~Fazia Rina~

~Fazia Rina~

26.9.11

HAPPY BEZDAY TO ME



Happy birthday to me... happy birthday to me... happy birthday to me... la la la la la....

Alhamdulillah hari ni genap umur aku 31 tahun?? Umur?? Bukan lagi rahsia..... huhu untuk apa nak rahsiakan umur kerana kita berdepan dengan kenyataan dan realiti... dan secara tak langsung untuk mengingatkan kita bahawa makin lama kita meningkat usia... apa yang harus kita lakukan dan apa perancangan kita.


ketika 1 tahun

Dari kecik kita telah dibelai dan telah dimanjakan dengan kasih sayang ibu bapa kita, pak cik makcik, atok nenek. Apa yang kita mintak semua dapat... seronok betul!!! then masuk alam persekolahan. pergi ke tadika kemas.. aku ingat lagi pernah skali tu ada majlis kat tadika.. aku mintak baju cantik2 kat mak konon aku nak pakai gi majlis apa ye tak ingat... mak akupun pakaikan gaun yg paling cantik yang mak aku belikan untuk aku... My mom jadi hairan ada majlis apa kat tadika hari ni.. n aku pun tak penah inform apa2 kat my mom... so, aku pun pergila tadika kemas.. main sana main sini ngan kawan2 then cikgu panggil.. terus naik ke pentas.. mak aku gi jugak cek ada apa kat tadika.. yang lucunya.. muka mak aku merah padam bila dia tengok anak perempuan sulung dia menyanyi lagu nasyid dengan memakai gaun pendek... hahahahaha....

Bila dah habis majlis balik rumah aku kena marah ngan mak aku... marah, marah gak.. ketawa, ketawa gak mak aku ni... hehehe ok itu masa aku tadika kemas Seksyen 16, Shah Alam pada tahun 1986

Naik jek sekolah rendah aku mula dikenali ramai... setiap acara sukan mesti ada muka aku... acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, lompat jauh dan macam2 lagi mesti muka aku ada... dan aku telah menjadi kebanggaan sekolah dan yang paling utama aku jadi anak emas sekolah kebangsaan shah alam, sek 16. apabila akulah anak murid pertama (rekod sekolah tu) apabila aku dapat mewakili Daerah, dan seterusnya Wakil Selangor dalam acara 100 dan 4x100 meter.  Aku dapat mewakili Daerah Petaling dan cikgu sukan aku yang selalu hantar dan ambil aku dari sesi latihan adalah Cikgu Omar, (cikgu.. jasa cikgu tak penah saya lupa dan masih saya ingat wajah tua cikgu yang kepenatan menunggu saya setiap hari). Latihan setiap petang dari jam 3 sehingga 6 di Padang Timur, Petaling Jaya. ala yang ada A&W tu.. sehingga kini masih ada lagi restoran tu.. dan coach yang mengajar aku pada waktu itu adalah MARINA CHIN, masa tu badan dia gempal lagi... wah... seronok betul sesi latihan tu.. macam2 kejadian yang menyeronokkan berlaku, ponteng puasa.... beli food kat A&W masa bulan puasa. dan elaun yang aku terima pada waktu itu hanyalah RM5 saja setiap hari.. masa tu burger pun baru RM1.30 sekarang dah RM4 lebih..






Aku - selang dari Cikgu Normah, camnelah date boleh salah ni.. o ye.. ambil gambar ats gambar..

Menyesal aku tak simpan surat2 khabar yang terpampang wajah kemenangan aku... muka aku ambil hadiah, aku tengah lari, aku tengah memekik... Surat Khabar waktu tu surat khabar Metro tak silap aku.. yelah... aku pun masa tu baru umur 11-12 tahun mana reti nak simpan perkara2 sentimental macam tu.. yang aku tau waktu tu nak main jekkk... budak2 dulu tak sama dengan budak2 sekarang.. umur aku 12 tahun aku masih main lari2 lagi.. main rounders.. main nyorok2... seronok betul...!!!! yang best tu masa aku wakil Negeri Selangor dan aku kena pergi penang, sebelum tu aku training kat Kuala Kubu Baru.. tak ingat aku apa nama sekolah cina tu... Masa tu aku dok lepak2 kat bilik TV dengan kawan2 cina aku... adalah sorang mamat ni dia tingkatan 2 dok mengusha aku... Masa tu tengah berlangsung Perlawanan Badminton PIALA THOMAS pada tahun 1992 dan rekod malaysia tercatat Rashid Sidek mengunguli piala kebangsaan malaysia dengan kemenangan beliau... kami semua menjerit sorak gembira melompat2 sampailah aku tersedar aku terpeluk mamat ni... aku ingatkan membe cina aku.. Wong Siew Ling, mmat ni pun syok lah..


