Mungkin adakah faktor perpindahan tempat kerja yang menjadi punca? pertukaran tempat kerja hanya beza 1 tingkat sahaja namun masih dibangunan yang sama. Ataupun kerana aku terlalu sensitif? Tapi kawan mana yang tidak berkecil hati sekiranya sebelum ini keluar makan tengahari bersama, kadang2 aku bawakan bekal dari rumah untuk dia, kadang2 aku belikan... kadang2 dia bayar balik.. kadang2 dia buat tak tau (namun sekalipun dia tidak pernah membawakan bekal lebih apatah lagi membelikan bekal buat aku) namun aku tak kisah.. yelah dalam hati dan fikiran aku "apa nak kisah kawan-kawan.. tak yah berkira" pergi bercuti kemana pun akan dia maklumkan kepadaku.. bercuti dengan keluarga, pergi reunion, apa-apa jek lah pasti akan diberitahu.. namun pada tahun 2010 dia telah mencoretkan luka dihati aku...
Perkara itu telah aku maklumkan padanya dan terubat lah luka walaupun masih ada parutnya... dengan alasan dia tak nak kecilkan hati aku sebab dia tahu aku merungut tidak berduit sebelum itu.. (walaupun aku tahu dia dah plan lama sebelum aku merungut kekurangan duit.. padahal kalau setakat pergi ke Melaka aku memang ada duit) tapi tak pelah dah berlalu...
aku rasa itu alasan yang paling kuat untuk mengetepikan aku... sejak kejadian mereka bercuti bersama tanpa "Ajak ajak Ayam" kepadaku.. aku ambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menyendiri dan biarkanlah mereka bergembira seperti mana aku pernah gembira dengannya selama 8 tahun ini... mungkin dia dah bosan dengan sikap dan kesensitifan aku.. dan mungkin dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.. walaupun aku merasa sangat perit sangat sunyi dan sgt sedih.. kadang2 menitis juga airmata aku.. tapi tak pelah... tak kan setiap kali nak keluar makan aku yang perlu ajak.. setiap kali nak buat apa2 aku ajak... nak bercerita aku telefon... namun tak de pun dia menelefon aku untuk berkongsi cerita, mengajak aku keluar makan, tak de pun.. macam aku yang terhegeh2 nak berkawan selama ini.. (atau itu sememangnya selama ini)...
tak mengapalah... apa yang berlaku ada hikmahnya... lebih baik aku dengar kata suami aku yang penah mengingatkan aku jangan terlalu rapat dengan kawan nanti kita kecewa sendiri kerana dia tak mungkin akan berperasaan dan setia seperti apa yang kita lakukan.. Atau aku sebernarnya yang telah mengecilkan hatinya selama ini.. atau aku yang selama ini telah membuat salah kepadanya? Atau aku yang tidak pernah menghargainya? semuanya bermain difikiran aku...
Biarlah ia bermain difikiran aku asalkan dia... asalkan dia gembira.. asalkan dia berjaya... dan lebih baik aku terus menyendiri, menyepikan diri, mengundurkan diri dari persahabatan akrab ini sekiranya ia menyakitkan sahabat yang aku anggap sebagai KAKAK ini.. biar aku yang menangis dari membiarkan dia yang menangis atas mungkin dari kesilapan aku...
-----------------------------------------------------------------
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?
Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?
Pernahkan beliau menikam anda dari belakang.
Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.
"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"
Ciri-ciri sahabat yang sejati
•Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
•Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
•Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
•Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
•Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
•Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
•Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan
•Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
•Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
•Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
•Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
•Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)
Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.