11.2.12

Tak sabar menyambut kedatangan Mertua

Kurang 3 bulan lagi keluarga mertua aku akan datang ke teratak kecil ku di Jalan Kasban, Meru. Entah mengapa rasa tak sabar pula.. ye lah selalu keluargaku datang berkunjung ke Bandung tapi kali ni keluarga sana pula yang akan berkunjung ke Malaysia.


Persiapan?? tentulah dari sekarang kita kena kumpul duit.. mujurlah dekat sini tak perlu nak sewa hotel, kereta dan sebagainya.. kurang skets kos perbelanjaan hotel dan kenderaan. Kalau kat bandung, kena sewa hotel, kenderaan, driver.. huhuhu cuma lain pula perbelanjaan disini.. dan itu semua akan aku cuba menyelesaikkannya bersama-sama suami tersayang...

Mertua aku akan berkunjung selama 3 minggu, of course lah aku kena amik cuti lama... tapi tak dapek la nak lama sangat cutinya... cuti tak ada...

so, my plan 1st nak buat majlis ulang tahun anak aku Nurbatrisyia Irdina.  Kalo ada rezeki aku nak buat 6/5/2012 ni... yelah anak aku dah 4 tahun sekalipun tak penah mereka sambut ulangtahun cucunya...



2nd week tu nak bawak jalan2 ke Pulau Pangkor... bilik semua dah dibook.. cuma masalahnya En. Hasben plak ada exam minggu tu... hurmm not sure jadi atau tak...


Pulau Pangkor

3rd week minggu mereka nak balik... minggu tu maybe aku akan bawak jalan2 Klcc ke... Dataran Merdeka ke... hurmm tak tau lagi nak gi jalan mana cos aku sendiri pun tak tau jalan2 KL ni.. 

KLCC


 Merdeka Square


Bulan 5 ni bulan yang amat bermakna buat aku sekeluarga... tak kisahlah keadaan rumah aku yang serba kekurangan, kereta aku yang dah buruk tu... (tapi amat berharga) dan realiti kehidupan aku suami isteri.  Tak perlulah aku nak menjadi hipokrit dengan mengada-adakan benda yang tidak ada... aku nak family mertua aku tau kehidupan aku adalah sederhana dan bukanlah seperti orang2 berada...

22 Mei 2012 mereka akan pulang semula ke Bandung. dan semoga semuanya akan menjadi lancar...





10.1.12

SAHABAT SEJATI -- MENCARI DAN TERUS MENCARI

Aku agak sedih sejak kebelakangan ini... persahabatan yang selama 8 tahun semakin lama semakin renggang.. adakah unsur hasutan? adakah aku yang bersalah atau terjadinya salah faham antara kami berdua tanpa disedari? setiap orang melakukan kesalahan tanpa kita sedari.  Sebagai kawan kita akan memaafkan kawan kita yang selama ini berkongsi makanan, berkongsi cerita suka duka, berkongsi masalah, dan lain-lain.


Mungkin adakah faktor perpindahan tempat kerja yang menjadi punca? pertukaran tempat kerja hanya beza 1 tingkat sahaja namun masih dibangunan yang sama. Ataupun kerana aku terlalu sensitif? Tapi kawan mana yang tidak berkecil hati sekiranya sebelum ini keluar makan tengahari bersama, kadang2 aku bawakan bekal dari rumah untuk dia, kadang2 aku belikan... kadang2 dia bayar balik.. kadang2 dia buat tak tau (namun sekalipun dia tidak pernah membawakan bekal lebih apatah lagi membelikan bekal buat aku) namun aku tak kisah.. yelah dalam hati dan fikiran aku "apa nak kisah kawan-kawan.. tak yah berkira" pergi bercuti kemana pun akan dia maklumkan kepadaku.. bercuti dengan keluarga, pergi reunion, apa-apa jek lah pasti akan diberitahu.. namun pada tahun 2010 dia telah mencoretkan luka dihati aku...


Alangkah sedihnya hati aku apabila aku dapat tahu dia pergi bercuti dengan kawan aku (A)yang boleh dikatakan rapat juga tanpa memberitahu aku.. yang paling pilu adalah aku mengetahui dari mulut orang lain... Aku faham sekiranya alasan dia aku tidak berduit, aku ada anak, aku berniaga dan apa2 jugalah alasan yang aku rasa aku pasti ikut mereka kerana dia adalah sahabat aku dan aku pasti tidak akan mengecewakannya... Sekiranya memang benar2 dia tidak menginginkan aku pergi apalah salahnya sekiranya dia "Ajak-ajak Ayam" pada aku... tentu aku tak kecil hati..

