.. malu kat doktor... aku pun tak dok diam... cari orang sana sini tanya pasal nak rawat fibroid ni.. akhirnya jumpa juga...  ok sebeelum kita nak tau rawatan yang aku amalkan... kita mesti tau apa itu FIBROID  jom kita baca dulu apa itu FIBROID...


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia BUKAN SEJENIS KANSER.





Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.


SEPERTI SAYA DAH BERUMUR 30AN


Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:

  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakanG
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap 
  • Keguguran yang kerap
  •  Sukar mengandung

Senggugut memang menyakitkan...
Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari. kalau terasa seperti dibahagian ari-ari terasa sering tegang, mengeras, atau terasa nak muntah2, gastrik berkemungkinan... sebab saya mengalami seperti ini. (itu yang ingat pegnen)


  Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:


operation adalah salah satu cara rawatan --> sure tak nak kan??
  
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung

Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.


Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

selalu jumpa doktor boleh mengesan awal sebarang penyakit

Itu kajian doktor... kita juga ada rawatan mudah yang tak perlukan modal yang besar atau operation... dalam alquran banyak tersembunyi ubat2 dan juga ayat-ayat yagn kita tak tau... apa yang saya amalkan dalam peringkat awal fibroid ini adalah dengan mengamalkan memakan madu pada setiap pagi ketika bangun tidur dan madu tersebut dibaca al-fatihah dan juga 2x ayat kursi serta selawat ke atas nabi dengan penuh kepercayaan kepada allah yang akan menyembuhkan penyakit ini. selain daripada itu saya juga mengamalkaas saya amalkan madu dari hari pertama saya dapat tau saya ada fibroid lebih kurang besar dia 3.5cm x 4cm dan selepas 10 hari kemudian saya pergi klinik tok buat follow up doktor cakap seperti tak kelihatan lagi dan ia dah mengecil kepada 3.2cm x 2.5cm alhamdulillah... ni bukan promote barang... tapi inilah yang saya amalkan insyallah bulan depan saya akan buat follow up lagi dan tak sabar nak lihat perubahannya lagi... bagi untuk menstabilkan semula period saya.. doktor sarankan agar saya makan EPO.. Evening Prime Oil yang akan meregularkan semula period dan akhirnya potensi untuk mengandung lebih cerah.. insyallah...

Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.







18.10.12

Keguguran berlaku 3 bulan

Pengalaman kedua aku mengalami keguguran setelah hampir 3 tahun lebih aku menunggu cahayamata kedua amat menyedihkan, memilukan malah tiada ungkapan yang boleh diutarakan bagi sesiapa juga yang mengalaminya.

Tempoh 14 minggu usia kandungan yg berada di dalam perutku amat membahagiakan aku dan suami,
Pada 19/9/2012 aku membuat pemeriksaan perkembangan bayi. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, kandungan aku baik, denyutan jantung bayi baik semuanya perfect. Namun kelegaan dan kebahagiaan yang aku alami tidak bertahan lama. Pada 2.10.2012 aku mengalami sakit perut, keluar cecair yang berwarna kuning kehijauan adalah tanda yang tidak baik. Petang itu juga aku ke KLINIK ISAHAK di Seksyen 20 Shah Alam untuk membuat rawatan untuk mengetahui kandungan aku.

Dr. Norhayati membuat pemeriksaan Ultrasound ke atas aku dan sangat mendukacitakan ia mengatakan bahawa tiada denyutan nadi kelihatan di skrin. Berita tersebut amat memeranjatkan aku dan suami yang mana baru 2 minggu lepas kami membuat pemeriksaan segalanya baik. Aku disarankan ke Hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.  Kami terus ke PPUM bahagian Kecemasan dan setelah menunggu kira-kira 5 jam akhirnya aku berjumpa Doktor Pakar Dr Shafina Nasir, Jabatan Obstetriks dan Ginekologi.  Beliau membuat pemeriksaan di bahagian vagina untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.

Aku dan suami berdoa dan berharap sangat agar kandungan kami selamat. Air mata aku jatuh berjujuran dan semangat aku mula pudar.  Sang suami kelihatan sangat tenang mungkin dia redha apa pun yang bakal berlaku dan akhirnya Dr Shafina mengesahkan bahawa bayi kami meninggal didalamperut.  Serasa luluh jantung aku dan serasa lemah lutut aku untuk aku melangkahkan kaki pulang kerumah.  Sepanjang perjalanan aku tidak berhenti menangis atas kesedihan yang menimpa kami. 

