~Fazia Rina~

~Fazia Rina~

14.11.08

oh my god!!! sakit kepala aku makin worse... aku dah muntah2... batuk... selsema... agaknya aku
terlalu letih sgt... semalam kat sini ada buat check up... amik darah, cek glugose.. lemak dlm
darah... cholestrol, tekanan darah, weight... semua ok... cuma tekanan darah aku rendah...
patutlah aku rasa blurr... rupanya darah tak sampai... so, lepas ni kena sujud lama2 skets biar
oksigen ngan darah tu sampai ke otak.... hehehe cos dalam kajian ada menyatakan di kepala ada
satu bahagian yang darah dan oksigen (if m not mistaken) tak sampai ke kepala tetapi apabila
kita bersujud, darah akan sampai ke seluruh bahagian tersebut... so, cam tak paham jekk kena
sujud lama2 skets... minah tu ada sound... hati2... cos leh colapse... setakat ni ok lagi kot.. cuma
blur sgt2 jekkk...
hurmm kena gi jumpa doktor lagi ni... nak check balik tekanan darah...

13.11.08

FEEL BETTER NOW...

MLM TADI BALIK LAMBAT... KOL 11.15 BARU BALIK DARI OPIS... HUBBY NGAN BATRISYIA DATANG SKALI... DARI SENYAP SUNYI OPIS NI JADI RIUH DGN SUARA BATRISYIA NGAN SUARA MAK AYAH DIA MENJERIT PANGGIL ANAK... SERONOK GAK KERJA TAK DE ORG NI.. CUMA YANG ADA KELUARGA JEKK... BEST GAK...
BUT YESTERDAY I LISTEN TO MARIAH CAREY SONG, I JUST NEED ANYTHING TO PULL ME UP AND I THINK THIS IS CAN HELP ME EVEN JUST 5%...
"CANT TAKE THAT AWAY"
They can say,
Anything they want to say,
Try to bring me down,
But I will not allow anyone to succeed hanging clouds over me,
And they can try Hard to make me feel that I,
Don't matter at all,
But I refuse to falter in what I believe or loose faith in my dreams
'Cause there's, There's a light in me,
That shines brightly,
They can try,
But they can't take that away from me
From me No no nooo
Oh they, They can do Anything they want to you, If you let them in,
But they won't ever win,
If you cling to you pride,
and just push them aside,
See I, I have learned,
There's an inner peace I own,
Something in my soul that they can not possess
So I won't be afraid and the darkness will fade
'Cause there's, There's light in me me,
That shines brightly, yes
They can try, But they can't take that away from me
No oh oh, They can't take this Precious love I'll always have inside me,
Certainly the Lord will guide me where I need to go
Woah, woah They can say Anything they want to say,
Try to bring me down,
But I won't face the ground,
I will rise steadily sailing out of their reach,
Although they do try,
How to make me feel that I,
Don't matter at all,
But I refuse to fall,
Tell me what I believe or loose faith in my dreams, '
Cause there's a light in me,
That shines brightly yes
They can try but they can't take that away from Me
From me No no nooo
ALSO, ONE OF MY FWEN SAID.... FIND SURAH AL-SADJAH AND READ IT, FEEL IT, CRY... THEN INSYALLAH YOU WILL FEEL RELEASE FROM BURDEN YOU HAVE NOW... BUT APA2 PUN KITA MENCUBA INSYALLAH BERJAYA... AKU LOM ADA TAFSIR AL-QURAN LAGI.. DAH LAMA NAK BELI TAPI ASYIK TAK KESAMPAIAN JEKK... HUJUNG BULAN NI TAFSIR AL-QURAN ONE OF MY IMPORTANT THINGS TO BUY... INSYALLAH...
I DO FEEL RELAX SKET SKANG... AKU AKAN CUBA PAKSAKAN DIRI SIAPKAN SEMUA KERJA2 AKU... N CUBA BUAT YANG TERBAIK!!!
WHATEVER IT IS.. I'LL DO FOR MY FAMILY...!!!!

12.11.08

blurr.....

2 hari aku cuti sakit kerana food poisoning... plus of course my migrain... kali ni dia attack... tak taula nak describe camne... menangis2 aku dibuatnya... aku ketuk pala aku kat dinding... rasa lega skets... tapi hubby aku tarik tangan aku... "napa hentak kepala kat dinding? tak elok la nanti.. makin teruk...." " biarlah... rasa kurang skets..." aku blur today... bukan today jekk from yesterday n day, day , day before... ntah berapa byk day lah... feel like giving up now... rasa nak berhenti kerja... kerja berlambak2... mati mati... next year tak nak buat tiket lagi... seriusly tak nak buat dah.. kasi lah org lain plak... kak ira ke sapa ke... maz ke... aku dah tak nak.... !!!!!!!!!!!! camne skang ni aku nak bangkit semula?? cos aku dah betul2 down sgt2... who can help me?? God.. please help me... please show me the way... macamne aku nak bangkit semula??????