Perkara itu telah aku maklumkan padanya dan terubat lah luka walaupun masih ada parutnya... dengan alasan dia tak nak kecilkan hati aku sebab dia tahu aku merungut tidak berduit sebelum itu.. (walaupun aku tahu dia dah plan lama sebelum aku merungut kekurangan duit.. padahal kalau setakat pergi ke  Melaka aku memang ada duit) tapi tak pelah dah berlalu...
dan sejak kebelakangan ini, di penghujung 2011 hubungan ini (cewah macam org bercinta plak) makin pudar sekali lagi dengan perlakuanya meninggalkan aku dan bercuti bersama teman (A) sekali lagi tanpa memberitahu aku... dan bukan itu sahaja mereka semakin rapat dan rapat dan meninggalkan aku sendirian... dulu aku sering diajak keluar bersama2 tapi sekarang mereka keluar berdua.. bila aku bertanya ada saje jawapannya.. dan akhirnya aku ketahui kerana aku ni tidak ada transport.. jadi tak dpt nak gilir2 bawa kereta, aku ni tidak berduit untuk ajak di tempat2 makan yang mahal... 


aku rasa itu alasan yang paling kuat untuk mengetepikan aku... sejak kejadian mereka bercuti bersama tanpa "Ajak ajak Ayam" kepadaku.. aku ambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menyendiri dan biarkanlah mereka bergembira seperti mana aku pernah gembira dengannya selama 8 tahun ini... mungkin dia dah bosan dengan sikap dan kesensitifan aku.. dan mungkin dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.. walaupun aku merasa sangat perit sangat sunyi dan sgt sedih.. kadang2 menitis juga airmata aku.. tapi tak pelah... tak kan setiap kali nak keluar makan aku yang perlu ajak.. setiap kali nak buat apa2 aku ajak... nak bercerita aku telefon... namun tak de pun dia menelefon aku untuk berkongsi cerita, mengajak aku keluar makan, tak de pun.. macam aku yang terhegeh2 nak berkawan selama ini.. (atau itu sememangnya selama ini)...


tak mengapalah... apa yang berlaku ada hikmahnya... lebih baik aku dengar kata suami aku yang penah mengingatkan aku jangan terlalu rapat dengan kawan nanti kita kecewa sendiri kerana dia tak mungkin akan berperasaan dan setia seperti apa yang kita lakukan.. Atau aku sebernarnya yang telah mengecilkan hatinya selama ini.. atau aku yang selama ini telah membuat salah kepadanya? Atau aku yang tidak pernah menghargainya? semuanya bermain difikiran aku...


Biarlah ia bermain difikiran aku asalkan dia... asalkan dia gembira.. asalkan dia berjaya... dan lebih baik aku terus menyendiri, menyepikan diri, mengundurkan diri dari persahabatan akrab ini sekiranya ia menyakitkan sahabat yang aku anggap sebagai KAKAK ini.. biar aku yang menangis dari membiarkan dia yang menangis atas mungkin dari kesilapan aku...


Walaubagaimanapun, aku tetap rindukan keakraban ini yang munkin dirobek oleh seseorang dan ia telah menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku dan ia telah banyak mengajar aku tentang erti persahabatan.. untuk anda semua ini ada sedikit panduan untuk MENCARI SAHABAT SEJATI.

-----------------------------------------------------------------
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?


Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.


Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?


Pernahkan beliau menikam anda dari belakang.


Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.


"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"


Ciri-ciri sahabat yang sejati


•Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik

•Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
•Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
•Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
•Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
•Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
•Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat


Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan


•Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.

•Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.

•Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
•Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
•Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)


Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.


26.9.11

HAPPY BEZDAY TO ME



Happy birthday to me... happy birthday to me... happy birthday to me... la la la la la....