Menurut Dr Shafina, beliau sendiri tidak dapat mengenal pasti punca kematian bayi tersebut.  Menurut Dr Hamid Arshat (www.hamidarshat.com) pula memaklumkan bahawa "kandungan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu trimester pertama , trimester kedua dan trimester ketiga. Tempoh suatu trimester itu adalah selama 13 minggu. Trimester pertama iaitu kandungan 13 minggu pertama merupakan waktu yang sangat kritikal kerana sesuatu penyakit yang dihidapi oleh pendedahan kepada unsur -unsur kimia atau persekitaran kepada wanita yang mengandung boleh membawa kesan yang buruk kepada janin pada waktu ini. Trimester pertama merupakan waktu yang sangat aktif dalam proses pertumbuhan asas organ-organ  dan sistem -sistem janin. Itulah sebabnya penyakit Rubella umpamanya jika dihidapi oleh seseorang wanita yang mengandung adalah lebih merbahaya jika terkena pada trimester pertama. Sesuatu gangguan kepada pertumbuhan janin pada trimester yang pertama samaada penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu , unsur -unsur persekitaran seperti pendedahan sinaran X , bahan-bahan kimia di udara dan ubat -ubat yang dianggap teratogenik bukan sahaja akan menjejaskan  pertumbuhan janin malahan boleh menyebabkan keguguran.  Jika keguguran tidak berlaku, pertumbuhan janin akan terus berjalan tetapi janin itu besar kemungkinan akan cacat.  Jika kecacatan pada organ-organ terlampau teruk janin itu mungkin akan mati semasa di dalam kandungan lagi.  Jikalau ini tidak berlaku, selalunya bayi itu akan hidup untuk beberapa ketika sahaja selepas dilahirkan."

Di dalam soal -jawab di dalam sebuah akhbar iaitu Harian Metro terdapat satu soalan yang sama seperti aku alami. Soalan dia seperti berikut:

Bayi Mati Dalam Kandungan




SOALAN:

Saya baru kehilangan bayi dalam kandungan yang berusia tiga bulan. Keguguran itu disebabkan jantung bayi saya sudah tidak berdenyut atau dalam kata lain, bayi saya meninggal dalam kandungan. Apakah punca kematian bayi dalam kandungan? Berapa lama masa yang diperlukan untuk saya hamil semula kerana saya sangat menginginkan anak?
Lisa


JAWAPAN:

Anda mengalami keguguran trimester pertama. Walaupun usia keguguran dikesan setelah ia berusia tiga bulan, ia boleh berlaku lebih awal lagi, seawal sejurus setelah pemeriksaan antenatal sebelumnya iaitu pada usia dua bulan.

Terdapat banyak penyebab keguguran yang berlaku dalam tempoh ini, mujurlah kebanyakannya disebabkan faktor pembentukan janin dan ia lazimnya tiada kaitan dengan kehamilan berikutnya iaitu tidak berulang.


Penyebab utama adalah ke�abnormalan kromosom. Dalam segelintir kes, ia disebabkan penyakit dalaman ibu iaitu diabetes mellitus dan penyakit auto-antibodi.

Anda boleh memilih untuk menjalani satu siri ujian palitan vagina, ujian darah, ujian kromosom, HSG atau histeroskopi untuk mengetahui sama ada terdapat penyakit yang boleh menyebabkan keguguran, lebih-lebih lagi keguguran berulang (tiga kali berturut-turut).

Namun ia mungkin kelihatan ‘membazir’ kerana kosnya yang begitu mahal dan mungkin sebenarnya tidak perlu untuk anda.


Begitu juga dengan ujian kromosom terhadap janin yang keguguran itu, namun ia mungkin tidak perlu kerana jarang untuk ia berulang, juga kosnya mahal.

Setelah keguguran (walaupun keguguran trimester pertama), lazimnya suatu tempoh masa diperlukan untuk wanita, bukan sahaja untuk pulih secara fizikal (contohnya jika berlaku kehilangan darah), malah juga kesihatan mental (kesedihan bahkan kemurungan akibat kehilangan kandungan terbabit).