6.11.08

My Brain being UnControl anymore....

Almost a year kepala aku tak sakit... recently got migrain.. feel likes lost of thought, empty, dazzled, dizzy, blur, and ++++... dont know how to describe... last night jumpa doctor kat DEMC, one of our panel clinic... i told him about my headache yang dah 3days.. the doctor's still young maybe around early 30. hensem plak tu... but on that time aku tak pk apa dah... kepala cam nak pecah... dia check my blood presure... ok.. tak de masalah.. check telinga aku... agaknya amik suhu panas kot.. maintain ok tak de apa2... then dia tanya mata aku.. memanglah sebelah kiri mata aku problem... dulu anak mata luka... darah masuk kat urat mata... bila baik dia jadi parut kat anak mata tu.. so, dia agak menggangu penglihatan mata aku... then dia tanya nak muntah2 ke tak... (ingat pegnant ke) cirit birit ke tak... mcm2 lah.. aku ckp semua tak de... lastly baru dia tanya... u memang ada migrain ke? (awatlah dia tak tanya awal2...?) "Ye doctor, almost a year saya tak sakit pala... dah 3 days rasa nak pecah ni... berat sgt, makan postan pun tak jalan" macam kena cucuk ngan paku jekkk

then barulah dia nak kasi ubat sandomigran (agaknya kot spelling dia ni) but unfortunately... aku punya baikkk lupa tak bawak kat opis... aduhhh.. sakit gila pala ni... tadi kak ros sound... "bila nak siapkan inbois ni?? almost RM200k tak buat... bila nak buat??" lepas jekk soalan tu POMMMM!!!! mcm ada batu hempap kat kepala aku ni... nyesal aku tak mc jekk hari ni... ( tula doctor nak kasi mc 2 hari sroh rehat, tak nak...!!!) aku ada ckp jugak kat doctor hensem tu about my probs.. nak jumpa pakar psiakitri.. before aku ckp kat doctor tu aku minta nurse tu blah... seganlah nak cakap depan org lain... malu.. nanti dia ingat aku ni sakit jiwa plak... (or else memang ye kot..) then aku luahkanlah (5%) dari masalah aku tu... dia tak cakap apa.. dok write down kat a piece a paper tok aku kasi kat doktor pakar tu... aku tanya dia... "doktor, what do you think about my case?? is it dangerous level or just middle or nothing?" the doctor said.. " i am sorry, its difficult to me to analyze about this.. better u go for futher treatment, what i can say... they will give you a medicine that you have to take everyday, and a few treatment" now i am think.. the sounds seems like high level jekk... tapi high level yg totaly lost mind.. m not to that level yet.... ntahlah... tapi bila masa aku nak gi hospital??? my hubby kata pergilah.. good for you... for us and most important for our baby n becoming babies.... tapi bila?? dengan kerja tak sudah2... mcm2 perkara nak difikirkan, nak diuruskan, tak tau aar... cant think right now... asyik busy jekk

apa yang aku fikirkan sekarang ialah... nak baring kat atas batu tepi sungai tok beberapa jam tanpa gangguan sesiapa... tanpa memikirkan apa2... but.. do i have a time??? do i have a space?? do i have a money?? do i?? teringat masa dolu- dolu... aku penah juga merasa gembira.. riang... tanpa memikirkan apa2... masa tu aku ketawa sana, ketawa sini, panjat gunung sana, gunung sini... enjoy sana enjoy sini walaupun kadang2 aku ada stress tapi tidaklah seperti sekarang.. aku tak boleh tahan lagi... kakak angkat aku sis pyscho menasihati aku untuk mendapatkan rawatan... pelbagai rawatan disediakan di hospital.. tak perlu takut... katanya doktor pakar disitu semua tau handle situation... this is not because of depression after giftbirth... tapi dari aku muda... ada masa2 tertentu aku akan bersikap demikian... dan sekarang aku tak dpt handle my anger... and sometimes aku rasa takut tak tentu hala... rasa sgt rendah diri, rasa tak berguna, rasa bodoh, rasa nak lari, rasa looser... kadang2 rasa nak mati... ye aku tau.. kita berdoa dan memohon kepada allah... kita selalu ngaji, selalu istifar... but i still need help from someone who can treat me until i become stabil.. become more confident, cheerful, hurmmm dont know what to say... sakit sgt kepala ni... kalau ada arwah ROSLI MOKTER.. tentu dia akan advice aku macam-macam... hurmm feel like miss his advices... but as i said before this... I NEED HELP....