so, the next day kitaorg berangkat ke penang naik bas reramai.. sampai di perhentian (dulu tak de R&R) di sebuah restoran ni aku dah kelam kabut ke bilik air.. Then kakak ni ajak aku masuk sekali dalam satu tandas.. rupanya dia sroh aku temankan dia.. aku punyalah tak tahan nak kencing... tanpa sedar seluar aku basah... amik ko kakak oi... aku kata nak kencing dia kata sabar2... kan dah terkencing dlam seluar... huhuhu... Pn Marina pun kelam kabut lah pergi amikkan sluar aku... aku berjalan ke bas semua gelak2kan aku.. aku pun buat muka selamba.. lalu la mamat yg syok kat aku ni.. konon nak bagi aku air kotak.. then bila kawan dia ckp aku terkencing dlam seluar, terus dia tak jadi bagi air kotak tu dan blah... merah padam muka dia.. hahahaha sapa sroh ngorat aku... dalam bas aku duduk sorang2.. yang lain tu dok menyanyi la apa lah... datang sorang abang ni... duduk sebelah aku... perkenalkan diri sebagai abg Pian, orangnya putih, rambut blonde panjang sampai ke bahu, muka ala2 mat saleh, rupanya kacukan Inggeris - Melayu duduk di seksyen 4 dia plak masa tu form 3 ke form 4 gaknya...tak ingat aku.. tapi sekolah di Sek. Men Seksyen 2, Shah Alam. Ia berlanjutan selama setahun then bila dia dah abis sekolah terus hilang kabar berita dia... hurmm terasa rindu plak kat dia...



Meningkat ke alam Persekolahan Menengah aku disekolahkan di Sek. Men Projek Seksyen 11 dan bersekolah waktu petang.. dan saat itulah bermulanya bakat aku ditenggelamkan... aku dipilih mewakili Daerah namun aku seperti dianak tirikan cikgu sukan aku tak bagi aku pergi untuk mewakili Daerah.. Sangat kecewa yang teramat sangat kerana disitulah kejayaan aku dijatuhkan oleh cikgu yang hanya memberi alasan bahawa aku sekolah petang... padahal latihan pada pukul 4-6 ptg... memang sgt bengang sgt2!!! punah harapan keluarga aku... mak bapak aku plak jenis yang terima saja dan tak tau nak buat apa.. yelah.. akulah anak pertama yang mengharumkan nama keluarga dan semuanya diserahkan pd keputusan cikgu. Padahal dari aku tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 gelaran Olahragawati hanyalah milk aku... kejam betul cikgu tu menganak tirikan aku... gara2 anak murid kesayangan dia tak dapat wakil daerah... jadi dia padam nama aku dan hantar anak murid kesayangan dia... sedangkan cikgu tu sendiri tau.. aku boleh tinggal minah yang tua 2 tahun dari aku jauh kebelakang... (kitarog dlm sama kategori) Diskriminasi betul!!!!


okay... kita lupakan jek lah perkara yang menyakitkan hati ini... dan aku tak nak ingat lagi hal itu.. cuma kenangan manis aku sewaktu sekolah rendah tidak dpt aku lupakan... sangat indah, sangat seronok, sangat bombastik!!! dan sekarang masing2 semuanya dah kawin... Cikgu Omar aku pun mungkin sudah kerahmatullah sebab masa aku berumur 12 tahun dia dah 45 tahun.. Tidak ada yang lebih seronok selain dari zaman kita kanak2... dan sekarang anak aku pula yang akan merasai keseronokan zaman kanak2nya.. biarlah dia mencuba apa pun bidang yang ingin dia terokai..