Bagi mereka yang menjalani prosedur cucian D&C, lazimnya doktor menasihatkan tempoh berehat selama dua hingga tiga bulan untuk lapisan dalaman rahim (endometrium) ‘tumbuh’ elok semula bagi mengelakkan risiko uri melekat ke dalam otot dinding rahim (plasenta akreta).

Buat sementara itu, eloklah anda mengambil pil asid folik dan multivitamin (mengandungi beberapa bahan anti oksidan) untuk persediaan kehamilan.

Apa yang merungsingkan aku adalah ini adalah keguguran kedua berturut2 sejak anak pertama kami Nurbatrisyia Irdina dilahirkan.  Kadangkala aku menjadi fobia dan takut untuk mengandung lagi.  Aku menjadi hilang punca dan aku sedar sekarang aku mengalami masalah kemurungan sementara.  Ramai kawan-kawan aku yang memberikan kata semangat mereka di laman facebook aku... sedikit sebanyak ia dapat meringankan dan mengurangkan rasa stress yang mula ada di dalam diri aku.. Ya! minggu pertama kehilangan bayiku memang amat sukar. Mujurlah ada keluarga dan teman2 yang tak penah putus menberi dokongan dan sokongan buat diri aku... Aku tidak penah mengetahui sebelum ini bahawa sekiranya anak kita meninggal atau gugur ia akan tunggu kita di "sana" nanti sehinggalah komen2 difacebook yang menyedarkan aku betapa untungnya aku mempunyai anak-anak yang bakal menungguku di"sana".  Antara komen-komen yang aku suka adalah :

‎‎"Mokhtar Said‎ commented on your ‎status‎‎.




‎Mokhtar‎ wrote: "‎ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui. Dalam kesedihan ada keseronokkan....menjadi seorang ibu yang mempunyai anak di syurga.‎"  <--- Amin ya allah...  

"Nad Nadzim commented on your status.




Nad wrote: "ya Allah kesiannye ko fadz.. nk dpt yg ni pun mcm2 dugaan ko tempuh.. sedey n hiba sggh hati aku ni beb.. ni pun tgh nanges kenangkan nsb ko.. aku phm perasaan ko aku pun kehilangan anak tersyg.. kuatkan hati ko.. u must strong.. Allah nak uji ko dgn kehilangan baby ko ni.. aku doakan moga ko akan diberi rezeki utk mengandung lg.. aku terbygkn bisha beb.. ya Allah ko berilah kekuatan pada shbt aku ini ya Allah.. :'("  <--- terima kasih kerana sudi berkongsi tangisan bersamaku...


"Rizal Jobat commented on your status.




Rizal wrote: "innalilla....saba ye dek...allah lebih syg dia..
Allah bg kite sedih sekarang tp kite x sedar itu lah bekalan trbaik utk adk dn suami di akhirat kelak..Alfatihah..." <--- insyallah amin.....

Namun ada juga yang memberikan komen bersifat negative yang tidak membantu aku langsung walhal aku baru saja kehilangan sesuatu yang amat berharga.  Salah satu darinya adalah:

" aku nak bagitau awal-awal takut ko terasa, aku tengok ko terlalu excited sgt bila ko tau mengandung, orang tua-tua ckap tak elok excited sgt awal-awal ngandung, ni ko post kat Facebook inform semua, cerita macam2 tu yang jadi macam tu..." <-- ada kena mengena ke dengan excited dengan keguguran, kalau dah tau kenapa tak inform kita awal2kan?, dah gugur baru nak ckp macam2.. tak patut...

Dengan doa-doa dan kata-kata semangat yang diberikan membuat kan aku sedar dan berfikir mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya... mungkin aku secara fizikal dan mental iaitu hati yang belum cukup bersih dan sempurna untuk mememang amanah yang bakal allah berikan.  Mungkin apa yang berlaku adalah ujian untuk menguji kesetiaan dan ketakwaan aku terhadapNYA. dan mungkin apa yang berlaku akan membuatkan aku lebih menghargai dengan setiap nikmat yang telah dan bakal akan diberikan kepada kami sekeluarga.

