Jambatan buluh
Sesampainya aku di perkarangan rumah ibenk… keluarganya telah menunggu kedatangan kami… aku jadi malu dan kaget… rumahnya sederhana besar.. separuh batu dan separuh papan, mama dan adiknya pendiam… papanya adalah juga bercakap2 dengan aku… cuma mungkin kurang memahami apa yang aku ckpkan… macam2 soalan yg papa dia tujukan pada aku… sampai aku tak tau nak jawab apa.. yelah inilah pertama kali org luar indonesia sampai kerumahnya… (papanya hensem) beberapa lama kemudian.. mamanya sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk majlis ibu2 yang diadakan pada petang itu.. (mama aktif persatuan ibu2 di kampung itu) adiknya mungkin memanggil saudaranya dan papanya ke surau.. Oohh ya… lupa aku nak beritahu… camne lah aku tak malu dan kaget… papanya adalah ustaz dan ketua kampung yang disegani disitu… papa mengajar anak2 disitu mengaji, tentang agama… dan aku pula… hurmm dengan pakaian ruggednya… ishh apasallah si ibenk ni tak ckp awal2… bolehla aku beli baju yg sopan sketsss… ceh!!!
pokok jambu depan rumah ibenk..Sementara masing2 tengah sibuk hal masing2… aku ambil kesempatan duduk diluar rumah… menghayati dan menghirup udara segar…( tak puas2 lagi nak hirup udara segar) aku panjat pokok jambu (kot..) yg ada didepan rumah ibenk… aku berjalan2 seketika di kawasan tetangga ibenk… hurmm serasa mcm di overseas plak.. (sweden, kawasan ladang) sejuk nya kan main… Kawasan kampungnya berbeza sgt ngan kawasan kampung kat malaysia ni… oo ya mungkin cam kat Cameran Highland (lebih kurang la kot) tapi cantik lagi kat kampung cianjur ni… hehehehe….
Tak sampai 3 jam aku disitu… kami buru2 pulang cos takut gelap tak nampak jalan… dan akhirnya memang jalan bergelap pun… punyalah takut… bayangkanlah… satu lampu pun tak de.. lampu neon ke lampu aeon ke apa ke… langsung tak de… mengharapkan lampu motor yg tak berapa terang tu dan juga mengharapkan sinaran bulan penuh pada malam tu… bunyi… jgn ckplah.. mcm2 bunyi aku dengar… di mulut aku kumat kamit ayat suci yg aku tau aku baca… bak kata ibenk… dah sakit.. dah takut… baru nak ingat tuhan… hehehe.. tapi itu aku kurang takut sgt tapi yg amat aku takuti ialah… kalau2 jumpa RAWAN!!!!! Rawan ialah sekumpulan perompak yang merompak, merogol dan membunuh siapa saja… semua duit yg aku ada.. aku simpan di dalam seluar d***m… takut tau!!!! Mcm2 yg aku bayangkan… isshh nauzubillah… dijauhkan lah perkara2 seperti itu… dengan hujan renyai.. dengan kegelapan malam… dengan bunyi2 burung hantu dan binatang kecil…. Issh takut betul… 3 jam kemudian… barulah aku dan ibenk boleh tersenyum kerana dah jumpa jalan tar dan lampu2 malap dari rumah2 org2 kampung….. syukur alhamdullillah aku sampai juga ke pekan sukabumi… syukur sgt2… terima kasih ya allah kerana menyelamatkan aku… Sebelum kami ke rumah tante, kami makan dulu bubur yang terkenal di daerah sukabumi… BUBUR AYAM !!! mesti korang fikir ala bubur ayam jekk bukan apa2 pun… tapi percayalah.. demi allah… memang berbeza.. aku pun tak berapa ingat resepinya apa… tapi fuuhhhh aku tambah 2 mangkuk… dan setiap satu mangkuk harganya RP5000.
Salah sebuah yg dijumpai sewaktu perjalanan Walaubagaimanapun… kenangan pergi dan balik kerumah org tua ibenk.. benar2 menjadi memori terindah yang tak dpt aku lupakan sampai mati… mcm2 yg aku belajar dan pelajari… yang pasti… aku harus bersyukur dengan setiap pemberian dari ilahi… byk lagi kejadian2 dan perkara2 yg aku alami sepanjang 8 hari di sukabumi, bandung… cuma… nantilah kita sambung lagi ek… oo ya nak tau tak camne org sukabumi sambut new year??? Nanti aku cerita ek…. Maknanya… to be continued lah…. Bye….
No comments:
Post a Comment