Dan harapan aku di ulang tahun kelahiran aku ini yang cecah suku abad ini adalah.....

DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN DIKURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH SERTA RUMAHTANGGA KAMI SENTIASA AMAN BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT. AMIN....

Di Restoran Seafood Sg Bagan, Port Klang pada 26.9.2011 tarikh ulang tahun aku...

23.9.11

SALURAN FALLOPIAN

Saluran Benih


.Kemandulan oleh sebab kesekatan saluran fallopian

Saluran fallopian merupakan satu saluran penting dalam pembiakan. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan kemudiannya bercantum dengan ovum perempuan. Saluran ini tidak bertugas secara pasif malah ia bertindak secara aktif dengan saluran ini juga bertindak untuk menarik ovum dari ovari dengan daya tarikan kimo serta pergerakan rerambut pada dinding saluran tersebut.

Setelah percantuman benih lelaki dengan ovum berlaku serta menghasilkan satu embryo, saluran fallopian membekalkan bahan-bahan makanan serta menolong pergerakan embryo tersebut ke arah ruang rahim untuk menjalani proses implantasi.



Untuk menjayakan proses percantuman benih serta menghasilkan kehamilan, saluran fallopian perlu mempunyai bentuk normal. Jika sesuatu kelainan berlaku dan menyebabkan saluran itu tersekat atau tersumbat, maka tugas-tugas tersebut akan tergendala dan kehamilan akan gagal.


Sekatan di saluran fallopian disebabkan oleh beberapa perkara. Ia mungkin berlaku buat sementara sahaja kerana kuncupan (spasm), ataupun oleh sebab kesumbatan (blockage). Kuncupan atau spasm seringkali terdapat di kalangan wanita yang sentiasa nervous atau tegang suasana mentalnya. Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk jika wanita itu sangat-sangat ingin hamil tetapi telah hampa mencapainya setelah beberapa tahun.


Kesumbatan saluran fallopian adalah lebih berat kerana ia merupakan suatu keadaan yang memerlukan rawatan khusus. Kesumbatan saluran boleh disebabkan oleh banyak perkara terutama penyakit jangkitan kuman. Jenis kuman yang sering menjangkit saluran fallopian ialah gonorrhoea, tibi dan kuman-kuman bakteria lain.

Jangkitan kuman ini seringkali didapati dari perhubungan seks terutamanya dari kalangan lelaki yang mengidap penyakit-penyakit tersebut. Jangkitan kuman mungkin juga berpunca dari appendix atau dari peraliran darah seperti penyakit tibi.



Kesumbatan saluran fallopian boleh juga timbul dari sesuatu penyakit tumbuhan dalam rahim atau ovari seperti tumbuhan fibroid atau endometriosis. Beberapa jenis penyakit dalam rahim yang lain boleh menimbulkan kesumbatan saluran dan tidak perlu dinyatakan kesemuanya di sini.

Cara-cara untuk menguji Patency Saluran Fallopian

Dalam penyiasatan kes mandul, penting bagi doktor untuk menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tidak (ujian-ujian patency). Ujian-ujian ini boleh membezakan antara kesekatan yang disebabkan oleh kuncupan (spasm) dari kesumbatan (blockage).

Penilaian akan juga dilakukan untuk menentukan sama ada kesumbatan itu teruk atau tidak dan sama ada pembedahan untuk membetulkan kesumbatan boleh dilakukan atau tidak. Hakikat ini adalah penting apabila doktor menasihatkan penderita-penderita tentang pembedahan untuk membetulkan saluran fallopian.

(a)Insuflasi Saluran

Ujian ini dilakukan dengan meniup gas karbon dioksida ke dalam ruang rahim dan melalui saluran fallopian. Walaupun ujian ini boleh dilakkan tanpa bius, ia lebih sering dilakukan ke atas pesakit di bawah pengaruh bius. Ujian ini juga dilakukan serentak dengan D & Cdi mana secebis tisu dari selapurt endometrium diambil untuk dikaji.