4.11.08

AKU PESAKIT PSIKIATRI??

Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'? Anda boleh mengatasi kesedihan atau 'depression' anda dengan mempraktikan ciri-ciri berikut : a. Mengamalkan pemikiran yang positif. b. Boleh menyelesaikan masalah atau konflik dengan berkesan. c. Boleh berkomunikasi secara efektif. d. Bersikap asertif atau tegas diri. e. Menerapkan nila-nilai kerohanian atau keagamaan dalam diri. f. Mengujudkan hubungan dan ikatan baik sesama insan. g. Anda juga boleh mendapat nasihat dan bimbingan dari Pakar psikologi, Kaunselor dan Pakar Psikiatri. Elakan kesedihan dan tekanan anda berpanjangan tanpa sebarang intervensi dan dapatkan rawatan serta nasihat segera.
Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental? Penyakit Mental adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang. Gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.
Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan? Jenis-Jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan adalah:- ? Neurosis ? Psikosis. ? Penyakit mental organik seperti nyanyuk. ? Gangguan personaliti. ? Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif. ? Ketagihan dadah dan alkohol. ? Percubaan membunuh diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis? Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan ?luar biasa?. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan. Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis? Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis). Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.
Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental? Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. Psikoterapi dan kaunseling:- Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Rawatan psikotropik:- Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. Rawatan tingkahlaku:- Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Rawatan elektrokonvulsif:- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap skizoprenia? Ciri umum gangguan ini adalah : ? Gangguan-gangguan pada fikiran dan perhatian pesakit. ? Gangguan-gangguan pada persepsi. Dunia ini seakan-akan nampak lain di mata pesakit. ? Gangguan-gangguan pada fungsi efek atau perasaan. Mereka sering dilihat dalam kesedihan dan menarik diri dari kumpulan. ? Menarik diri dari kenyataan. pesakit sering berkhayal sendiri dan tenggelam dalam dunia batinnya sendiri. ? Mengalami delusi dan halusinasi. pesakit merasa yakin bahawa sesuatu akan terjadi pada dirinya (delusi) dan kadang-kadang diikuti oleh pengalaman-pengalaman individu (merasa melihat atau mendengar sesuatu) yang tidak dialami oleh orang lain. Bila keyakinan yang timbul adalah seolah-olah ada orang yang mengejar-ngejar dirinya (merasa akan dibunuh misalnya), maka pesakit mengalami delusi persekusi. Bila pesakit yakin bahawa ia mempunyai kekuatan atau kemampuan luar biasa, ia mengalami delusi grandeur/kekuasaan/kebesaran.
Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi? Ianya melibatkan berbagai faktor seperti: ? Genetik. ? Kimiaotak. ? Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangkamasa yang pendek. ? Pengalaman hidup di masalalu, pergaulan dengan orang lain atau cara hidup.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan? Merasa sedih apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran. lanya: ? BUKAN kesedihan yang sementara. ? TIDAK boleh dihilangkan dengan cuba bergembira. ? lanya boleh mengurangkan keupayaan untuk bekerja dan menikmati kehidupan. ? Jika TIDAK dirawat, boleh perpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun ? Boleh mengakibatan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan? Gangguan keresahan berlaku apabila perasaan resah menjadi semakin meningkat sehingga menjejaskan tugas-tugas harian. Keresahan ini bukanlah terjadi dalam situasi kebiasaan kerana keresahan yang ditunjukan adalah luarbiasa.
Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik? Keresahan berlebihan yang berlaku secara tiba-tiba dikenali sebagai serangan panik dan ianya adalah sangat menakutkan pengidapnya. la menjadikan seseorang merasa amat takut atau amat tidak menyenangkan, yang berlaku dalam beberapa minit atau beberapa jam. la mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, pening, degupan jantung menjadi pantas, berpeluh dan rasa takut akan mati atau menjadi tidak siuman.
Apakah itu penyakit kemurungan? Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ni boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat, ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Apakah tanda dan simtom penyakit kemurungan? Simtom Kemurungan adalah: ? Kesedihan atau ?kekosongan? perasaan yang berpanjangan. ? Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan. ? Cepat rasa letih dan tidak bertenaga ? Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa. ? Perasaan bersalah dan tidak berguna ? Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur. ? Hilang selera makan dan penurunan berat badan. ? ?Rasa lebih baik mati?, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri. Rasa tidak tenteram dan mudah marah. ? Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan. ? Simtom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman. Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.
SERIUSLY... I NEED HELP......