Happy birthday to me... happy birthday to me... happy birthday to me... la la la la la....
Alhamdulillah hari ni genap umur aku 31 tahun?? Umur?? Bukan lagi rahsia..... huhu untuk apa nak rahsiakan umur kerana kita berdepan dengan kenyataan dan realiti... dan secara tak langsung untuk mengingatkan kita bahawa makin lama kita meningkat usia... apa yang harus kita lakukan dan apa perancangan kita.
ketika 1 tahun
Dari kecik kita telah dibelai dan telah dimanjakan dengan kasih sayang ibu bapa kita, pak cik makcik, atok nenek. Apa yang kita mintak semua dapat... seronok betul!!! then masuk alam persekolahan. pergi ke tadika kemas.. aku ingat lagi pernah skali tu ada majlis kat tadika.. aku mintak baju cantik2 kat mak konon aku nak pakai gi majlis apa ye tak ingat... mak akupun pakaikan gaun yg paling cantik yang mak aku belikan untuk aku... My mom jadi hairan ada majlis apa kat tadika hari ni.. n aku pun tak penah inform apa2 kat my mom... so, aku pun pergila tadika kemas.. main sana main sini ngan kawan2 then cikgu panggil.. terus naik ke pentas.. mak aku gi jugak cek ada apa kat tadika.. yang lucunya.. muka mak aku merah padam bila dia tengok anak perempuan sulung dia menyanyi lagu nasyid dengan memakai gaun pendek... hahahahaha....
Bila dah habis majlis balik rumah aku kena marah ngan mak aku... marah, marah gak.. ketawa, ketawa gak mak aku ni... hehehe ok itu masa aku tadika kemas Seksyen 16, Shah Alam pada tahun 1986
Naik jek sekolah rendah aku mula dikenali ramai... setiap acara sukan mesti ada muka aku... acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, lompat jauh dan macam2 lagi mesti muka aku ada... dan aku telah menjadi kebanggaan sekolah dan yang paling utama aku jadi anak emas sekolah kebangsaan shah alam, sek 16. apabila akulah anak murid pertama (rekod sekolah tu) apabila aku dapat mewakili Daerah, dan seterusnya Wakil Selangor dalam acara 100 dan 4x100 meter. Aku dapat mewakili Daerah Petaling dan cikgu sukan aku yang selalu hantar dan ambil aku dari sesi latihan adalah Cikgu Omar, (cikgu.. jasa cikgu tak penah saya lupa dan masih saya ingat wajah tua cikgu yang kepenatan menunggu saya setiap hari). Latihan setiap petang dari jam 3 sehingga 6 di Padang Timur, Petaling Jaya. ala yang ada A&W tu.. sehingga kini masih ada lagi restoran tu.. dan coach yang mengajar aku pada waktu itu adalah MARINA CHIN, masa tu badan dia gempal lagi... wah... seronok betul sesi latihan tu.. macam2 kejadian yang menyeronokkan berlaku, ponteng puasa.... beli food kat A&W masa bulan puasa. dan elaun yang aku terima pada waktu itu hanyalah RM5 saja setiap hari.. masa tu burger pun baru RM1.30 sekarang dah RM4 lebih..
Aku - selang dari Cikgu Normah, camnelah date boleh salah ni.. o ye.. ambil gambar ats gambar.. |
Menyesal aku tak simpan surat2 khabar yang terpampang wajah kemenangan aku... muka aku ambil hadiah, aku tengah lari, aku tengah memekik... Surat Khabar waktu tu surat khabar Metro tak silap aku.. yelah... aku pun masa tu baru umur 11-12 tahun mana reti nak simpan perkara2 sentimental macam tu.. yang aku tau waktu tu nak main jekkk... budak2 dulu tak sama dengan budak2 sekarang.. umur aku 12 tahun aku masih main lari2 lagi.. main rounders.. main nyorok2... seronok betul...!!!! yang best tu masa aku wakil Negeri Selangor dan aku kena pergi penang, sebelum tu aku training kat Kuala Kubu Baru.. tak ingat aku apa nama sekolah cina tu... Masa tu aku dok lepak2 kat bilik TV dengan kawan2 cina aku... adalah sorang mamat ni dia tingkatan 2 dok mengusha aku... Masa tu tengah berlangsung Perlawanan Badminton PIALA THOMAS pada tahun 1992 dan rekod malaysia tercatat Rashid Sidek mengunguli piala kebangsaan malaysia dengan kemenangan beliau... kami semua menjerit sorak gembira melompat2 sampailah aku tersedar aku terpeluk mamat ni... aku ingatkan membe cina aku.. Wong Siew Ling, mmat ni pun syok lah..
