itulah yang aku dpt ungkapkan ketika aku dpt tau... Terima kasih pada Kak NORM SHAH yang telah menyedarkan aku..
Pada awal bulan 8 2015 ntah mengapa aku nekad ke Pejabat Agama, tetapi bukan bahagian Kaunseling malah ke Pejabat Mahkamah untuk buka fail... Giler....
petang tu aku bagitau suami, dia tergamam dan terdengar suara seperti menangis... aku pulak macam org diawang2an... betul ke tak betul ke apa yg aku buat ni... main redah jekk... dia terus inform keluarganya disana. Mama mertua aku menangis...
malam sampai kerumah aku berlagak seperti biasa... aku bgtau Batrisyia depan ayahnya... Bisha nampak tabah.. tapi aku tau dia tak terima... dia ckp... "mama buat pertandingan, mana yang menang... suka ke tak suka... kalau tak suka menang.. mama kena buat macamane sampai yg suka tu menang!" ya allah meleleh airmata aku... suami aku jadi sedih dan pilu... aku pun sedih.. tapi ntahlah... aku sendiri tak tau apa yg aku fikirkan....
aku mintak maaf dengan dia... malam tu aku menangis semau-maunya... rasa berat hati.. rasa sayang sgt... lebih2 lagi bila fikir Batrisyia... tapi rasa nak pisah.. tapi tak nak.. ha camtula... tak tetap hati... malam tu nangis sampai bengkak mata... berwasap dengan suami... dia kat hall aku kat bilik... macam2 kami borak.. kalau lpas pisah nanti... jadi lagi sedih giler... macam tak boleh nak bayangkan...
esoknya aku half day pagi.... dah mata bengkak kan... pagi tu wasap sorg kakak ni... dia tanya aku macam2... aku cerita semuanya... kami tak tido sama.. means jarang tido sama.. bergaduh tiap hari... pantang nampak muka... duit selalu abis.. tak mesra... macam tak de kasih sayang dan macam2 lagi... dia tanya apa punca... aku tak dpt bagi punca kenapa nak pisah... org kata sebab pasal duit... pasal penderaan mental... tapi dia kata memasing masih ada perasaan kasih dan sayang... then dia sroh hold dulu... fikir memasak... dan minta aku cuba pi tanya ustaz2... manalah tau... kan... tetiba rasa terang pandangan dan hati aku yg sebelum ni rasa gelap jekk rasa suram jekk...
kak norm shah |
bagaikan tuhan tu ingin membantu aku.. begitu mudah perjalanan aku... kebetulan Tn Hj free petang tu.. aku terus pi jumpa dia bawak air masak... aku masuk dan aku cerita.. aku hampir mohon fail perceraian.. dia terkejut.. dia tanya kenapa.. aku ckp ntahlah.. macam tak tau nak ckp... dia tanya husband keje mana.. buat apa... nama n memacam la... aku bagi semua detail yg dia nak...
Tn Hj minta nama dia dan ibu dia... aku bagi dan dia "tengokkan" husband aku... YUP... katanya ada yang ganggu... dah lama... dia ganggu suami aku, dia puja suami aku, dia bagi makan minum suami aku dan dia buat supaya suami aku bencikan aku dan aku juga dia buat supaya aku benci suami aku.. dan bagi kami sesma panas dalam satu umah. Terkejut aku... katanya ada perempuan yang suka suami aku, dia SIHIR kami agar kami bercerai berai dan kemudian dia nak kan suami aku.
Ni apa yang aku rasa selama beberapa tahun:
1) Suami bersikap dingin dengan kita
2) Kita pun rasa dingin dengan suami
3) Kita rasa menyampah atau benci pada suami/isteri dan sebaliknya
4) Suami/isteri nak manja ke nak peluk ke kita rasa geli jekk
5) Tiap kali bersama mesti ada bau (walhal kita dah makan tiap2 hari jamu, basuh ngan pencuci n tak de keputihan pun tatau dtg dr mana bau tu)
6) Nampak muka suami/isteri rasa meluat sesangat
7) Rasa tak bahagia, menderita,
8) Kita rasa nak bermanja, tapi terasa ada halangan atau tembok
9) Bila berjumpa jek asyik nak bergaduh
10) Terasa seram bila kat umah
dan macam2 lagi la... bagi aku kalau ada simpton ni kita dah berusaha pelbagai cara cuba kita pi berubat plak.. ok back to Tn Hj semula.
Tn Hj kata... "bodohla kalau kau lepaskan.. sebab dia tak tau apa yang berlaku keatas dia.. Dia macam setuju berpisah sebab dia dikontrol... dia tatau apa yg dia buat. tapi dia masih sayangkan ko..."