Alhamdulillah hari ni genap umur aku 31 tahun?? Umur?? Bukan lagi rahsia..... huhu untuk apa nak rahsiakan umur kerana kita berdepan dengan kenyataan dan realiti... dan secara tak langsung untuk mengingatkan kita bahawa makin lama kita meningkat usia... apa yang harus kita lakukan dan apa perancangan kita.


ketika 1 tahun

Dari kecik kita telah dibelai dan telah dimanjakan dengan kasih sayang ibu bapa kita, pak cik makcik, atok nenek. Apa yang kita mintak semua dapat... seronok betul!!! then masuk alam persekolahan. pergi ke tadika kemas.. aku ingat lagi pernah skali tu ada majlis kat tadika.. aku mintak baju cantik2 kat mak konon aku nak pakai gi majlis apa ye tak ingat... mak akupun pakaikan gaun yg paling cantik yang mak aku belikan untuk aku... My mom jadi hairan ada majlis apa kat tadika hari ni.. n aku pun tak penah inform apa2 kat my mom... so, aku pun pergila tadika kemas.. main sana main sini ngan kawan2 then cikgu panggil.. terus naik ke pentas.. mak aku gi jugak cek ada apa kat tadika.. yang lucunya.. muka mak aku merah padam bila dia tengok anak perempuan sulung dia menyanyi lagu nasyid dengan memakai gaun pendek... hahahahaha....

Bila dah habis majlis balik rumah aku kena marah ngan mak aku... marah, marah gak.. ketawa, ketawa gak mak aku ni... hehehe ok itu masa aku tadika kemas Seksyen 16, Shah Alam pada tahun 1986

Naik jek sekolah rendah aku mula dikenali ramai... setiap acara sukan mesti ada muka aku... acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, lompat jauh dan macam2 lagi mesti muka aku ada... dan aku telah menjadi kebanggaan sekolah dan yang paling utama aku jadi anak emas sekolah kebangsaan shah alam, sek 16. apabila akulah anak murid pertama (rekod sekolah tu) apabila aku dapat mewakili Daerah, dan seterusnya Wakil Selangor dalam acara 100 dan 4x100 meter.  Aku dapat mewakili Daerah Petaling dan cikgu sukan aku yang selalu hantar dan ambil aku dari sesi latihan adalah Cikgu Omar, (cikgu.. jasa cikgu tak penah saya lupa dan masih saya ingat wajah tua cikgu yang kepenatan menunggu saya setiap hari). Latihan setiap petang dari jam 3 sehingga 6 di Padang Timur, Petaling Jaya. ala yang ada A&W tu.. sehingga kini masih ada lagi restoran tu.. dan coach yang mengajar aku pada waktu itu adalah MARINA CHIN, masa tu badan dia gempal lagi... wah... seronok betul sesi latihan tu.. macam2 kejadian yang menyeronokkan berlaku, ponteng puasa.... beli food kat A&W masa bulan puasa. dan elaun yang aku terima pada waktu itu hanyalah RM5 saja setiap hari.. masa tu burger pun baru RM1.30 sekarang dah RM4 lebih..






Aku - selang dari Cikgu Normah, camnelah date boleh salah ni.. o ye.. ambil gambar ats gambar..

Menyesal aku tak simpan surat2 khabar yang terpampang wajah kemenangan aku... muka aku ambil hadiah, aku tengah lari, aku tengah memekik... Surat Khabar waktu tu surat khabar Metro tak silap aku.. yelah... aku pun masa tu baru umur 11-12 tahun mana reti nak simpan perkara2 sentimental macam tu.. yang aku tau waktu tu nak main jekkk... budak2 dulu tak sama dengan budak2 sekarang.. umur aku 12 tahun aku masih main lari2 lagi.. main rounders.. main nyorok2... seronok betul...!!!! yang best tu masa aku wakil Negeri Selangor dan aku kena pergi penang, sebelum tu aku training kat Kuala Kubu Baru.. tak ingat aku apa nama sekolah cina tu... Masa tu aku dok lepak2 kat bilik TV dengan kawan2 cina aku... adalah sorang mamat ni dia tingkatan 2 dok mengusha aku... Masa tu tengah berlangsung Perlawanan Badminton PIALA THOMAS pada tahun 1992 dan rekod malaysia tercatat Rashid Sidek mengunguli piala kebangsaan malaysia dengan kemenangan beliau... kami semua menjerit sorak gembira melompat2 sampailah aku tersedar aku terpeluk mamat ni... aku ingatkan membe cina aku.. Wong Siew Ling, mmat ni pun syok lah..


