4.11.08

AKU PESAKIT PSIKIATRI??

Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'? Anda boleh mengatasi kesedihan atau 'depression' anda dengan mempraktikan ciri-ciri berikut : a. Mengamalkan pemikiran yang positif. b. Boleh menyelesaikan masalah atau konflik dengan berkesan. c. Boleh berkomunikasi secara efektif. d. Bersikap asertif atau tegas diri. e. Menerapkan nila-nilai kerohanian atau keagamaan dalam diri. f. Mengujudkan hubungan dan ikatan baik sesama insan. g. Anda juga boleh mendapat nasihat dan bimbingan dari Pakar psikologi, Kaunselor dan Pakar Psikiatri. Elakan kesedihan dan tekanan anda berpanjangan tanpa sebarang intervensi dan dapatkan rawatan serta nasihat segera.
Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental? Penyakit Mental adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang. Gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.
Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan? Jenis-Jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan adalah:- ? Neurosis ? Psikosis. ? Penyakit mental organik seperti nyanyuk. ? Gangguan personaliti. ? Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif. ? Ketagihan dadah dan alkohol. ? Percubaan membunuh diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis? Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan ?luar biasa?. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan. Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis? Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis). Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.
Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental? Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. Psikoterapi dan kaunseling:- Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Rawatan psikotropik:- Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. Rawatan tingkahlaku:- Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Rawatan elektrokonvulsif:- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap skizoprenia? Ciri umum gangguan ini adalah : ? Gangguan-gangguan pada fikiran dan perhatian pesakit. ? Gangguan-gangguan pada persepsi. Dunia ini seakan-akan nampak lain di mata pesakit. ? Gangguan-gangguan pada fungsi efek atau perasaan. Mereka sering dilihat dalam kesedihan dan menarik diri dari kumpulan. ? Menarik diri dari kenyataan. pesakit sering berkhayal sendiri dan tenggelam dalam dunia batinnya sendiri. ? Mengalami delusi dan halusinasi. pesakit merasa yakin bahawa sesuatu akan terjadi pada dirinya (delusi) dan kadang-kadang diikuti oleh pengalaman-pengalaman individu (merasa melihat atau mendengar sesuatu) yang tidak dialami oleh orang lain. Bila keyakinan yang timbul adalah seolah-olah ada orang yang mengejar-ngejar dirinya (merasa akan dibunuh misalnya), maka pesakit mengalami delusi persekusi. Bila pesakit yakin bahawa ia mempunyai kekuatan atau kemampuan luar biasa, ia mengalami delusi grandeur/kekuasaan/kebesaran.
Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi? Ianya melibatkan berbagai faktor seperti: ? Genetik. ? Kimiaotak. ? Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangkamasa yang pendek. ? Pengalaman hidup di masalalu, pergaulan dengan orang lain atau cara hidup.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan? Merasa sedih apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran. lanya: ? BUKAN kesedihan yang sementara. ? TIDAK boleh dihilangkan dengan cuba bergembira. ? lanya boleh mengurangkan keupayaan untuk bekerja dan menikmati kehidupan. ? Jika TIDAK dirawat, boleh perpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun ? Boleh mengakibatan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan? Gangguan keresahan berlaku apabila perasaan resah menjadi semakin meningkat sehingga menjejaskan tugas-tugas harian. Keresahan ini bukanlah terjadi dalam situasi kebiasaan kerana keresahan yang ditunjukan adalah luarbiasa.
Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik? Keresahan berlebihan yang berlaku secara tiba-tiba dikenali sebagai serangan panik dan ianya adalah sangat menakutkan pengidapnya. la menjadikan seseorang merasa amat takut atau amat tidak menyenangkan, yang berlaku dalam beberapa minit atau beberapa jam. la mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, pening, degupan jantung menjadi pantas, berpeluh dan rasa takut akan mati atau menjadi tidak siuman.
Apakah itu penyakit kemurungan? Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ni boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat, ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Apakah tanda dan simtom penyakit kemurungan? Simtom Kemurungan adalah: ? Kesedihan atau ?kekosongan? perasaan yang berpanjangan. ? Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan. ? Cepat rasa letih dan tidak bertenaga ? Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa. ? Perasaan bersalah dan tidak berguna ? Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur. ? Hilang selera makan dan penurunan berat badan. ? ?Rasa lebih baik mati?, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri. Rasa tidak tenteram dan mudah marah. ? Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan. ? Simtom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman. Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.
SERIUSLY... I NEED HELP......

