~Fazia Rina~

~Fazia Rina~

25.6.07

A NEW LIFE... A NEW STORY... PART 1

Ya allah ya tuhanku... lamanya tak tulis blog... dah setengah tahun rasanya... hehehehe dalam masa setengah tahun pelbagai perkara baru telah berlaku dalam hidup aku... semuanya baru.. dan semuanya berubah... syukur kepadamu ya allah ya rabbi....


ingat tak dulu aku pernah cerita tentang seorang mamat nama Ibenk?? mamat indonesia dan aku plan nak kesana??? pada tanggal 30.12.06 aku terbang sendirian dengan penuh ketakutan, kerisauan dan kegembiraan untuk bertemu dengan lelaki tersebut serta merasai pengalaman baru... jejak kakiku kelapangan terbang bandung... sejarah hidup ku berubah... lelaki yg aku sayang dan aku impikan telah ketemu akhirnya...




pertama kali bersua tiada suara hanya tatapan mata yang berbicara... kemudian barulah mengenalkan diri seperti baru berkenalan.. pertama kali berjumpa hati aku dah berdetik inilah lelaki yang akan aku nikahi tak kira dugaan apa sekalipun... perasaan bahagia dan sayang tiba2 muncul dan tiada berbelah bagi.. didalam bas... aku pandang sekeliling... keadaan dan suasana di sepanjang jalan menuju ke bandar sukabumi amat nyaman, dingin, cantik, indah dan diselang selikan dengan tiupan angin berserta anak2 yang mengamen didalam bas menyanyi lagu yang mensyukuri keindahan alam yang diberikan oleh yg maha esa.. terdetik rasa keinsafan dan kejahilan dalam diri aku... betapa berbezanya kehidupan mereka dengan kita... jauh berbeza... tapi dalam hati masih ada rasa takut juga kalau2 lelaki yang aku percaya ini lelaki jahat yang selalu dimainkan watak jahat dalam tv channell ARUNA. sempat gak fikir cam tu... heheheh




Sedang aku terbuai dengan keindahan alam dan kehijauan bumi allah... seorang pengamen menaiki bas yang aku naiki dan menyanyikan lagu yang telah membuat aku menangis Lagu Surgamu dari band terkenal UNGU.. tapi bukan kerana band itu tapi kerana anak2 kecil yang menyanyi penuh penghayatan sambil bermain gitar kapoknya yang membuatkan aku merasa sayu.. anak2 kecil seumur anak saudaraku yang masih menangis minta susu tapi anak2 pengamen ini sudah kenal erti kesusahan dan sudah kenal erti pencarian untuk sesuap nasi...
Perjalanan masih jauh lagi... sekitar 2 jam dari lapangan terbang bandung dan bersilih ganti pengamen yang menyanyi dan meminta sedikit belas ikhsan dari penumpang2 bas dan bersilih ganti petak sawah yang menghijau serta deruan angin yang sangat dingin dan sejuk akhirnya aku sampai di bandar sukabumi... debaran dada aku sgt kencang kerana saat ini aku akan dipertemukan dengan bapa saudaranya yang pernah dikenalkan kepada aku.. ya allah ya tuhanku selamatkanlah aku... heheheh itulah kata2 dalam hati aku sebelum berjumpa dengan KANG AGUS..


Kang Agus
Akhirnya aku ketemu juga dengan beliau.. orgnya hitam manis, kecil, badan sederhana, bulu mata sgt lebat dan yang paling penting... raut wajahnya seperti bercahaya2, memancar2 dan mata aku sejuk memandang wajah dia.. serasa tak nak alih pandangan.. begitu indah wajahnya.. mungkin inilah yg dikatakan orang yang beriman... allhamdulilah aku aku jumpa dengan org yang tepat.. malam tu aku mengagih2kan hadiah kepada Kang Agus dan Ibenk.. mereka menerima seadanya.. dan tak lepas berapa minit kemudian Kang Agus bertanyakan latar belakang keluarga aku, dan sedikit sebanyak dpt meneka diri aku siapa.. malu aku.. seperti dia tahu kisah silam aku, siapa aku, tapi tak pe lah.. aku juga dah berniat untuk berubah untuk kembali ke pangkal jalan mungkin ini petunjuk dan saat yang tuhan kurniakan kepada aku... Allah masih sayangkan aku.. allhamdulillah.. Kang Agus menegur aku beberapa perkara dan menasihati aku seperti saudaranya.. kebajikan aku dia jaga dengan baik.. selepas dirumah kang agus.. Ibenk membawa aku ke rumah Tantenya.. Astarfirullah.. neneknya juga ada.. segannya aku masa tu.. tapi tak pe lah.. aku tebalkan muka buat selamba.. syukur kepada tuhan.. mereka menerima aku dengan baik sekali.. aku terasa di hargai, rasa di hormat yang selama ini aku tak pernah kecapi di negara sendiri.. di tempah sendiri.. ya mungkin aku org malaysia.. tapi bukan kerana itu, tapi kerana keikhlasan dari hati mereka..
setelah beberapa hari aku dirumah tantenya..

On the way ke Cianjur

 ibenk membawa aku pula ke kampung asalnya.. kerumah org tuanya di Cianjur.. ya allah punyalah jauh tempatnya.. aku ksana naik motor OM Hery yg dipinjamkan ke ibenk.. kalau naik angkut2 (sejenis pengangkutan seperti van kecil) tak sampai.. dan tak byk angkut2 yang ke kampung ibu bapanya.. jalannya teruk sgt2.. bayangkan batu2 sungai dijadikan jalan. Bayangkan batu2 yang benjol2 tu aku redah.. aku lalui menaiki motor!! punggung aku merasa sakit, lenguh, dan rasa tak sanggup lagi nak teruskan perjalanan... tapi itu semua aku dapat ubati dengan pemandangan yang luas, yang cantik, bukit bukau yang menghijau melalaikan aku tentang kesakitan yang aku rasai. terlihat anak2 kecil bermain2.. orang menuai di sawah padi, kicauan burung yang merdu dan udara yang amat2 segar dan sgt dingin membuatkan aku lupa tentang kesibukan kota, tentang musik di disko, tentang segalanya di Negaraku. akh disko!! telah aku buang jauh2 dalam hidupku.. hubungan scandal, hubungan sulit semuanya telah aku buang jauh2 terus ke laut merah sana.. heheehhe...
selama 3 jam akhirnya aku sampai kerumah org tua Ibenk.. ya allah.. aku terkejut sgt!! adakah aku layak untuk menjadi ahli keluarga ini?? camana agaknya ye pertemuan aku dan keluarga ibenk?? tunggulah NEW LIFE NEW STORY PART 2 ok??!!!
Ibenk