so, the next day kitaorg berangkat ke penang naik bas reramai.. sampai di perhentian (dulu tak de R&R) di sebuah restoran ni aku dah kelam kabut ke bilik air.. Then kakak ni ajak aku masuk sekali dalam satu tandas.. rupanya dia sroh aku temankan dia.. aku punyalah tak tahan nak kencing... tanpa sedar seluar aku basah... amik ko kakak oi... aku kata nak kencing dia kata sabar2... kan dah terkencing dlam seluar... huhuhu... Pn Marina pun kelam kabut lah pergi amikkan sluar aku... aku berjalan ke bas semua gelak2kan aku.. aku pun buat muka selamba.. lalu la mamat yg syok kat aku ni.. konon nak bagi aku air kotak.. then bila kawan dia ckp aku terkencing dlam seluar, terus dia tak jadi bagi air kotak tu dan blah... merah padam muka dia.. hahahaha sapa sroh ngorat aku... dalam bas aku duduk sorang2.. yang lain tu dok menyanyi la apa lah... datang sorang abang ni... duduk sebelah aku... perkenalkan diri sebagai abg Pian, orangnya putih, rambut blonde panjang sampai ke bahu, muka ala2 mat saleh, rupanya kacukan Inggeris - Melayu duduk di seksyen 4 dia plak masa tu form 3 ke form 4 gaknya...tak ingat aku.. tapi sekolah di Sek. Men Seksyen 2, Shah Alam. Ia berlanjutan selama setahun then bila dia dah abis sekolah terus hilang kabar berita dia... hurmm terasa rindu plak kat dia...



Meningkat ke alam Persekolahan Menengah aku disekolahkan di Sek. Men Projek Seksyen 11 dan bersekolah waktu petang.. dan saat itulah bermulanya bakat aku ditenggelamkan... aku dipilih mewakili Daerah namun aku seperti dianak tirikan cikgu sukan aku tak bagi aku pergi untuk mewakili Daerah.. Sangat kecewa yang teramat sangat kerana disitulah kejayaan aku dijatuhkan oleh cikgu yang hanya memberi alasan bahawa aku sekolah petang... padahal latihan pada pukul 4-6 ptg... memang sgt bengang sgt2!!! punah harapan keluarga aku... mak bapak aku plak jenis yang terima saja dan tak tau nak buat apa.. yelah.. akulah anak pertama yang mengharumkan nama keluarga dan semuanya diserahkan pd keputusan cikgu. Padahal dari aku tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 gelaran Olahragawati hanyalah milk aku... kejam betul cikgu tu menganak tirikan aku... gara2 anak murid kesayangan dia tak dapat wakil daerah... jadi dia padam nama aku dan hantar anak murid kesayangan dia... sedangkan cikgu tu sendiri tau.. aku boleh tinggal minah yang tua 2 tahun dari aku jauh kebelakang... (kitarog dlm sama kategori) Diskriminasi betul!!!!


okay... kita lupakan jek lah perkara yang menyakitkan hati ini... dan aku tak nak ingat lagi hal itu.. cuma kenangan manis aku sewaktu sekolah rendah tidak dpt aku lupakan... sangat indah, sangat seronok, sangat bombastik!!! dan sekarang masing2 semuanya dah kawin... Cikgu Omar aku pun mungkin sudah kerahmatullah sebab masa aku berumur 12 tahun dia dah 45 tahun.. Tidak ada yang lebih seronok selain dari zaman kita kanak2... dan sekarang anak aku pula yang akan merasai keseronokan zaman kanak2nya.. biarlah dia mencuba apa pun bidang yang ingin dia terokai..

Dan harapan aku di ulang tahun kelahiran aku ini yang cecah suku abad ini adalah.....

DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN DIKURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH SERTA RUMAHTANGGA KAMI SENTIASA AMAN BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT. AMIN....

Di Restoran Seafood Sg Bagan, Port Klang pada 26.9.2011 tarikh ulang tahun aku...

23.9.11

SALURAN FALLOPIAN

Saluran Benih


.Kemandulan oleh sebab kesekatan saluran fallopian

Saluran fallopian merupakan satu saluran penting dalam pembiakan. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan kemudiannya bercantum dengan ovum perempuan. Saluran ini tidak bertugas secara pasif malah ia bertindak secara aktif dengan saluran ini juga bertindak untuk menarik ovum dari ovari dengan daya tarikan kimo serta pergerakan rerambut pada dinding saluran tersebut.

Setelah percantuman benih lelaki dengan ovum berlaku serta menghasilkan satu embryo, saluran fallopian membekalkan bahan-bahan makanan serta menolong pergerakan embryo tersebut ke arah ruang rahim untuk menjalani proses implantasi.



