Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia BUKAN SEJENIS KANSER.
SEPERTI SAYA DAH BERUMUR 30AN |
- Sakit semasa haid (senggugut)
- Sakit belakanG
- Haid yang banyak
- Sembelit
- Kencing kerap
- Keguguran yang kerap
- Sukar mengandung
Senggugut memang menyakitkan... |
Bagaimana fibroid ini dirawat?
operation adalah salah satu cara rawatan --> sure tak nak kan?? |
- Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
- Berapa cepat fibroid tersebut membesar
- Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
- Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.
selalu jumpa doktor boleh mengesan awal sebarang penyakit |
Itu kajian doktor... kita juga ada rawatan mudah yang tak perlukan modal yang besar atau operation... dalam alquran banyak tersembunyi ubat2 dan juga ayat-ayat yagn kita tak tau... apa yang saya amalkan dalam peringkat awal fibroid ini adalah dengan mengamalkan memakan madu pada setiap pagi ketika bangun tidur dan madu tersebut dibaca al-fatihah dan juga 2x ayat kursi serta selawat ke atas nabi dengan penuh kepercayaan kepada allah yang akan menyembuhkan penyakit ini. selain daripada itu saya juga mengamalkaas saya amalkan madu dari hari pertama saya dapat tau saya ada fibroid lebih kurang besar dia 3.5cm x 4cm dan selepas 10 hari kemudian saya pergi klinik tok buat follow up doktor cakap seperti tak kelihatan lagi dan ia dah mengecil kepada 3.2cm x 2.5cm alhamdulillah... ni bukan promote barang... tapi inilah yang saya amalkan insyallah bulan depan saya akan buat follow up lagi dan tak sabar nak lihat perubahannya lagi... bagi untuk menstabilkan semula period saya.. doktor sarankan agar saya makan EPO.. Evening Prime Oil yang akan meregularkan semula period dan akhirnya potensi untuk mengandung lebih cerah.. insyallah...
Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.
Assalammualaikum, terima kasih untuk artikel ini. Saya pun Doc dah sahkan ada Fibroid 3.5cm x 3.0cm. Boleh kongsi pengalaman tak dengan saya?
ReplyDeleteterima kasih Anis Salwati... size awal2 saya dpt fibroid rasanya 3.5cm x 4cm kot.. (tak berapa ingat) tapi saya ada kongsikan di entry saya Rawatan Fibroid, Sakit belakang Fibroid dan Rawatan Fibroid 2.. insyallah kalau saya ada info lagi saya akan kongsi bersama... jangan risau insyallah kita yang menghidap fibroid ni akan sembuh juga... amin... harap2 dpt follow blog saya untuk dptkan entry terkini... TQ
DeleteAsalammualaikum,..sis kalau nk beli produk tue mcmana??sy disahkan ada fibroid. ada 3 fibroid.ianya dikesan semasa saya mengandung anak pertama.malangnya baby sy meninggal ketika kandungan berusia 27-28 weeks.sy sedih sgt.sy nk anak lag.
ReplyDeletesorry sis.... sedih dengar cerita awak.. saya rasa awak gi jumpa doktor... mungkin boleh buat operation untuk buang ke... dapatkan nasihat doktor ek.. insyallah setiap masalah ada jalannya.. kalau rezeki kita ada insyallah tak kemana.. yang penting jangan putus harap, jangan putus usaha dan jangan putus doa.. ok... saya doakan awak sihat dan dikurniakan anak2 yang comel2... jgn stress2 sgt2... kalau stress pun baby tak dpt lekat... huhuhuh
ReplyDelete