Ujian ini dianggap kurang memuaskan untuk menentukan patency saluran fallopian kerana ia bergantung ke atas paras tekanan gas yang ditiupkan. Paras tekanan C02 ini dicatatkan pada carta graf. Kuncupan saluran (spasm) boleh menimbulkan satu keputusan yang mengelirukan. Walaupun kurang tepat, ia masih digunakan oleh setengah doktor kerana ia mudah dilakukan dan tidak membahayakan penderita dan ia biasanya dilakukan sebagai ujian peringkat awal dalam penyiasatan kes-kes mandul.

(b)Hysterosalpingografi

Ini adalah satu ujian X-ray yang istimewa di mana sejenis cecair khas diinjekkan ke dalam ruang rahim melalui pangkal rahim. Kemudian gambar X-ray diambil dan dari gambar ini doktor akan dapat mempastikan sama ada ruang rahim itu normal atau tidak, ataupun tertutup.

Oleh kerana ujian ini melibatkan pancaran X-ray, adalah penting bagi seseorang pesakit yang akan menjalani pemeriksaan ini mengetahui tarikh keluaran haid yang terakhir untuk mengelakkan bahangan X-ray terhadap kehamilan yang mungkin telah wujud pada ketika itu. Pada keseluruhannya, ujian ini adalah memuaskan tetapi kadang-kala terdapat keputusan yang mungkin mengelirukan seperti juga yang berlaku pada ujian insuflasi saluran. Jika pembedahan untuk membetul saluran fallopian dirancangkan, ujian X-ray mestilah dilakukan sebelumnya.

(c)Laparoscopy

Ini adalah satu ujian yang dianggap terbaik dalam penyiasatan ke atas seseorang penderita mandul. Bukan sahaja ia boleh menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tertutup malah dengan ujian ini doktor dapat melihat dengan sendiri keadaan ovari, rahim dan juga alat-alat yang terlibat dalam proses pembiakan.

Dalam ujian ini pesakit perlu dimasukkan ke hospital selama 2 hari dan ubat bius diberikan. Satu alat teropong yang digelar Laparoscope akan dimasukkan ke dalam ruang perut menerusi satu incision di bawah pusat, setelah ruang itu diisi dengan gas karbon dioksida. Melalui teropong ini doktor dapat melihat dengan jelasnya semua perkakas-perkakas pembiakan. Ujian ini juga adalah sangat penting bagi menilai keadaan saluran fallopian sebelum doktor menjalankan sesuatu pembedahan untuk membetulkan kesumbatan yang mungkin berlaku pada saluran tersebut. Dalam ujian ini saluran fallopian itu terbuka cecair biru akan dapat dilihat dari teropong Laparoscope itu.


Rawatan Bagi Kesekatan Saluran Fallopian

Biasanya jika kesekatan berlaku hanya sementara oleh sebab kuncupan saluran itu (spasm), ujian-ujian tersebut di atas mungkin mempunyai nilai-nilai rawatan. Tegasnya setelah menjalani ujian-ujian tersebut didapati beberapa penderita telah berjaya mendapat kehamilan.

Jika kesekatan saluran disebabkan oleh sesuatu jenis penyakit seperti yang telah disebutkan di atas, rawatan yang lebih aktif adalah diperlukan. Rawatan ini biasanya memerlukan pembedahan unutk membetulkan kesumbatan yang berlaku pada saluran tersebut. Setelah ujian-ujian penilaian, tidak kesemua penderita akan didapati sesuai untuk menjalani pembedahan.

Biasanya sebelum saya menjalankan sesuatu pembedahan untuk membetulkan kesekatan pada saluran fallopian, saya berbincang dengan pesakit serta suaminya tentang beberapa aspek, terutamanya tentang kejayaan pembedahan tersebut.

Satu lagi aspek penting yang saya telitikan ialah tentang keadaan suami penderita sama ada ia subur atau tidak dan juga umur penderita wanita itu. Jika umur penderita wanita itu telah terlalu lanjut iaitu melebihi 40 tahun biasanya saya tidak cadangkan kepada pesakit itu tentang pembedahan tersebut, kerana hasil pembedahan pada umur tersebut sangat menghampakan. Jika kerosakan pada saluran terlalu teruk saya tidak akan cadangkan apa-apa jenis pembedahan.