so, the next day kitaorg berangkat ke penang naik bas reramai.. sampai di perhentian (dulu tak de R&R) di sebuah restoran ni aku dah kelam kabut ke bilik air.. Then kakak ni ajak aku masuk sekali dalam satu tandas.. rupanya dia sroh aku temankan dia.. aku punyalah tak tahan nak kencing... tanpa sedar seluar aku basah... amik ko kakak oi... aku kata nak kencing dia kata sabar2... kan dah terkencing dlam seluar... huhuhu... Pn Marina pun kelam kabut lah pergi amikkan sluar aku... aku berjalan ke bas semua gelak2kan aku.. aku pun buat muka selamba.. lalu la mamat yg syok kat aku ni.. konon nak bagi aku air kotak.. then bila kawan dia ckp aku terkencing dlam seluar, terus dia tak jadi bagi air kotak tu dan blah... merah padam muka dia.. hahahaha sapa sroh ngorat aku... dalam bas aku duduk sorang2.. yang lain tu dok menyanyi la apa lah... datang sorang abang ni... duduk sebelah aku... perkenalkan diri sebagai abg Pian, orangnya putih, rambut blonde panjang sampai ke bahu, muka ala2 mat saleh, rupanya kacukan Inggeris - Melayu duduk di seksyen 4 dia plak masa tu form 3 ke form 4 gaknya...tak ingat aku.. tapi sekolah di Sek. Men Seksyen 2, Shah Alam. Ia berlanjutan selama setahun then bila dia dah abis sekolah terus hilang kabar berita dia... hurmm terasa rindu plak kat dia...
Meningkat ke alam Persekolahan Menengah aku disekolahkan di Sek. Men Projek Seksyen 11 dan bersekolah waktu petang.. dan saat itulah bermulanya bakat aku ditenggelamkan... aku dipilih mewakili Daerah namun aku seperti dianak tirikan cikgu sukan aku tak bagi aku pergi untuk mewakili Daerah.. Sangat kecewa yang teramat sangat kerana disitulah kejayaan aku dijatuhkan oleh cikgu yang hanya memberi alasan bahawa aku sekolah petang... padahal latihan pada pukul 4-6 ptg... memang sgt bengang sgt2!!! punah harapan keluarga aku... mak bapak aku plak jenis yang terima saja dan tak tau nak buat apa.. yelah.. akulah anak pertama yang mengharumkan nama keluarga dan semuanya diserahkan pd keputusan cikgu. Padahal dari aku tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 gelaran Olahragawati hanyalah milk aku... kejam betul cikgu tu menganak tirikan aku... gara2 anak murid kesayangan dia tak dapat wakil daerah... jadi dia padam nama aku dan hantar anak murid kesayangan dia... sedangkan cikgu tu sendiri tau.. aku boleh tinggal minah yang tua 2 tahun dari aku jauh kebelakang... (kitarog dlm sama kategori) Diskriminasi betul!!!!
okay... kita lupakan jek lah perkara yang menyakitkan hati ini... dan aku tak nak ingat lagi hal itu.. cuma kenangan manis aku sewaktu sekolah rendah tidak dpt aku lupakan... sangat indah, sangat seronok, sangat bombastik!!! dan sekarang masing2 semuanya dah kawin... Cikgu Omar aku pun mungkin sudah kerahmatullah sebab masa aku berumur 12 tahun dia dah 45 tahun.. Tidak ada yang lebih seronok selain dari zaman kita kanak2... dan sekarang anak aku pula yang akan merasai keseronokan zaman kanak2nya.. biarlah dia mencuba apa pun bidang yang ingin dia terokai..
Dan harapan aku di ulang tahun kelahiran aku ini yang cecah suku abad ini adalah.....
DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN DIKURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH SERTA RUMAHTANGGA KAMI SENTIASA AMAN BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT. AMIN....
Di Restoran Seafood Sg Bagan, Port Klang pada 26.9.2011 tarikh ulang tahun aku... |