Untuk menjayakan proses percantuman benih serta menghasilkan kehamilan, saluran fallopian perlu mempunyai bentuk normal. Jika sesuatu kelainan berlaku dan menyebabkan saluran itu tersekat atau tersumbat, maka tugas-tugas tersebut akan tergendala dan kehamilan akan gagal.


Sekatan di saluran fallopian disebabkan oleh beberapa perkara. Ia mungkin berlaku buat sementara sahaja kerana kuncupan (spasm), ataupun oleh sebab kesumbatan (blockage). Kuncupan atau spasm seringkali terdapat di kalangan wanita yang sentiasa nervous atau tegang suasana mentalnya. Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk jika wanita itu sangat-sangat ingin hamil tetapi telah hampa mencapainya setelah beberapa tahun.


Kesumbatan saluran fallopian adalah lebih berat kerana ia merupakan suatu keadaan yang memerlukan rawatan khusus. Kesumbatan saluran boleh disebabkan oleh banyak perkara terutama penyakit jangkitan kuman. Jenis kuman yang sering menjangkit saluran fallopian ialah gonorrhoea, tibi dan kuman-kuman bakteria lain.

Jangkitan kuman ini seringkali didapati dari perhubungan seks terutamanya dari kalangan lelaki yang mengidap penyakit-penyakit tersebut. Jangkitan kuman mungkin juga berpunca dari appendix atau dari peraliran darah seperti penyakit tibi.



Kesumbatan saluran fallopian boleh juga timbul dari sesuatu penyakit tumbuhan dalam rahim atau ovari seperti tumbuhan fibroid atau endometriosis. Beberapa jenis penyakit dalam rahim yang lain boleh menimbulkan kesumbatan saluran dan tidak perlu dinyatakan kesemuanya di sini.

Cara-cara untuk menguji Patency Saluran Fallopian

Dalam penyiasatan kes mandul, penting bagi doktor untuk menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tidak (ujian-ujian patency). Ujian-ujian ini boleh membezakan antara kesekatan yang disebabkan oleh kuncupan (spasm) dari kesumbatan (blockage).

Penilaian akan juga dilakukan untuk menentukan sama ada kesumbatan itu teruk atau tidak dan sama ada pembedahan untuk membetulkan kesumbatan boleh dilakukan atau tidak. Hakikat ini adalah penting apabila doktor menasihatkan penderita-penderita tentang pembedahan untuk membetulkan saluran fallopian.

(a)Insuflasi Saluran

Ujian ini dilakukan dengan meniup gas karbon dioksida ke dalam ruang rahim dan melalui saluran fallopian. Walaupun ujian ini boleh dilakkan tanpa bius, ia lebih sering dilakukan ke atas pesakit di bawah pengaruh bius. Ujian ini juga dilakukan serentak dengan D & Cdi mana secebis tisu dari selapurt endometrium diambil untuk dikaji.

Ujian ini dianggap kurang memuaskan untuk menentukan patency saluran fallopian kerana ia bergantung ke atas paras tekanan gas yang ditiupkan. Paras tekanan C02 ini dicatatkan pada carta graf. Kuncupan saluran (spasm) boleh menimbulkan satu keputusan yang mengelirukan. Walaupun kurang tepat, ia masih digunakan oleh setengah doktor kerana ia mudah dilakukan dan tidak membahayakan penderita dan ia biasanya dilakukan sebagai ujian peringkat awal dalam penyiasatan kes-kes mandul.

(b)Hysterosalpingografi

Ini adalah satu ujian X-ray yang istimewa di mana sejenis cecair khas diinjekkan ke dalam ruang rahim melalui pangkal rahim. Kemudian gambar X-ray diambil dan dari gambar ini doktor akan dapat mempastikan sama ada ruang rahim itu normal atau tidak, ataupun tertutup.

Oleh kerana ujian ini melibatkan pancaran X-ray, adalah penting bagi seseorang pesakit yang akan menjalani pemeriksaan ini mengetahui tarikh keluaran haid yang terakhir untuk mengelakkan bahangan X-ray terhadap kehamilan yang mungkin telah wujud pada ketika itu. Pada keseluruhannya, ujian ini adalah memuaskan tetapi kadang-kala terdapat keputusan yang mungkin mengelirukan seperti juga yang berlaku pada ujian insuflasi saluran. Jika pembedahan untuk membetul saluran fallopian dirancangkan, ujian X-ray mestilah dilakukan sebelumnya.