Tn Hj kata kita usaha berubat dulu... tengok camne.. mmg lama n lambat tapi kita usahala...
Tn Hj bagi air untuk suami aku minum... dan aku ikut apa tunjuk ajar kak NORM tentang melayan suami...
buat masa ni.. aku sendiri kena berubah... cakap jangan tinggi suara.. layan suami... siapkan makan minum pakai dia... tatang dia macam minyak yg penuh... yup aku buat... suami aku jadi hairan... dia tanya " kenapa ko ni??? semalam ko ckp lain.. ko buat lain.. hari ni ko lain???" dan aku bgtau dia aku masih sayangkan perkahwinan ni... aku sayangkan anak aku... aku tak sanggup tengok anak aku menderita atas keegoan kami...
aku tau mmg dia susah nak berubah.. bab duit aku tau aku kena support dia.. sampai bila pun aku tatau.. tapi bak kata kakak tu.. kita anggap kita sedekah kat suami, pahala kita dapat... mana tau syurga tempat kita...
aku kena kuat... mmg kena kuat giler melayan karenah dia...
hari ni dah hampir sebulan aku cuba buat apa yang kakak tu ajar... air pun aku tetap continue dengan Tn Hj.... ntah ada satu malam tu.. selepas seminggu aku cuba berbaik ngan dia.. aku stress giler sgt kot.. ke ntah la... Hari jumaat malam sabtu.. aku bagaikan hilang kawalan.. macam dirasuk... mengelupur satu badan.. kepala dan badan aku hempas2.. aku hentak2 kat dinding ngan lantai... mulanya suami aku marah2... tapi ntah camne dia bacakan ayat qursi, azankan makin mengelupur plak aku.. paling kesian anak aku la menangis meraung... bagai dia tau dan mengerti dia pujuk aku.... anak aku mmg lain dari yang lain... mmg anak yang sgt istimewa...
anak mama yang paling OSEMMM |
akhirnya aku terjaga... dan kemudian, suami aku peluk dan cium aku... terkesima aku.. bila saat dia peluk aku... aku menangis semaunya... rasa cam kurang berat kat bahu ni... rasa bahagia sgt... selepas itu, baru dia agak ok skets ngan aku...
dia makan makanan yg aku masak.. dia minum air yg aku buat... dia ada bercakap dengan aku walaupun hanya perkara penting jekk itupun dah cukup baik bagi diri aku...
masa ke Family Day di Legoland pada 22-23/8/2015 tu, masa tu nampak cam ok sgt kami.. aku terasa macam baru bercinta plak... oh ya... sebelum kami ke Family Day, aku dpt tau dari ayah suami aku... yang dia dah jumpa baju kami yang dikuburkan selepas kami bernikah... sepasang baju aku luar dan dalam dan suami aku serta gambar kami dicantumkan, dilipat dan kemudian dikuburkan oleh seorang yang dipanggil Hj MAMI di Indonesia...
kami di Legoland |
sekarang ni aku masih teruskan berubat dari Tn Hj dan still aku masih dapatkan nasihat dar kakak NORM.. jasa kak NORM dan nasihatnya yg dapat selamatkan Perkahwinan aku suami isteri... hakikatnya kami masih sayang antara satu sama lain. Cuma terdapat gangguan sedikit.. dan semestinya aku perlu belajar untuk menghormati suami aku dan aku perlu belajar untuk menerima suami aku seadanya...
hidup ni bukan mudah... perkahwinan bukan hanya sementara... kadang2 kita perlu berkorban demi anak dan suami... apa yang kita harapkan insyallah syurga dan keredhaan dari allah...
Kami sekeluarga di Anugraha |
aku haraplah pengorbanan aku dari segi masa, wang, hati dan perasaan tidak disia2kan oleh suami aku... aku raya mmg banyak aku membantu dia lebih2 lagi dari segi kewangan... aku harap bila aku tak de suatu hari nanti... dia dpt baca luahan hati aku ni... biar dia tau betapa aku sayangkan dia... cintakan dia walaupun aku selalu kondem dia di blog aku ni... hakikat sebenar mmg kami masih sayang menyayang walaupun di mulut kata berlainan... hanya allah je tau...
Untuk anak mama... mama akan cuba membahagiakan kamu... mama akan cuba pertahanakn keluarga kita ni demi kamu, mama sanggup korbankan perasaan mama demi kamu... yang penting kamu gembira, kamu bahagia dan kamu sentiasa senyum...
Hopefully ikatan ini berpanjangan... amin...
Hopefully kita bersama hingga ke Jannah.. amin.. |