Sebagai seorang umat yang beragama islam aku harus memegang dengan Qadak dan Qadar tentang ketentuan yang telah ditetapkan olehNYA dan aku tidak boleh terus bersikap murung dan stress setelah apa yang telah aku lalui dan aku hanya mampu berdoa dan berharap agar suatu hari nanti Allah akan mengkabulkan doa aku yang menginginkan zuriat dan amanah dariNya. 

Aku harus sabar dan tabah dengan apa jua yang tertulis buat diriku sekeluarga dan aku tidak putus-putus untuk mencuba sekali lagi untuk mendapatkan zuriat dan semoga usaha dan doa aku dimakbulkan dan semoga bakal anak-anak yang aku lahirkan akan sihat walafiat... amin...

 

17.7.12

Ular Berbisa


Ular Berbisa
Rasa-rasanya aku telah keliru
Memilih kamu sebagai kekasihku
Cintamu palsu sayangmu semu
Bermain dan permainkan aku *Seperti ular seperti ular
Yang sangat berbisa sangat berbisa
Suka memangsa suka memangsa
Diriku tergigit cinta Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu
Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu Bisa bisanya aku tekena
Bisa bisanya aku terlena
Rupa rupanya kau berbahaya
Rupa rupanya kau sama Aku tertipu aku terjebak
Aku terperangkap muslihatmu Aku tertipu dan aku terjebak
-hello-

3.4.12

Penyakit Schizophrenia

Penyakit Schizophrenia, Keretakan Jiwa dan Emosi

Thanks to  Hafiz Ramli



“Mereka bilang aku gila.” Tegas seorang lelaki pesakit skizofrenia kepada tuan doktor di sebuah hospital sakit jiwa. Berulang-ulang kali diulangnya begitu. Ironinya, sememangnya yang berkata-kata itu adalah salah seorang pesakit jiwa yang dirawat di hospital tersebut. Akan tetapi, apakah yang membuatkan dia begitu yakin dirinya normal?


Jika diteliti kondisi lelaki tersebut, dia sebenarnya mengalami gangguan pemikiran dan sering memiliki khayalan serta halusinasi. Manifestasi daripada khayalan ini adalah mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. Halusinasi tersebut benar-benar dapat didengar, dilihat, bahkan dirasai oleh si penderita.


Seringkali halusinasi mengarahkan tindakan penderita, mengingati suatu bahaya atau memberitahu dia apa yang harus dilakukan. Bahkan tak jarang si penderita asyik bercakap-cakap dengan para tokoh yang muncul dalam halusinasi ini.



Para penderita skizofrenia sangat yakin bahawa apa yang ia dengar dan lihat juga didengar dan dilihat oleh lingkungan sekelilingnya. Keyakinan ini, kadang-kadang menjadi halangan terbesar bagi penyembuhannya. Kerana jika si penderita masih meyakini halusinasinya, maka ia tetap menganggap dirinya waras.


Apakah itu schizophrenia?


Skizo membawa maksud retak, sedang frenia ertinya jiwa. Oleh yang demikian, seorang yang menderita skizofrenia adalah seorang yang mengalami keretakan jiwa. Gangguan skizofrenia mempengaruhi pelbagai area fungsi individu, termasuk berfikir dan berkomunikasi, menerima, dan menginterpretasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi, dan berperilaku dengan sikap yang dapat diterima secara sosial.




Sedikit orang tahu bahawa John Forbes Nash Jr., peraih hadiah Nobel bidang Ekonomi tahun 1994, adalah seorang penderita skizofrenia, sampai kemudian sebuah filem yang digarap mantap oleh sutradara Hollywood, Ron Howard membiografikan kisah hidupnya dalam A Beatiful Mind. Dalam filem yang dibintangi oleh Russell Crowe tersebut, susuk tubuh John Nash mengundang banyak simpati..


Filem A Beatiful Mind menggambarkan dengan cukup menarik bagaimana John Nash berkomunikasi dengan tokoh-tokoh khayalannya seolah mereka benar-benar nyata. Ia bahkan meyakini dirinya terlibat dalam sebuah konspirasi militan tingkat tinggi.



Hayati pula bagaimana kisah Amylia dalam novel Rahsia Perindu digarap kemas oleh penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Amylia, seorang peguambela, bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Tidak tertahan dengan dugaan yang dialaminya, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan satu demi satu persoalan mula dibongkar oleh Ramlee dengan liciknya bila mana Amylia sebenarnya merupakan seorang pesakit skizofrenia yang mengalami halusinasi tanpa disedarinya dia sendirilah pembunuh yang dicari-cari.


