~Fazia Rina~

~Fazia Rina~

18.10.12

Keguguran berlaku 3 bulan

Pengalaman kedua aku mengalami keguguran setelah hampir 3 tahun lebih aku menunggu cahayamata kedua amat menyedihkan, memilukan malah tiada ungkapan yang boleh diutarakan bagi sesiapa juga yang mengalaminya.

Tempoh 14 minggu usia kandungan yg berada di dalam perutku amat membahagiakan aku dan suami,
Pada 19/9/2012 aku membuat pemeriksaan perkembangan bayi. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, kandungan aku baik, denyutan jantung bayi baik semuanya perfect. Namun kelegaan dan kebahagiaan yang aku alami tidak bertahan lama. Pada 2.10.2012 aku mengalami sakit perut, keluar cecair yang berwarna kuning kehijauan adalah tanda yang tidak baik. Petang itu juga aku ke KLINIK ISAHAK di Seksyen 20 Shah Alam untuk membuat rawatan untuk mengetahui kandungan aku.

Dr. Norhayati membuat pemeriksaan Ultrasound ke atas aku dan sangat mendukacitakan ia mengatakan bahawa tiada denyutan nadi kelihatan di skrin. Berita tersebut amat memeranjatkan aku dan suami yang mana baru 2 minggu lepas kami membuat pemeriksaan segalanya baik. Aku disarankan ke Hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.  Kami terus ke PPUM bahagian Kecemasan dan setelah menunggu kira-kira 5 jam akhirnya aku berjumpa Doktor Pakar Dr Shafina Nasir, Jabatan Obstetriks dan Ginekologi.  Beliau membuat pemeriksaan di bahagian vagina untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.

Aku dan suami berdoa dan berharap sangat agar kandungan kami selamat. Air mata aku jatuh berjujuran dan semangat aku mula pudar.  Sang suami kelihatan sangat tenang mungkin dia redha apa pun yang bakal berlaku dan akhirnya Dr Shafina mengesahkan bahawa bayi kami meninggal didalamperut.  Serasa luluh jantung aku dan serasa lemah lutut aku untuk aku melangkahkan kaki pulang kerumah.  Sepanjang perjalanan aku tidak berhenti menangis atas kesedihan yang menimpa kami. 

Menurut Dr Shafina, beliau sendiri tidak dapat mengenal pasti punca kematian bayi tersebut.  Menurut Dr Hamid Arshat (www.hamidarshat.com) pula memaklumkan bahawa "kandungan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu trimester pertama , trimester kedua dan trimester ketiga. Tempoh suatu trimester itu adalah selama 13 minggu. Trimester pertama iaitu kandungan 13 minggu pertama merupakan waktu yang sangat kritikal kerana sesuatu penyakit yang dihidapi oleh pendedahan kepada unsur -unsur kimia atau persekitaran kepada wanita yang mengandung boleh membawa kesan yang buruk kepada janin pada waktu ini. Trimester pertama merupakan waktu yang sangat aktif dalam proses pertumbuhan asas organ-organ  dan sistem -sistem janin. Itulah sebabnya penyakit Rubella umpamanya jika dihidapi oleh seseorang wanita yang mengandung adalah lebih merbahaya jika terkena pada trimester pertama. Sesuatu gangguan kepada pertumbuhan janin pada trimester yang pertama samaada penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu , unsur -unsur persekitaran seperti pendedahan sinaran X , bahan-bahan kimia di udara dan ubat -ubat yang dianggap teratogenik bukan sahaja akan menjejaskan  pertumbuhan janin malahan boleh menyebabkan keguguran.  Jika keguguran tidak berlaku, pertumbuhan janin akan terus berjalan tetapi janin itu besar kemungkinan akan cacat.  Jika kecacatan pada organ-organ terlampau teruk janin itu mungkin akan mati semasa di dalam kandungan lagi.  Jikalau ini tidak berlaku, selalunya bayi itu akan hidup untuk beberapa ketika sahaja selepas dilahirkan."

Di dalam soal -jawab di dalam sebuah akhbar iaitu Harian Metro terdapat satu soalan yang sama seperti aku alami. Soalan dia seperti berikut:

Bayi Mati Dalam Kandungan




SOALAN:

Saya baru kehilangan bayi dalam kandungan yang berusia tiga bulan. Keguguran itu disebabkan jantung bayi saya sudah tidak berdenyut atau dalam kata lain, bayi saya meninggal dalam kandungan. Apakah punca kematian bayi dalam kandungan? Berapa lama masa yang diperlukan untuk saya hamil semula kerana saya sangat menginginkan anak?
Lisa


JAWAPAN:

Anda mengalami keguguran trimester pertama. Walaupun usia keguguran dikesan setelah ia berusia tiga bulan, ia boleh berlaku lebih awal lagi, seawal sejurus setelah pemeriksaan antenatal sebelumnya iaitu pada usia dua bulan.

Terdapat banyak penyebab keguguran yang berlaku dalam tempoh ini, mujurlah kebanyakannya disebabkan faktor pembentukan janin dan ia lazimnya tiada kaitan dengan kehamilan berikutnya iaitu tidak berulang.


Penyebab utama adalah ke�abnormalan kromosom. Dalam segelintir kes, ia disebabkan penyakit dalaman ibu iaitu diabetes mellitus dan penyakit auto-antibodi.

Anda boleh memilih untuk menjalani satu siri ujian palitan vagina, ujian darah, ujian kromosom, HSG atau histeroskopi untuk mengetahui sama ada terdapat penyakit yang boleh menyebabkan keguguran, lebih-lebih lagi keguguran berulang (tiga kali berturut-turut).