(c)Laparoscopy

Ini adalah satu ujian yang dianggap terbaik dalam penyiasatan ke atas seseorang penderita mandul. Bukan sahaja ia boleh menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tertutup malah dengan ujian ini doktor dapat melihat dengan sendiri keadaan ovari, rahim dan juga alat-alat yang terlibat dalam proses pembiakan.

Dalam ujian ini pesakit perlu dimasukkan ke hospital selama 2 hari dan ubat bius diberikan. Satu alat teropong yang digelar Laparoscope akan dimasukkan ke dalam ruang perut menerusi satu incision di bawah pusat, setelah ruang itu diisi dengan gas karbon dioksida. Melalui teropong ini doktor dapat melihat dengan jelasnya semua perkakas-perkakas pembiakan. Ujian ini juga adalah sangat penting bagi menilai keadaan saluran fallopian sebelum doktor menjalankan sesuatu pembedahan untuk membetulkan kesumbatan yang mungkin berlaku pada saluran tersebut. Dalam ujian ini saluran fallopian itu terbuka cecair biru akan dapat dilihat dari teropong Laparoscope itu.


Rawatan Bagi Kesekatan Saluran Fallopian

Biasanya jika kesekatan berlaku hanya sementara oleh sebab kuncupan saluran itu (spasm), ujian-ujian tersebut di atas mungkin mempunyai nilai-nilai rawatan. Tegasnya setelah menjalani ujian-ujian tersebut didapati beberapa penderita telah berjaya mendapat kehamilan.

Jika kesekatan saluran disebabkan oleh sesuatu jenis penyakit seperti yang telah disebutkan di atas, rawatan yang lebih aktif adalah diperlukan. Rawatan ini biasanya memerlukan pembedahan unutk membetulkan kesumbatan yang berlaku pada saluran tersebut. Setelah ujian-ujian penilaian, tidak kesemua penderita akan didapati sesuai untuk menjalani pembedahan.

Biasanya sebelum saya menjalankan sesuatu pembedahan untuk membetulkan kesekatan pada saluran fallopian, saya berbincang dengan pesakit serta suaminya tentang beberapa aspek, terutamanya tentang kejayaan pembedahan tersebut.

Satu lagi aspek penting yang saya telitikan ialah tentang keadaan suami penderita sama ada ia subur atau tidak dan juga umur penderita wanita itu. Jika umur penderita wanita itu telah terlalu lanjut iaitu melebihi 40 tahun biasanya saya tidak cadangkan kepada pesakit itu tentang pembedahan tersebut, kerana hasil pembedahan pada umur tersebut sangat menghampakan. Jika kerosakan pada saluran terlalu teruk saya tidak akan cadangkan apa-apa jenis pembedahan.

Hydrotubation

Ini adalah satu cara di mana sejenis cecair yang mengandungi beberapa ramuan ubat (antibiotik),hydrorotisone dan hylase) akan diinjekkan ke dalam saluran fallopian melalui pangkal rahim. Biasanya saya lakukan tatacara ini di dalam wad tanpa memerlukan penderita itu dimasukkan ke hospital. Tujuan ini ialah untuk menyediakan penderita tersebut sebelum ia menjalani pembedahan untuk membetulkan kesumbatan pada saluran fallopian. Ianya sering juga saya lakukan sebagai rawatan susulan selepas pembedahan ke atas saluran fallopian.

Kadang-kala tatacara ini juga digunakan untuk merawat pesakit-pesakit di mana kesumbatan pada saluran fallopian tidak begti teruk dan mungkin boleh dirawat dengan secara injeksyen dengan cecair sahaja.

Pembedahan Untuk Membetulkan Saluran Fallopian

Adalah penting ditegaskan di sini bahawa hasil pembedahan untuk membetulkan kesumbatan pada saluran fallopian pada keseluruhannya memberi hasil yang kurang memuaskan. Purata kejayaan dari segi kehamilan selepas pembedahan adalah dalam lingkungan 20 hingga 30% sahaja. Peratus kejayaan pembedahan ini boleh diperbaiki jika pemilihan kes yang akan dibedah itu dilakukan dengan teliti dengan melakukan ujian-ujian yang saya sebutkan di atas.

Walaupun kejayaan ini tidak begitu menggalakkan namun jika saluran fallopian seseorang pesakit itu telah tersumbat rawatan yang khusus baginya ialah pembedahan dan tidak ada cara lain. Oleh itu pembedahan merupakan pemilihan yang terakhir bagi mereka ini.