8 comments:

  1. Sabor weiiii...hihihi..tp aku suka graphic yg ader dlm blog nie....

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:52 PM

    dekatkan diri dengan Allah SWT dengan beribadat kepadaNya..INSYAALLAH,SAUDARI AKAN MENEMUI KETENANGAN.
    MULAKAN DENGAN SOLAT 5 WAKTU,MENGAJI ALQURAN SELEPAS SOLAT...
    SAYA JUGA MENGHADAPI UJIAN YANG SANGAT BERAT DALAM HIDUP SAYA...AKHIRNYA...SAYA MASIH BOLEH GEMBIRA DENGAN HIDUP SAYA DAN HIDUP DENGAN AMAN

    ReplyDelete
  3. thanks atas komen anda.. aku rasa pun sebenarnya ubat yang paling baik ialah sembahyang dan berzikir.. insyallah semua masalah akan selesai.. thanks...

    ReplyDelete
  4. sangat berguna utk pemahaman sy. terima kasih di ats info yg diberi yerr.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:19 PM

    sy juga ade penyakit mental.. kadang2 sy rase mcm nk jerit sekuat ati.sy juga rusing x tentu psl 24jam. hati sy x penah tenang. 24jam hati sy berdebar2. sy memg nk mati.tp sy takut adakah keputusan sy nie btl. tp wlaupon sy mcm nie, ntah la sy rase sy nie dasyat jugak la sbb sy nie pandai kawal diri.smua nie terjadi selepas sy kehilangan org yg sy terlalu syg.dh bertahun2 tp sy stil rase peristiwa tu br berlaku semlm.sy tertekan .. sy x tahu nk buat ape. im blur.. tensen je 24jam.dh setahun sy x kuar rmh n sy dh x berkawan dgn sape2 dh.sbb sy rase benci bile tgk org.sy tahu sy nie bermasalah tp sy x tahu nk rujuk kt sape.. :(

    ReplyDelete
  6. thanks for the komen, saya tak lah pandai.. tapi saya penah mengalaminya seperti awak cuma saya tak lah kehilangan yang paling kita sayang.. tapi setelah 2 tahun saya dapat mengatasinya.. mungkin cara ini juga bekesan pada awak juga..
    a) kehilangan orang yang paling kita sayang - memang susah nak lupakan tetapi keraplah sedekahkan al-fatihah padanya dan ingatlah kita semua adalah hak mutlak allah s.w.t.. kita semua ni cuma dipinjamkan saja untuk menghambakan diri padaNYA didunia ini. selalu ingat perkara tu.. mungkin orang yang awak sayang itu bahagia disamping penciptanya.

    perasaan ingin mati - perkara ni selalu berada difikiran saya dulu.. tapi ada hamba allah yang tolong ingatkan saya.. adakah saya bersedia untuk mati? orang yang beriman sentiasa bersedia namun kita ni manusia biasa.. cukupkah amalan kita untuk dibawa bersama? sedangkan kita berfikir untuk bunuh diri juga adalah salah. apatah lagi kita benar2 bunuh diri.. saya tak pandai hal agama tetapi ianya berdosa besar tak masuk syurga..

    dah setahun tak keluar rumah - mungkin salah satu awak stress adalah kerana perkara tersebut. saya cadangkan awak pergilah bercuti ke pantai ke, camping di sungai ke percutian yang mendamaikan.. awak perlu juga bercakap dengan orang sekeliling awak.. hidup sendiri memang tension, memang stress. Disepanjang percutian awak itu.. awak tengok ke langit.. betapa indahnya langit yang membiru.. begitu besar kuasa allah s.w.t awak duduklah dan melihat sekeliling kecantikan dan keindahan yang allah berikan kepada kita semua..

    dan yang paling penting.. debaran, fikiran dan hati awak yang tidak tenang itu awak isikan dengan kalimah2 suci allah.. awak berzikirlah.. beristifarlah sebanyak mungkin, bacalah ayat diantara 2 sujud yang setahu saya ayat2 itu sgt2 membantu.. dan jgn lupa sentiasalah bersolat, kalau boleh buatlah solat hajat, istikarah dan tahajud dan rajinlah baca al-quran insyallah.. hati awak akan tenang dan awak akan menerima dengan redha permergian orang tersayang.

    saya ni tak lah pandai.. cuma membantu je..

    ReplyDelete
  7. hum..... SALAM...... boleh saya pinjam arikel ini kerana... saya hendak memberikan info kepada rakan2 saya supaya mereka tahu jenis penyakit mental ini..... Info artikel ini sangat berguna kepada saya.... sebab kerana PANIC ATTACK......menyebabkan baanyak aktiviti saya tergendala.....Sekarang saya dalam proses perlahan mengubati sakit panik nie.... dengan banyakkan berzikir, pengambilan ubat dan kaunseling serta makanan minda GXTRA belajar untuk menguatkan semangat positif. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan lah share Nor Azurah... kita berbagi pandangan, maklumat, semoga kita dapat manfaatkan ilmu kita pada orang ramai... sila la follow blog saya ye...

      Delete

Featured Post

TANDA DAN PENGALAMAN KEGUGURAN BAYI

Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang an...