Hydrotubation

Ini adalah satu cara di mana sejenis cecair yang mengandungi beberapa ramuan ubat (antibiotik),hydrorotisone dan hylase) akan diinjekkan ke dalam saluran fallopian melalui pangkal rahim. Biasanya saya lakukan tatacara ini di dalam wad tanpa memerlukan penderita itu dimasukkan ke hospital. Tujuan ini ialah untuk menyediakan penderita tersebut sebelum ia menjalani pembedahan untuk membetulkan kesumbatan pada saluran fallopian. Ianya sering juga saya lakukan sebagai rawatan susulan selepas pembedahan ke atas saluran fallopian.

Kadang-kala tatacara ini juga digunakan untuk merawat pesakit-pesakit di mana kesumbatan pada saluran fallopian tidak begti teruk dan mungkin boleh dirawat dengan secara injeksyen dengan cecair sahaja.

Pembedahan Untuk Membetulkan Saluran Fallopian

Adalah penting ditegaskan di sini bahawa hasil pembedahan untuk membetulkan kesumbatan pada saluran fallopian pada keseluruhannya memberi hasil yang kurang memuaskan. Purata kejayaan dari segi kehamilan selepas pembedahan adalah dalam lingkungan 20 hingga 30% sahaja. Peratus kejayaan pembedahan ini boleh diperbaiki jika pemilihan kes yang akan dibedah itu dilakukan dengan teliti dengan melakukan ujian-ujian yang saya sebutkan di atas.

Walaupun kejayaan ini tidak begitu menggalakkan namun jika saluran fallopian seseorang pesakit itu telah tersumbat rawatan yang khusus baginya ialah pembedahan dan tidak ada cara lain. Oleh itu pembedahan merupakan pemilihan yang terakhir bagi mereka ini.


Beberapa kemajuan telah dicapai dalam bidang pembedahan untuk membetulkan kesumbatan saluran fallopian. Salah satu dari kemajuan tersebut ialah penggunaan alat teropong ketika pembedahan (microsurgery). Bidang mikrosurgeri kini kian berkembang di negara barat dengan adanya tenaga-tenaga kepakaran. Tetapi di negara kita bidang ini belum lagi mendapat tempat untuk berkembang walaupun langkah untuk menuju ke arah ini sedang diambil. Teknik pembedahan mikro boleh menjauhkan kesan trauma atau luka terhadap tisu saluran fallopian yang sering berlaku dalam teknik pembedahan biasa. Satu lagi bidang kemajuan yang sedang diusahakan oleh pakar kemandulan ialah pemindahan saluran fallopian (tubal transplant) bagi saluran yang teruk sangat kerosakannya. Prinsipnya adalah sama dengan juga pemindahan ke atas organ-organ lain. Masalah yang dihadapi pada ketika ini dalam bidang pemindahan ialah masalah tidak penerimaan tisu yang dipindahkan (tissue rejection). Walaupun demikian bidang ini merupakan satu kemajuan yang boleh dicapai kerana saluran fallopian muda diperolehi dari penderma. Biasanya penderma ini adalah dari kalangan orang yang menjalani pembedahan ke atas rahim mereka disebabkan sesuatu penyakit iaitu pembedahan hysterectomy.

Rumusan

Sebagai rumusan saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ujian-ujian untuk menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tidak adalah penting dilakukan ke atas semua pesakit mandul. (Kesumbatan saluran fallopian terdapat 20% dari kes-kes kemandulan perempuan). Rawatan dengan pembedahan pada ketika ini menghasilkan kejayaan yang kurang memuaskan. Walaupun demikian kemajuan untuk mengatasi masalah ini sedang giat dijalankan. Perkembangan terbaru dalam rawatan kesekatan saluran fallopian ialah persemaian di luar tubuh (in vitro fertilisation) dan embryo transplant. Ini adalah prinsip bagi bayi tabung uji atau test tube baby . Sekarang terdapat badan2 yang menaja pasangan-pasangan untuk melakukan IVF. BAdan-badan tersebut ialah Tengku Azizah Foundation Fund. Ia berjaya memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan bayi-bayi yang lahir melalui kaedah ini.