Bulan April adalah bulan yang sepatutnya aku tunggu-tunggu... Mengikut pengiraan dari first Scan Ultrasound aku bakal melahirkan seorang anak pada bulan April iaitu pada 8/4/2013. Janin bayi tidak diketahui kerana kandungan aku masih lagi di Trimester Pertama yakni 14 minggu atau 3bulan lebih. Tapi naluri seorang ibu, aku dapat merasakan yang bayi aku itu adalah Lelaki. Ya... kita sebagai seorang ibu dapat merasakan kewujudan benih, jantina dan kesihatan kandungan. Tak percaya?? yang pernah menjadi ibu pasti lebih mengetahuinya.... huhuu
Entri sebelum ni aku penah menceritakan tentang keguguran aku, sakit perut - spot kuning- pergi hospital- sahkan gugur. Tapi kali ni aku nak share apa yang aku rasa dalam tempoh dua minggu dari aku check up hingga disahkan gugur serta kesakitan yang aku alami. Mesti orang bertanya..., boleh ingat lagi ke dah 9 bulan berlalu? Bagi yang pernah mengalami keguguran tentu merasa apa yang aku rasa iaitu, walaupun bertahun sekali pun terjadinya keguguran itu berlaku, ia bagaikan baru semalam terjadi. Betul tak?? masih lagi terbayang2 kejadian yang memeritkan itu kan??
Selepas cek up di Klinik Nik Ishak, aku rasa happy sangat sebab doktor kata baby aku sihat... perasaan gembira tak yah ckpla... aku pot pet sana sini.. yelah penantian selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil kan.. tapi selepas 2-3 hari tu aku perasan mual dah tak de, dan selalunya pagi2 aku akan minum milo dahulu dan sampai ofis lebih kurang dalam pukul 9pagi mesti aku kelam kabut pergi kantin cari kuih or makanan sebab lapar sangat2.. tapi kali ni sampai pukul 10pagi pun aku masih releks jekk... tak perasan dah pukul 10 yang aku masih belum breakfast.. ada tu sampai tengahari aku lupa nak makan... rasa cepat lapar dah hilang, itu satu tanda.
mcm ni la kalau aku dah lapar.. hehehe |
Tanda kedua yang aku alami semasa mengandung, aku rasa perut aku macam kembung. yelah kan ada isi, tapi dalam tempoh dua minggu tu aku rasa ada perubahan macam perut aku kempis dan tak membesar...
Tanda ketiga plak, masa aku mengandung mesti aku rasa letih sangat2... rasa letih, rasa lesu, kalau sampai je rumah dalam pukul 8 malam, siap2 mandi aku terus boommmm tidoq. Tapi kali ni tak... dalam tempoh tu aku rasa tak de apa2.. tak ngantuk, tak letih sgt... rasa cam org normal.
kadang2 kat opis pun saya cenggini gak.. hik hik |
Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda tetapi kadang2 kita tak perasan pun, ye lah excited pregnant kan... tapi ada satu tanda yang memang aku dapat rasakan sangat2...
Seorang ibu dapat merasakan perasaan lain ketika mengandung, perasaan yang susah nak diungkap... namun dalam tempoh dua minggu itu apa yang dapat aku rasakan adalah "Perasaan tidak Mengandung" (sebenarnya aku sendiri pun tak tau nak ungkap perasaan itu camane). aku pandang ke cermin, aku tengok perut, aku usap2 perut, terpacul dibibir aku berkata " Eh, kenapa aku rasa macam aku tak mengandung?" demi tuhan aku memang rasa perasaan itu, tapi aku menidakkan perasaan itu, tak sanggup kalau ia benar-benar berlaku. Tapi itulah yang berlaku.
ilustrasi saje ye... mesti u all terliur tengok kan.. |
Hari Isnin tu ada pasar malam di meru, Uncle Bob memang favourite aku, so aku pun beli 2 keping satu aku punya yang Extra Hot dan satu lagi untuk anak aku. Selepas makan, adalah makan 3-4 ketul kot.. perut aku mula sakit sehingga keesokan harinya. Sakit perut tu macam pedih2 pedas la... sehinggalah keluar spot warna kuning... then ke klinik pastu ke hospital... (lepas tu dah citer kat entry sebelum ni)
Doktor bagi tempoh seminggu untuk proses bayi keluar, doktor tak bekal kan ubat pun, katanya biarkan baby keluar sendiri itu lebih baik..
Tak sampai sehari pun, hari Rabu pagi lebih kurang dalam pukul 4.30pagi keluar air ketuban, tak banyak tapi basah juga tempat tidur, aku panggil suami dan aku dah boleh agak tak lama lagi ni mesti baby nak keluar, lepas tukar kain, perut aku sakit memulas-mulas, tak tertahan rasanya. sakitnya tuhan jek yang tahu... aku menjerit panggil suami, Batrisyia pulak rilek jek tido tak bangun pun dengar teriakan aku, abis muka kena tendang ngan kaki dia adalah.. tido lasak tol...