Namun ia mungkin kelihatan ‘membazir’ kerana kosnya yang begitu mahal dan mungkin sebenarnya tidak perlu untuk anda.


Begitu juga dengan ujian kromosom terhadap janin yang keguguran itu, namun ia mungkin tidak perlu kerana jarang untuk ia berulang, juga kosnya mahal.

Setelah keguguran (walaupun keguguran trimester pertama), lazimnya suatu tempoh masa diperlukan untuk wanita, bukan sahaja untuk pulih secara fizikal (contohnya jika berlaku kehilangan darah), malah juga kesihatan mental (kesedihan bahkan kemurungan akibat kehilangan kandungan terbabit).

Bagi mereka yang menjalani prosedur cucian D&C, lazimnya doktor menasihatkan tempoh berehat selama dua hingga tiga bulan untuk lapisan dalaman rahim (endometrium) ‘tumbuh’ elok semula bagi mengelakkan risiko uri melekat ke dalam otot dinding rahim (plasenta akreta).

Buat sementara itu, eloklah anda mengambil pil asid folik dan multivitamin (mengandungi beberapa bahan anti oksidan) untuk persediaan kehamilan.

Apa yang merungsingkan aku adalah ini adalah keguguran kedua berturut2 sejak anak pertama kami Nurbatrisyia Irdina dilahirkan.  Kadangkala aku menjadi fobia dan takut untuk mengandung lagi.  Aku menjadi hilang punca dan aku sedar sekarang aku mengalami masalah kemurungan sementara.  Ramai kawan-kawan aku yang memberikan kata semangat mereka di laman facebook aku... sedikit sebanyak ia dapat meringankan dan mengurangkan rasa stress yang mula ada di dalam diri aku.. Ya! minggu pertama kehilangan bayiku memang amat sukar. Mujurlah ada keluarga dan teman2 yang tak penah putus menberi dokongan dan sokongan buat diri aku... Aku tidak penah mengetahui sebelum ini bahawa sekiranya anak kita meninggal atau gugur ia akan tunggu kita di "sana" nanti sehinggalah komen2 difacebook yang menyedarkan aku betapa untungnya aku mempunyai anak-anak yang bakal menungguku di"sana".  Antara komen-komen yang aku suka adalah :

‎‎"Mokhtar Said‎ commented on your ‎status‎‎.




‎Mokhtar‎ wrote: "‎ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui. Dalam kesedihan ada keseronokkan....menjadi seorang ibu yang mempunyai anak di syurga.‎"  <--- Amin ya allah...  

"Nad Nadzim commented on your status.




Nad wrote: "ya Allah kesiannye ko fadz.. nk dpt yg ni pun mcm2 dugaan ko tempuh.. sedey n hiba sggh hati aku ni beb.. ni pun tgh nanges kenangkan nsb ko.. aku phm perasaan ko aku pun kehilangan anak tersyg.. kuatkan hati ko.. u must strong.. Allah nak uji ko dgn kehilangan baby ko ni.. aku doakan moga ko akan diberi rezeki utk mengandung lg.. aku terbygkn bisha beb.. ya Allah ko berilah kekuatan pada shbt aku ini ya Allah.. :'("  <--- terima kasih kerana sudi berkongsi tangisan bersamaku...


"Rizal Jobat commented on your status.




Rizal wrote: "innalilla....saba ye dek...allah lebih syg dia..
Allah bg kite sedih sekarang tp kite x sedar itu lah bekalan trbaik utk adk dn suami di akhirat kelak..Alfatihah..." <--- insyallah amin.....

Namun ada juga yang memberikan komen bersifat negative yang tidak membantu aku langsung walhal aku baru saja kehilangan sesuatu yang amat berharga.  Salah satu darinya adalah:

" aku nak bagitau awal-awal takut ko terasa, aku tengok ko terlalu excited sgt bila ko tau mengandung, orang tua-tua ckap tak elok excited sgt awal-awal ngandung, ni ko post kat Facebook inform semua, cerita macam2 tu yang jadi macam tu..." <-- ada kena mengena ke dengan excited dengan keguguran, kalau dah tau kenapa tak inform kita awal2kan?, dah gugur baru nak ckp macam2.. tak patut...

Dengan doa-doa dan kata-kata semangat yang diberikan membuat kan aku sedar dan berfikir mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya... mungkin aku secara fizikal dan mental iaitu hati yang belum cukup bersih dan sempurna untuk mememang amanah yang bakal allah berikan.  Mungkin apa yang berlaku adalah ujian untuk menguji kesetiaan dan ketakwaan aku terhadapNYA. dan mungkin apa yang berlaku akan membuatkan aku lebih menghargai dengan setiap nikmat yang telah dan bakal akan diberikan kepada kami sekeluarga.

Sebagai seorang umat yang beragama islam aku harus memegang dengan Qadak dan Qadar tentang ketentuan yang telah ditetapkan olehNYA dan aku tidak boleh terus bersikap murung dan stress setelah apa yang telah aku lalui dan aku hanya mampu berdoa dan berharap agar suatu hari nanti Allah akan mengkabulkan doa aku yang menginginkan zuriat dan amanah dariNya. 

Aku harus sabar dan tabah dengan apa jua yang tertulis buat diriku sekeluarga dan aku tidak putus-putus untuk mencuba sekali lagi untuk mendapatkan zuriat dan semoga usaha dan doa aku dimakbulkan dan semoga bakal anak-anak yang aku lahirkan akan sihat walafiat... amin...