Beberapa kemajuan telah dicapai dalam bidang pembedahan untuk membetulkan kesumbatan saluran fallopian. Salah satu dari kemajuan tersebut ialah penggunaan alat teropong ketika pembedahan (microsurgery). Bidang mikrosurgeri kini kian berkembang di negara barat dengan adanya tenaga-tenaga kepakaran. Tetapi di negara kita bidang ini belum lagi mendapat tempat untuk berkembang walaupun langkah untuk menuju ke arah ini sedang diambil. Teknik pembedahan mikro boleh menjauhkan kesan trauma atau luka terhadap tisu saluran fallopian yang sering berlaku dalam teknik pembedahan biasa. Satu lagi bidang kemajuan yang sedang diusahakan oleh pakar kemandulan ialah pemindahan saluran fallopian (tubal transplant) bagi saluran yang teruk sangat kerosakannya. Prinsipnya adalah sama dengan juga pemindahan ke atas organ-organ lain. Masalah yang dihadapi pada ketika ini dalam bidang pemindahan ialah masalah tidak penerimaan tisu yang dipindahkan (tissue rejection). Walaupun demikian bidang ini merupakan satu kemajuan yang boleh dicapai kerana saluran fallopian muda diperolehi dari penderma. Biasanya penderma ini adalah dari kalangan orang yang menjalani pembedahan ke atas rahim mereka disebabkan sesuatu penyakit iaitu pembedahan hysterectomy.

Rumusan

Sebagai rumusan saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ujian-ujian untuk menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tidak adalah penting dilakukan ke atas semua pesakit mandul. (Kesumbatan saluran fallopian terdapat 20% dari kes-kes kemandulan perempuan). Rawatan dengan pembedahan pada ketika ini menghasilkan kejayaan yang kurang memuaskan. Walaupun demikian kemajuan untuk mengatasi masalah ini sedang giat dijalankan. Perkembangan terbaru dalam rawatan kesekatan saluran fallopian ialah persemaian di luar tubuh (in vitro fertilisation) dan embryo transplant. Ini adalah prinsip bagi bayi tabung uji atau test tube baby . Sekarang terdapat badan2 yang menaja pasangan-pasangan untuk melakukan IVF. BAdan-badan tersebut ialah Tengku Azizah Foundation Fund. Ia berjaya memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan bayi-bayi yang lahir melalui kaedah ini.





22.12.10

BERDOSANYA AKU...

berdosanya aku melukakan hati seseorang yang amat aku sayangi
berdosanya aku andai aku telah mengabaikannya
berdosanya aku kerana aku telah mengecewakanya
berdosanya aku andai aku tidak menjalankan tanggungjawabku dengan baik
berdosanya aku andai aku telah mensia-siakannya
tidak aku bermaksud melukainya
tidak aku bermaksud mengabaikannya
tidak aku bermaksud mengecewakannya
aku yang bersalah, maafkan aku
berikanlah aku kesempatan
aku akan cuba memperbaiki
percayalah hatiku hanya milikmu
yakinilah aku, percayailah aku
sesungguhnya aku benar-benar menyesal
aku takut akan kehilanganmu
maafkan aku..
aku amat berdosa kepadamu..

29.4.10

Bagaimana dengan hari ini??

ladang teh dan kebun yg harus aku lalui sebelum sampai ke kampung hubby
Hari ini penuh dengan kesenangan di dalam hati.. not 100% tenang but i still can smile, laughing, and can manage my life properly..
Awal tahun saja aku mengalami berbagai masalah dan rintangan... sampai menangis aku dibuatnya.. tapi alhamdulillah... semakin lama masalah tu dapat dikurangkan.. dalam tangisan aku dapat juga menyelesaikan masalah dan menghadapi rintangan yang mendatang... semakin hari semakin baik... dan aku harap ianya berterusan.
Tahun ni aku rasa asyik bercuti jek.. bulan mac bercuti ke penang dan perak.. sebenarnya pergi majlis pertunangan sepupu aku.. tapi alang2 jalan2 skali lah... yang bestnya, aku tak sangka plak hubby aku ni pun gila2 otaknya.. kami memang tak plan nak follow mak aku ke penang, jadi mereka terus pergi pagi jumaat tu.. anak aku mak aku bawak.. so, hari jumaat rutin berjalan seperti biasa.. hubby aku amik balik keje.. aku just ckp jekk "mak ndak call dia ingat kita pergi, dia bising gak lah kita tak pergi tapi tak pelah lain kali kita pergi" then suddenly dia ckp " JOM KITA PERGI MALAM NI" hah?? terkejut aku... duit cuma ada RM100 jekk lepas ke nak gi ni?? lepas congak2 minyak n tol, kami balik packing terus pergi... tak ckp banyak.. masa anak dara aku selalu la gak buat keje gila camni.. tapi tak sangka plak hubby pun camtu jugak.. aku memandu sepanjang jalan ke Penang.. maklumlah hubby aku tak de lesen.. tak berani nak bawak kalo jalan jauh2 ni... awal perjalanan jek dah ada cabaran.. hujan selebat2nya sampai aku tak nampak jalan.. dah lah aku ni rabun malam.. hurmm redah jek lah