13 minggu |
Pukul 5 pagi aku dah menjerit2 sakit, rasanya setiap titis darah yang keluar amat sakit, yang ada cuma husband jadi husband lah jadi pak bidan malam tu. lepas satu tuala ke satu tuala ke kain batik ditukarnya... oh ya.. sewaktu kejadian saya terbaring macam orang bersalin normal tu, then meneran untuk mengeluarkan darah atau janin... tak sempat dah nak ke toilet.. sakit belakang, sakit perut, lemah lesu tak tertanggung rasanya... patutlah orang ckp sakti keguguran lagi sakit dari bersalin. selama 2 jam tu aku rasa macam nak tercabut nyawa...
Aku dah tak larat lagi... perut masih lagi keras menandakan janin masih ada di dalam perut. Janin menolak2 untuk keluar... sakitnya tak tertanggung.. aku dah lemah sangat2. suami aku call mak, mak plak lambat nak sampai... aku dah tak tahan sangat macam dah nak tercabut nyawa dan andai kata nyawa aku dicabut malam tu... aku redha dan beserah je...
Tengah2 sakit meneran aku sempat cakap kat suami, "Yang, tolong ampunkan dosa saya, halalkan makan minum saya, ampunkan dosa saya.. saya dah tak tahan" suami aku dengar terperanjat automatik dia marah, dan ckp "jangan cakap yang bukan2... sabar... " bila aku rasa baby cam dah nak keluar dan bunyi meletus di dalam perut menandakan janin dah terputus dari rahim, aku meneran sekuat hati.... aku menjerit sekuat hati (agaknya macam tu kot bersalin normal ek, maklumlah anak aku sebelum ni kuar ikut tingkap) suami aku dah siap sedia tunggu untuk sambut janin... akhirnya baby keluar... suami orang pertama melihat baby pastu dia menjerit "Yang.... dah keluar... Ya Allah...." Dia tengok janin tu pastu menangis teresak2 sambil memeluk aku.... tak pernah aku tengok dia menangis macam tu... aku pun lagi lah teriak meraung menangis.. (sure jiran2 ingat aku bergaduh dengan suami pagi2 buta) akhirnya dalam pukul 7 am baru lah aku lega sket walaupun masih ada lagi saki baki... mak aku plak sampai dalam pukul 7.15 pagi... dia sroh suami aku papah ke bilik air... kat bilik air barulah yang ketulan terakhir keluar... Badan aku rasa lemah sangat2...
saya tak sanggup nak tengok janin tersebut, doktor ada ckp sroh bawak janin ke hospital untuk difigure out pasal apa boleh jadi gugur tapi aku tak sampai hati nak bawak kehulu hilir janin aku... kami ambil gambar saja. mak aku pun menangis tengok janin... alhamdulilah.. janin aku lengkap, kaki tangan, kepala, mata, semuanya ada... kecuali jantina sahaja. mak aku cuci, bungkus ngan kain elok2 dan bapa aku tanam di belakang rumah.
Mak aku masakkan ikan singgang dan ibu mana yang lalu makan lepas kejadian seperti tu kan... aku hanya makan untuk tambah tenaga sahaja.
heheh ni bukan ikan singgang... |
Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya... mungkin bayi kita tak sihat, cacat, berpenyakit, atau lain-lain lagi. Walaupun pedih, pilu tapi kita harus tabah menghadapinya... semua yang berlaku ada sebab yang kita tak ketahui... sebab itu semua telah ditentukan. Pengalaman ini memang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila dan saya suka berkongsi pada kawan-kawan yang mungkin mengalami perkara yang sama. Apa yang penting kita perlu REDHA dan SABAR atas apa yang berlaku... Yang utama kita mintalah kepadaNYA...
Mohonlah kepadaNYA tanpa henti |
Walaupun saya telah dikurniakan hanya seorang anak, dan gugur sebanyak 2 kali tapi saya terima dengan hati terbuka, lebih - lebih lagi sekarang saya hidapi fibroid, walaupun boleh mengandung tapi hakikatnya saya tahu ia sukar. Tak mengapa itu semua adalah nikmat yang allah berikan pada kita, dengan penyakit dan dugaan yang kita tempohi ini dapat mengurangkan dosa-dosa kecil kita dan insyallah dapat meningkatkan kesedaran dan ketakwaan kita kepadaNya. Insyallah... Walau hanya seorang Puteri sahaja insyallah saya akan jaga dan belai serta saya akan berikan sepenuh kasih sayang saya kepadanya dan insyallah saya akan jadikan dia seorang anak yang solehah... amin....
ps : ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sahaja, lain orang lain caranya.. tak semestinya same ek.. hehehe
saya ada buat Group FB untuk ibu2 keguguran mungkin kita boleh kongsi pengalaman, nasihat dan tindakan untuk kita sama2 iktiar untuk dapatkan baby lagi.. please add #Grup Ibu Keguguran di facebook.