Bilakah ia berlaku?


Kepada lelaki atau perempuan yang berumur 12 hingga 45 tahun.


Bagaimanakah skizofrenia terjadi?


Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada otak terjadinya proses penyampaian maklumat secara kimiawi (neutotransmiter) yang akan meneruskannya ke sekitar otak.


Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmiter dopamin berlebihan, sedangkan kadar dopamin pada bahagian lain dari otak terlalu sedikit. Dopamin tersebut berperanan penting pada perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeza. Bila kadar dopamin tidak seimbang (berlebihan atau berkurangan), penderita akan mengalami gejala-gejala skizofrenia.



Apakah skizofrenia dapat disembuhkan?


Ubat antipsikotik banyak diedarkan di pasaran yang disarankan oleh doktor. Meskipun efektif mengatasi gejala-gejala skizofrenia, ubat ini menimbulkan pelbagai efek sampingan seperti kekakuan otot, gerakan kaku seperti robot, mengantuk, sindrom metabolik seperti peningkatan berat badan (kegemukan), diabetes melitus, meningkatnya hormon prolaktin dalam darah sehingga menyebabkan gangguan seksual, amenorrhoea (tidak haid), galaktorrhea (keluarnya air susu) dan ginekomastia (membesarnya payudara pada lelaki).

Kesimpulan

Penyakit skizofrenia adalah salah satu daripada penyakit jiwa yang serius melanda manusia dewasa ini, namun itu tidak bermakna pesakitnya tiada harapan untuk sembuh seperti sediakala. Selagi ada usaha, di sana masih ada jalannya.


Sabda Rasulullah SAW: “Li kulli daain dawaa’. Illal maut.”


Maksudnya: “Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, melainkan mati.”








11.2.12

Tak sabar menyambut kedatangan Mertua

Kurang 3 bulan lagi keluarga mertua aku akan datang ke teratak kecil ku di Jalan Kasban, Meru. Entah mengapa rasa tak sabar pula.. ye lah selalu keluargaku datang berkunjung ke Bandung tapi kali ni keluarga sana pula yang akan berkunjung ke Malaysia.


Persiapan?? tentulah dari sekarang kita kena kumpul duit.. mujurlah dekat sini tak perlu nak sewa hotel, kereta dan sebagainya.. kurang skets kos perbelanjaan hotel dan kenderaan. Kalau kat bandung, kena sewa hotel, kenderaan, driver.. huhuhu cuma lain pula perbelanjaan disini.. dan itu semua akan aku cuba menyelesaikkannya bersama-sama suami tersayang...

Mertua aku akan berkunjung selama 3 minggu, of course lah aku kena amik cuti lama... tapi tak dapek la nak lama sangat cutinya... cuti tak ada...

so, my plan 1st nak buat majlis ulang tahun anak aku Nurbatrisyia Irdina.  Kalo ada rezeki aku nak buat 6/5/2012 ni... yelah anak aku dah 4 tahun sekalipun tak penah mereka sambut ulangtahun cucunya...



2nd week tu nak bawak jalan2 ke Pulau Pangkor... bilik semua dah dibook.. cuma masalahnya En. Hasben plak ada exam minggu tu... hurmm not sure jadi atau tak...


Pulau Pangkor

3rd week minggu mereka nak balik... minggu tu maybe aku akan bawak jalan2 Klcc ke... Dataran Merdeka ke... hurmm tak tau lagi nak gi jalan mana cos aku sendiri pun tak tau jalan2 KL ni.. 

KLCC


 Merdeka Square


Bulan 5 ni bulan yang amat bermakna buat aku sekeluarga... tak kisahlah keadaan rumah aku yang serba kekurangan, kereta aku yang dah buruk tu... (tapi amat berharga) dan realiti kehidupan aku suami isteri.  Tak perlulah aku nak menjadi hipokrit dengan mengada-adakan benda yang tidak ada... aku nak family mertua aku tau kehidupan aku adalah sederhana dan bukanlah seperti orang2 berada...

22 Mei 2012 mereka akan pulang semula ke Bandung. dan semoga semuanya akan menjadi lancar...





Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...