sepanjang jalan kami berborak.. bergurau dan feeling tu macam rasa girlfriend boyfriend plak... tak berhenti2 kami bercerita... seronok sangat masa tu.. dah la kami tak tau jalan ke penang.. semua main redah jekk.. dgn hp tak de credit.. ada pun tinggal berapa sen jekk nasib baik friend n family.. murah lah kalo buat panggilan n sms.. so, malam tu berjalan tak berhenti2.. just berhenti kejap di perhentian mana ek.. just nak tanya jalan.. cari public phone semua tak leh guna.. dekat 10 public phone disediakan tapi semuanya rosak.. so, kami pun nekad jekk lah tanya orang.. best part plak orang2 yang kami tanya semuanya bagi salah directions.. mujurlah masa aku nak mulakan perjalanan mak aku call.. selamat..
selepas sesat cari rumah pakcik aku tu.. akhirnya kami sampai juga dalam pukul 2.30 pagi.. kami bertolak nak dekat kol 11.. lepas abis majlis kami semua berjalan ke penang.. esok nya nak balik umah ada plak bagi cadangan nak mandi pantai (hubby aku le tu) dh plak semua setuju.. apa lagi balik tu singgah lumut plak... dah bermalam lagi semalam kat situ.. hisshh.. macam2 perkara yg tak dirancang berlaku.. tapi seronoklah cos semuanya dapat kumpul bersama2...

seronoknya jalan ngan orang tua2 pagi2 dah bangun sembang

Lepas ni pulak bulan Mei kakak ipar aku plak nak sponsor apartment di Strawberi Park Resort, cameron Highlands. semua all in aku cuma pergi bawa diri jekk lah.. (minyak tol sendiri lah)... hurmm asyik berjalan jekk pulak tahun ni... hubby mungkin tak ikut ke Cameron.. dia kata malas lah sama jekk pemandangan macam kampung dia.. eleh padahal belum pernah pergi lagi Cameron.. tak pelah tengok jekk.. sure last minute dia nak gi jugak... kalo dia tak nak pergi tak pleh.. aku paham dia nak berniaga mencari rezeki buat kami sekeluarga gak..

nanti bulan 9 pulak nak balik kampung di sukabumi, bandung. hurmm jalan lagi.. duit tak kumpul lagi.. tak tau lah camne nanti.. ingat nak buat akikah sekali mesti meriahkan suasana kampung kenduri... yang paling best mak abah pun ikut ke sana tapi 6 hari selepas aku disana. dia nak merasa ke kampung hubby aku... mak abah.. kena kuatkan stamina n fizikal.. takut nanti sakit belakang, pinggang semua.. jalan dia jalan batu sungai... hehehe

jiran2 di kampung Cianjur, Sukabumi

aku harap2 la taun ni akan berterusan kegembiraan dan kebahagiaan kami sekeluarga, jauhkanlah segala kesulitan dan rintangan serta cabaran dalam kehidupan kami.
amin...

17.2.10

COBAAN ATAU DUGAAN?

kepala aku sakit
kepala aku binggung
kepala aku melayang - layang
apa yang terjadi?
apa yang berlaku?
dugaan datang bertimpa-timpa?
cobaan atau dugaan?
apa yang perlu aku buat?
apa yang perlu aku lakukan?
aku berserah padaNYA
pada saat aku memerlukan
bukan semalam, bukan hari ni, bukan esok..
bah kan selamanya.. sampai kiamat menjelma
namun apa yang aku harus lakukan?
untuk hari ini? untuk esok?
sampai kapan hidup begini?
apa yg harus aku cari??
apa yang harus aku temui???
cobaan atau dugaan??

Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...